19 Oktober, 2012

PAVLOVA KASIH CK

Assalamualaikum..

amboii..ramai yg tayang apam..nasik goreng..kuih goreng..pau...haish..mana rajin nak buat ye..takpela..kita makan pavlova ajek..kelasss kaann...hehe..
                                                   yolah tu.....

Dah femes dah ni, kita je baru cuba..segan2 gitu nak try..hehe...tqvm buat Noorma@CK tu..hasil belajar kat kelas beliau share kat blog..siap call lagi nak tuntut ilmu kat beliau..jangan risau bagi yang nak blajar dgn CK..peramah amat empunya badan tau..tak sempat kita nak nyampok pun ya..laju je pot pet...haahaa..

Izin share kat sini ye CK..senang sungguh membuatnya..tapi AWAS..jgn selalu makan ya..manis ni..tapi takdela mencekik rasa manis tu..krim pula boleh guna freshkrim sahaja ataupun vanilla krim kastard yang yummy...

PAVLOVA KASIH CK
Sumber : CK@Noorma
Pavlova Kasih CK by AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 1 sdt cuka makan
  • 1/2 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar. 
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Bentukkan meringue diatas loyang beralas kertas minyak.
  • *Buat dasar meringue, ratakan, kemudian paipkan bahagian tepi tinggi sedikit dari dasar pavlova tadi. 
  • *Atau bolehlah bentukkan ikut suka hati..
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 160'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 140'C selama 50-60 minit.(bab suhu ni CK yg ajar secara online..)
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.
KRIM I : (CK) 
  • 240grm whipping cream
  • 1 1/2 sdb gula halus
  • 1/2 sdt esen vanila
*Pukul semua bahan hingga kental.


KRIM II -custard cream filling : (TryMasak)
Bahan-bahan :
  • whipping cream (200gm )
  • susu segar (1/2 cawan)
  • vanilla (1/2 sudu kecil)
  • kuning telur (1 biji )
  • gula kastor (33gm )
  • tepung kastard (13gm )
  • mentega (25gm )
Cara-cara :
  • Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
  • Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
  • Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
  • Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
  • Akhir sekali, letakkan custard cream filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
  • Pavlova sudah pun siap untuk dihidang.
Untuk lebih jelas boleh juga rujuk blog Kak Citarasawan, anda akn mudah memahami aturan membuat pavlova ni..

SELAMAT MENCUBA.
Nak Order? Boleh juga...sedia menerima tempahan InsyaAllah

7 ulasan:

Qhaifa Nur berkata...

bhg atas buat tertarik...warna warni
sedapnya pavlova......

Hanim berkata...

Mmm teringin nak try...bila tah nak buat. Klu org dlm rumah ni makan jer apa yg sy buat cepat la ckit kejadiannya hehehe. Share recp ye, TQ....

Cendana Kasih berkata...

alorrr cik kak...ko kutuk aku yerk...tau ler mulut aku takleh stop...hehehe....

firsty, sori tak dapat menjawab/membalas sms sbb simkad aku rosak...hanya bleh dengar ringtone jer...baru lepas keluar dari maxis tadi..katanya kena tunggu 24jam baru ok utk line aku ni...hempeh betui laaa......

fb pun tak dapat bukak, sbb line tenet kat rumah tahap semut punyer slownyer... ni pun wifi kat kepci...dapat la meronda2 kejap... aku suruh anak2 makan slow2....hehehe....

*** nk tambah sikit lagi tepung jagung pun bleh,..dalam 1 sudu besar gitew...nanti strukturnya akan lebih rangup...

FnF Simple Life berkata...

best betul bw kat cni...semuaanyaaa sedap2...moga murah rezeki ;)

tun_telani berkata...

kak anna cayanggggggg~~~ ingat masa mula2 mkn pavlova ni, teruja punya pasal, amik satu slice besooo... pastu rasa semulut dh xleh nk telan. kui kui.. tun mmg kurang sket mkn manis2 sgt nih.. tp suka nengok bila letak buah2 tu.

Unknown berkata...

wow pavlova lah chedap ni lama nya akak tak buat nak kena cari buah jugak ni rasanya nk buat pavlova tu akak copy resepi Anna lah nnt time rajin tu ya..

Unknown berkata...

wow, memang sedap

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...