Jumaat, 10 Ogos 2012

UDANG BEREMPAH BERIANI

Resepi dari Kak DayangJack yang sedang sibuk melapis kek..ehhe..makasih kak Dayang..soo sedap..cuma Ana takde daun kari..tu pun dah sedap dah makan dengan nasi panas semasa bersahur tempohari..Alhamdulillah..terima kasih kak Dayang untuk resepi ni ya..Ana share kat sini..


RESEPI UDANG BEREMPAH BERIANI
Sumber : dayang Jack@Dapurku Sayang
Udang Berempah Beriani by AnnaQawina

bahan-bahan : Ana cuma buat separuh dari resepi di bawah
  • 500g/sekilo Udang besar/sederhana
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :

  • Gaulkan udang bersama semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  • Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga masak keemasan.
  • Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
SELAMAT MENCUBA

3 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna :D
Sedapnya...

Anna Qawina berkata...

Waalkmslm kak.linnnn...lama x nmpk..hii
Sdp kak..tryla

mala berkata...

salam aidilfitri dari muscat, oman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...