26 April, 2013

BUTTER BREAD PUDDING CHEF ASMA

Assalamualaikum w.b.t

Bersiaran dipagi Jumaat penuh keberkatan. Alhamdulillah masih bernafas untuk sehari lagi harini..Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik & keberkatan hidup sepanjang masa.InsyaAllah. Cuaca yang tak menentu, sekejap panas sekejap hujan ribut, anak2 balik sekolah petang pun basah lencun kain baju & kasut, risau pun ada kalau waktu petang tu. Apapun kita sama2 berdoa dan berharap walau dimana anda berada semuanya dalam keadaan baik2 aje, sila berhati2 ye..

Harini kita kongsikan satu resepi Bread Butter Pudding Dgn.Sos Vanila yang teerrrsedaapp dari Chef Asma. Tak percaya? Cubalah...(^_*)..
Resepi diangkut dari blog Ita Rohaya Homemade Bakery Ipoh, hasil dari pembelajaran beliau di kelas Chef Asma katanya. Jutaan terima kasih buat Puan Ita ya, satu perkongsian yang sangat merugikan kalau tak dicuba, lagipun katanya kegemaran Dato' CT ni haa..heehee..

Izinkan Ana kongsikan disini ya, InsyaAllah sesuai untuk jualan juga..apatah lagi kalau buat hidangan untuk keluarga tersayang..pasti dapat sayang lebih..
Jom semak resepi mabeles ni, adunan kastard anda boleh separuhkan jika mahu, maklomle banyak benar telur tu kan, ada yang kata.."kat rumah aku ni hal telur jangan buat2 main, sangat berharga.." katanyala..hehe..memang pun, telur kan mahal sekarang ni, jadi Ana separuhkan adunan kastard dan juga sos vanila. Alhamdulillah masih sedap akan rasanya, tapi kalau banyak stok telur macam Tun Telani tu haa..bolehla Tun cuba ni ye...
 
RESEPI BREAD BUTTER PUDDING
Sumber : Chef Asma, Ita Rohaya Homemade bakery
Bread Butter Pudding AnnaQawina

Bahan2
(A)
  • 10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
  • 250g butter (*Ana letak anggaran je)
  • 250g kismis
  • serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
 
(B) Filling kastard /*separuh adunan
  • 1 liter fresh milk / *500ml fresh milk
  • 200g gula castor / *100g gula kastor
  • 10 biji telur / *5 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla / *1/2 sdt esen vanila

Cara2nya: 
  • Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang) 
  • Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan. 
  • Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis 
  • Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
  • Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut. 
  • Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Cara2 buat filling: 
  • Campurkan kesemua bahan 
  • Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

 
VANILA SOS
Bahan2 / * separuh adunan   
(A)
  • 1 liter fresh milk / *500ml fresh milk
  • 200g gula kastor / *100g gula kastor
  • 1/2 tsp esen vanilla / *1/4sdt esen vanila
(B)
  • 40g custard powder /*20g tepung kastard
  • 250ml air / *125ml air masak
Cara2nya: 
  • Panaskan bahan(A) sehingga mendidih 
  • Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A) 
  • Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)

SELAMAT MENCUBA..

17 ulasan:

tun_telani berkata...

hahahha... adeh.. ye laa, telur ada 18 bijik lg nih.. terbaik resepi, 1 bj telur utk 1 keping roti. nganga tun tengok.. haha.. tp sure sedap kan..

Sweet red cherry berkata...

em, bestnya kalau dapat mkn bread puding ni..

JaSSNaNi berkata...

sedap puding ni.. lagi2 complete dengan sos kastad tu.. mmg mengancam... anak2 saya suka makan benda ni.. cuma maknye je malas sket nak menggodak selalu..

Fazlinil Irma berkata...

sedap sangat.. patut la siti pun suka.. ni ada sebuku lg roti sy beli.. x tau la nak buat bila.. hihihi..

Anna Qawina berkata...

Tun..hee..silakan Tun..

Bbwana : ye sedaap sangat..tryla

Jassnani. : ah kita serupaaaa...hehe

Irma : yaa..kita baru tgk blog awak dah update rsp ni..maklomle dah lama x bw..nnt kita update link ye..sedap sangat kan..ni pon dah seminggu lbh kot buat ni...

adda syuhada berkata...

memang sedap nih...kalau kat umah ni memang cepat licin kalau makan ni..

Qhaifa Nur berkata...

roti kat rumah tak sampai 1 hari, habis saja kalau beli...teringin pula nak buat butter bread puding, sedapnya...

Unknown berkata...

Anna, satgi kak noor nk beli roti nak buat puding jugak jelesss tengok puding nampak sedap sangat dan pastinya lembut dan manis menawan kan

Unknown berkata...

tu dia kak anna...meleleh tgk gambor nya...slurppp

dZana berkata...

huisssh..berkuah2 pulak.. mmg tak tahan menengoknya anna..

Kak Nita berkata...

Salam anna,,,... mmg peberet akak nih...terliur sesangat nih..:-)

Hafizah Mohamad berkata...

Salam Ana...sedapnya tgk puding roti ni...lama dah fiza dok kata nak buat...tapi sampai sekarang seru nak buat puding ni belum sampai lagi...huhuhu...mesti sedap sgt kan..kan...kan..

gocke berkata...

kak bakar brape minit?
tq

gocke berkata...

akak bakar dlm brape minit?
tq

Ain Izzaty berkata...

Salam tuan punya blog, kak Anna, saya nak share resepi ni dalam blog saya. Mintak izin ye. Terima kasih juga sebab tulis entry ni. Memang tercari² resepinya :)

Unknown berkata...

Butter 250gm?..mcm x betul je

Anna Qawina berkata...

SOOKA CAKE : ANGGARAN 1 BUKU BUTTER UTK SAPUAN & CAMPAK2 ATAS ROTI NNT.NAK KURANGKAN PUN BOLEH, UP TO U.. ^V^

AIN IZZATY : SILA2..TQ SUDI SINGGAH

GOCKE : BIASA BAKAR BBP NI 1 JAM, TENGOK PERMUKAAN DAH KERING/GELAP SKIT DAH OKLA TU. SELAMAT MENCUBA.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...