Ahad, 21 April 2013

CUSTARD FRUIT TART/TART BUAH BERKASTARD

Assalamualaikum. Yuhuu..update lagi..
 
Tayangan istimewa..istimewa lah sangat ni, ada yang tanya resepi tp macam dah x ingat sape..hehe..Pernah makan fruits tart? aa pernah kan, meh buat sendiri kalau rajin, try guna rsp Kak Wan pulak..Sebelum ni biasanya Ana guna resepi Chef Noraini untuk buat jualan, crust lak buat guna resepi biasa buat. Boleh klik SINI ya. 

Kali ni resepi Kak Wan jadi pilihan sebab ada banyak sangat kuning telur dalam simpanan , lebihan dari putih telur buat pavlova..Sesiapa nak mencuba silakan, lepas ni Ana share lak resepi Chef tu, cari2 link x jumpa, publish resepi Kak Wan dulula..hehe

Buah-buahan tu je yang sempat interprem, besar dabak ih ih..x nyempat nak perhalus..stobery dah licin kena rembat dek nak-anak dara ambo..gasak jela..janji adoo

"Seksiss tak ai??"
Moh skodeng resepi.

CUSTARD FRUIT TART
Sumber : Citarasawan
Sumber : AnnaQawina

Bahan Pastri Tart
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara :
1.  Satukan gula ising dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit  atau hingga masak pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart sebelum di isi filing kastard dan buah-buahan segar.

 
Resepi Filing Kastard
  • 400ml susu segar
  • 100gm gula kaster
  • 60gm tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu besar mentega
  • Hiasan - Buah strawberry, blueberry, kiwi, mandarin oren dsbnya
Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.  Masak di atas api sederhana hingga kental.  Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
2.  Masukkann ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan kastard bahagian atas mengeras dan simpan di dalam peti sejuk.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan.

Selamat Mencuba

3 ulasan:

atie @ ejay berkata...

assalam..
aduh teringin pulok..
lama dah tak makan nih

Amie berkata...

terliurlah tengok ni... nak tapau 5 biji boleh Anna he he ehh.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

kalau simpan dalam petiais musim panas ni pasti sedapkan???