20 Februari, 2013

KEK COKLAT BUNGA LARA

Assalamualaikum..

Karangan laju2 lagi, harini agak lapang, cuma perlu baking sebiji Red Velvet Cake dan buat tart shell untuk order Khamis, xle lapang sangat, kain baju tuh, sape nak tolong lipat haaa??? adeess...

Dah agak lama tak buat kek coklat untuk makan2 sendiri, kebetulan ada tempahan dari tokey kedai runcit bawah rumah ni (dkt sebulan dah beliau order..heee..), cuba untuk menerai resepi baru..ye..baru tak baru la..dah lama org buat, cuma kita baru terbuka hati nak buat..terima kasih Kak Anymz yang tag resepi sblm CNY lagi dan paksa saya cuba ye kak..paksaanmu berserta pujuk rayumu berhasil..hakhak..(Kak Nim..sila update belog anda!!!)

Sedaaapp sangat tau..mesti cuba..nak berniaga pun sesuai sgt bg penggemar kek coklat.
Resepi ni dinamakan Bunga Lara sbb yang kongsikan resepi nama FB beliau ialah Bunga Lara..tokey kek ni, jutaan..million..terima kasih buat beliau, sungguh sedaaappp..lagi sedap lepas semalam..  

Oh ya..air oren tersebut dibancuh tak manis ye, sbb kek dah manis..hehe..Jom semak resepi, Ana dah edit sikit bagi mudah faham ya.

RESEPI KEK COKLAT BUNGA LARA
Sumber : Bunga Lara (FB)
Kek Coklat Bunga Lara by AnnaQawina

Bahan2nya:
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 cwn gula halus
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak masak
  • 11/4 cwn tpg gndum*
  • 1 cwn serbuk koko*
  • 1sd kecil soda bikarbonat*
  • 1sd kecil baking powder*
  • *bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:
  • Pukul telur brsma gula hingga kembang. Guna whisk je pon boleh.
  • Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. 
  • Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. 
  • Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. 
  • *Perlu d ingtkan jika kecil bks trsbt maka kjp dlm 15mnt atau stgh jam, tpi jika sepenuhnya 1bncuhan itu dlm 1bks, maka kukus dlm 1jm stgh ye...pastikan jgn bukak2 pengukus semsa sdg msk*

TOPPING :
  • 200gm choc.compound (boleh juga guna cooking choc.biasa ya)
  • 3 sd besar susu pekat (resepi asal 5sudu bsr susu pekat)
  • 3 sd bsr minyak masak 
  • 11/2 tin susu cair. 

CARA : 
  • Campur semua bahan Topping dan masak dlm periuk non-stick lbh bgs sbb nnti dia x melekat n x hangus..pekat n cair tppng tu bergantung kepada susu cair tu ye..dan juga manis topping tu bergantung kpda susu pekat tadi..klu rasa nk manis sikit tmbh lagi..n klu rasa nk pekat skit kurangkan susu cair tu ye...JGN LUPA KLU TPPNG DAH SEJUK IA AKAN PEKAT SKIT TAU!

Note Bunga Lara : 
**Hrp mklum : kebykkn org bt topping mnggunakn kaedah double boiler tpi sya tidak! Ini krana sya mggunakn periuk non stick n slow fire so ia x melekat! Tpi mke sure jgn tnggalkan krana ia blh brkerak di atas! Utk memudahkn tiada kerak tersbut pastikan sntiasa kacau hingga sejuk..
 
**DAN UTK MENJADIKAN KEK INI SOOOOO MOIST HINGGA MAK MERTUA JALAN PUN X NAMPAK ADALAH KERANA semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS2 ITU KE DALAM KEK TERSEBUT..LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG...BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SKALI LAGI...TPI JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP...SLAMAT MENCUBA ♥ ♥ ♥

**Note Ana : Biarkan kek suam2 dulu baru tuang topping, sebab nanti kek tak basah sangat kat dalam kerana kek yg baru masak akan ada rongga2, so topping tu akan resap cepat sangat, kita takleh makan yang gitu, hehe..nak yang sedang2 ajer..Ana buat 2 kali siram je..

Nak cuba? Silakan..nak order? Silakan hubungi 0193004358..boleh juga jadikan buah tangan buat mak mertua, mak ayah juga, door gift kan..(iklan harus adaaa...)hehe..pisss!!

T.kasih atas kunjungan anda..

BISKUT SEMPERIT SUSU

Assalamualaikum w.b.t

Homaanggaii..lamanya x apdet blog..n3 yang keluar ni pon dah berzaman, asyik tertangguh ajer nak apdet, ramai yang mintak resepi so pagi ni gigih gakle taip buat karangan..hehe.

Biskut tak raya ni, hari2 boleh buat kalau rajin, Ana buat ni sebab ada tempahan haritu, lebihkan untuk makan2 sendiri gak, buat 2 resepi, satu lagi Semperit Kastard (resepi kendian le) yang ni versi susu..sedap..sedap..anak2 Ana paling suka versi boh susu ni. tanpa telur lagi..
Putih kan sekut ni? Jom layan resepi, yang dok menyalin resepi tu agak2le kalo dah bnyk sgt list, pendekkan list anda yer..cubala rajin2 sikit, pastu hantar sini sebekas yer.. 
Resepi ni dah di'separuh'kan oleh Zack..versi asal pun disertakan sekali ya..pandai2le korang hayati dengan teliti..TQVM Zack..
 
Resepi Biskut Semperit Susu
Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by AnnaQawina

Bahan:
  • 125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
  • 125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
  • 230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
Sedaaappp.....(^_^)

**Maaf n3 taip & keluar laju2 tanpa sempat tanya kabo kengkawan..pekabo semua? hehe..baibai..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...