2 singgit..2 singgit..cepat-cepat..panas-panassss...!!!
Hehe...donut yang mudah nak buat sebab Ana dah ikut apa yang Kak Nor ejas, tak lembik & tak keras..sedang-sedang ajer..kiranya memang untungla kan kita yang buat lewat2 dari orang lain kan, boleh ikut je mana yang dah di'ejas' bagi memudahkan diri kita nak buat..ramai sangat yang dah cuba menu nih, siap berpandan-pandan lagi tu..rajin kan orang-orang itu..hihi....
Resepi yang Ana letak kat sini adalah yang Kak Nor dah ubah, jadi ikut jela..tapi jutaan terima kasih buat Kak dayang yang kongsi resepi ni..
Donut Ball
Sumber : Kak Dayang@DapurKuSayang & Kak Nor@Secubit Garam
Bahan-bahan:- 2 1/4 cawan tepung gandum @ tpg high protein*Ana campurkan ke 2 jenis tepung tu
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu tepung *tak letak
- 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 caw. air suam (direndam hingga berbuih)
- 1 sudu kecil ovallette
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar marjerin
- 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
- gula saduran
- **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
- Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
- Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
- Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
* K.Nor humban semua dalam BM tapi part campuran yis dan 1/4 cawan air tu mmg K.Nor bancuh dulu. *Sama macam Kak Nor, cuma kita tak humban semua tu, kita masuk perlahan2 je dalam BM..ngeheheee..
9 ulasan:
amboiii dgn ayat humban akak pun enterprem kat sini gak ya.. hehe
tun lagii untung, sbb x wat2 lagi.. hehe.. mmg tunggu org ejas2 (padahal pemalas.. hik hik..)
nk 5inggit!!
kak nor : kihkih..saje nak interprem..haha
Tun : tu pasal kan..utg gak lewat2 cuba..*alasan tu
ting tong!! dah sampai dah ni....nak tapau donut bolat-bolat ni bawa bekal blk..hehe
aku nak free..
kasi sepinggan...kikikiki
wooo ni pasti skali hadap je donut ni kan... meh aku nak baling dalam mulut aku sikittt
As salam.... Mintak 6 ketui donut ball tu....
As salam.. Nak donut 6 ketui....
Wah cantiknya donut ball tu... nak seketul ada lg x nie... ;)
Catat Ulasan