10 Ogos, 2012

FRESH FRUITS TART

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kawan2 yang diingati..harap semua dalam lindungan Ilahi sentiasa..semoga Ramadhan yang semakin ke penghujung ini memberi lebih keberkatan buat kita semua InsyaAllah.

Semasa n3 ini keluar, Ana mungkin sibuk di depan oven menyiapkan tart shell yang belum berkesudahan, ada juga penambahan order disaat akhir ni..nak tak nak buatle jugak..mana yang rasa tak sempat tu harap maaf la ye, Ana terpaksa tolak tempahan takut tak terkejar..dengan anak2 yang kurang sihat ni, raya pun dah semakin dekat, karang kita yang tak balik kampung raya ni..hehe..seraamm..



Kali ni nak share pula resepi tart buah-buahan segar..ini adalah tempahan dari Saudari Nas dari PPUM, untuk jamuan berbuka puasa kat hospital tempatnya bekerja tu..Alhamdulillah dapat siapkan, cuma lepas dah hantar tu ada kesilapan teknikal yang tak boleh dikawal..huhu..harap Nas ok kan..harap tart tu sedaple..InsyaAllah.

RESEPI CRUST <----Klik


RESEPI KRIM KASTARD & FRUITS TART
Fresh Fruits Tart by AnnaQawina

Bahan2 Untuk Kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
  • 1 camca besar marjerin@mentega

Cara2 :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

**Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.


**Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional)

Cara Untuk Menghias :
  1. Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika.
  2. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust.
  3. Susun buah2an pilihan.
  4. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.
  3. **Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..Alhamdulillah sedap 
  4. Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard.
SELAMAT MENCUBA KEPADA YANG NAK CUBA BUAT TU..KEPADA YANG NAK BUAT TEMPAHAN MUNGKIN UNTUK JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA NANTI BOLEH HUBUNGI ANA TERUS YA..terima kasih buat yang berkunjung..Wassalam

3 ulasan:

::Azura Rahman:: berkata...

wahhhh.. meriahnyer... rajin anna mengge'tart'.. hihihi..

Unknown berkata...

Assalamualaikum Anna,
Cantiknya...mesti tgh sibuk dengan tempahan ni...

Anna Qawina berkata...

Kak zura : utk org rajin sgtla..haha..sdri nk mkn susah sket..

Kak Lin : t.kasih..sibuk kak Alhamdulillah adala rezeki Allah bagi..hii

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...