Assalamualaikum.
Rajin pulak update blog, yela dah ada kawan baik saya tetiba update, jadi semangat lak, tapi semangat tah kemana bila tengah2 syok preview n3, pc ni kejap2 padam sendiri, hangin tak sudah..ok..sabaarr..
Jenis krim ni lain sikit dengan Italian Buttercream. Bahan2 hampir sama, kekdah pembuatannya yang agak berbeza. Tak kena gaya boleh rugi ooo..maklomle amatur..hehe. Resepi kek macam biasa Ana gunapakai resepi Martha, dan memang suka guna rsp tu sbb lembut keknya, mungkin sbb.guna putih telur je kan..kot je la..ni teori pakar yang takde tauliah ni...kalau salah jangan saman, ..sikit2 saman..silap saman...mana ai nak cekau duit..haa..
Ok, tengah rajin ni, kita cek2 resepi best ni ya, Sesiapa nak mencuba silakan, isi dalam takleh nak tayang sbb. Ana buat ni untuk tempahan, jadi kita pandang2 jela dari jauh...
Samaada resepi Swiss ni atau Italian BC, ke 2-2 resepi adalah sedap & cantik, rasa lemak2 x manis macam buttercream biasa, dan keistimewaannya ia tidak mudah lembut atau mencair
Resepi ni Ana mula2 tengok di blog Nasi Lemak Lover, siap step by step lagi, mudahnya..TQ SONIA..pastu gugel lagi jumpa kat blog Hana, wah sonang kerja ai, takyah buka kamus nak cek ayat..kekeee...Kopipes kat sini ye Hana, moga2 dikau sentiasa sihat walafiat hendaknya bersama kek2 yang sedap..Ana ikut Hana letak lemon jus, rasa lemon tu bertambah sedap tau.
RESEPI RAINBOW CAKE
SUMBER : MARTHA STEWARD
C & P : ANNAQAWINA, CITARASAWAN DLL
Bahan2 :
- 430gm tepung gandum/all purpose
- 4 sk baking powder
- 1/2 st garam
- 250 gm mentega
- 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja
- 375 ml susu segar
- 5 biji putih telur suhu bilik
- 2 st esen vanila/badam
- Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
- serbuk koko secukupnya(jika perlu)
Loyang 8" di alas dan di gris
Cara-cara :
1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul
gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih
telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang
setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven
yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu
170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak
lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di
atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya
SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
SUMBER : NASI LEMAK LOVER
C & P : HANA'S FAMILY
Bahan-bahan
- 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
- 100gm gula - hana kurangkan sedikit
- 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
- hana tambah 1sk jus lemon
- Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
- Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
- Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
- Siap.
err..lawo ke? Dah laamaa nak try teknik dip2 & tarik2 nih..tercapai impian..hehe..
Silakan mencuba bagi yang berminat
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA BELEK2 BLOG ANNABAKED@HOME YA..
9 ulasan:
anna..
aku tak pernah try lagi lemon meringue butercream ni...
senang takkk..
cikguuu...
gula tu gula pasir atau gula halus....pastu pukul guna tangan atau mixer....
nanti nk cba kek pelagi ko plak, sbb ari tu ada la makan kek pelangi kat satu majlis ni.. ya allah..menyesal makan.. hampeh tol rasanya.. last2 aku sorok kat tepi meja, pastu buat2 tak kenal sapa punye kek...hahaha...
Mas. : gula castor..nnt aku update..lupa.mula2 bt aku guna icing..langsung manis xleh nak telan..so buang n baca balik komen2 kat bloh sonia..castor rupanya..heheh
lawa sangattttt...
Wohh mmg lain ana kaler dia dari gambo was ep ritu.lawoooo.. ko guna kaler bren apa a.mcm matelic gitu warne nya.ke.sbb ko campo putih2 tu kotkan.nampak keputihan selang2 ngan pepel. Keputihan? Hakhak
Esok aku nak buat kek renbow... gune resepi ko plak ah..sapa kawan baik tu? Mesti dia jelita tak gitu?? Haaiihh
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... pangjg n aku kan... hihihi.. aku mengakui krim nih la yg palingsedap, lembut, haluss berbanding krim2 lain! klu dah tokey kek yg buat mmg cun melecun lerrrr
tq Anna..
boleh dicuba nanti..
suka pat Buttercream tu
nampak suci jek BC tu kan...tapi dah izah sebut keputihan plak...kembang tekak dah aiih..hihi
nanti akk nak terai gok...kena khatam betul2 lah baru buat!
Catat Ulasan