14 November, 2011

KEK SPAN COKLAT

Assalamualaikum
Bersiaran dipagi Isnin yang sejuk-sejuk ni, dengan keadaan kesihatan anak-anak & diri sendiri yang tak berapa elok, harap diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t untuk terus berbakti & beramal..InsyaAllah

Beberapa hari lalu (lupa dah hari apa) Ana cuba buat kek span ni, dah lama simpan resepi & dah lama teringin nak try buat kek span sendiri, akhirnya terlaksana juga. Bukan saja-saja buat kek ni tau, ada projek seterusnya yang menggunakan kek span ni..hehe..Cuma Ana bakar guna loyang petak yg agak besar, maka kejadian kek ni rendah sikit dari yang tuan punya resepi buat. Takpela kan, hasilnya sedap jugak & boleh dikatakan menjadile..Gambar kek seadanya le, pukul 1 pagi baru kek ni siap, maklumle nak pukul telur bagi naik tanduk kemain lama lagi haa..jenuh nunggu, tak taula nape lambat sangat nak kental, nasib baik guna stand mixer, kalau guna hand mixer tak taule kan..mau keluar muscle kat lengan..kihkih..



RESEPI KEK SPAN COKLAT
Sumber : NINA@SL
Terima kasih SL berkongsi resepi kek yang dijualnya..
Kek Span Coklat By AnnaQawina

bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b *Ana guna 4 biji telur gred A
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

CARA-CARA :
  • Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga kental(meringue). Putar menggunakan kelajuan maksimum.. 
  • Mesti kembang, pekat dan berwarna putih, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
  • Ayak bahan-bahan kering bersama & masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  • Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati.
  • Adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.
  • Kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

13 ulasan:

Liza berkata...

salam ana....lama dah liza xbuat kek span ni...
biasa kalau nk tunggu telur tu naik tanduk, tuan dia dah keluar tanduk dulu kan....hihihihihi

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, bagi akk setengah loyang mesti sedap dan gebuss gebass ni.

Semoga anna dan anak2 cepat sihat dan pulih seperti biasa ya.

ady berkata...

as-salam anna
sedapnye kek coklat anna tu ..minta sepotong kek coklat tu untuk b/f..

Sofea berkata...

ana, tq share resepi, nanti leh la buba buat..anak2 suka kek coklat:)

cik cek berkata...

Bestnya kalau dapat sepotong ni...:D

Ida,Japan berkata...

sedapnyer ....kek span coklat sesuai disapu apa2 krim ni anna...bila2 boleh la try ni..TQ

Cik Tetra berkata...

sedapnye..ley cube buat ni! :D

Qhaifa Nur berkata...

teringin juga nak buat kek coklat...
nampak sedap je...

Ros berkata...

Salam Anna Qawina,

Kalau kita masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang,inayaallah,masakan kita akan terhasil dengan cantik dan sedap.....sedap nya...Kak Ros nak sikit...

anymz berkata...

rajinnya ana membaking..syifa' debab tu tak kaco ke..meh sini akak cubit2 dak debab tu bior dia nangis..hahaha..(kes dengki asyik tgk entri kek)...

ibundo berkata...

rajin...kalau ada lagi mintak sepotong.

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Anna..
Hehehe..akak menyepikan diri sbb majuk lah Ana..hahaha.. Majuk dgn internet ni yg slow amat time hujan2 ni. Maleh den nak ngadap lama2 tgk skrin yg tak kuar2 laman web spt yg dikehendaki..
Tak banjir lg kat sini Anna..
Wah projek apa lak lepas kek span ni Anna???

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak anna..ada lg x kek span ni..tergoda tgk kegebuannyaa hikhikk

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...