Ahad, 5 September 2010

ULTIMATE CHOC.CAKE

Assalamualaikum...ada yang tak tido lagi ke? Hihi..Ana memang tak tido harini sebab tadi siapkan biskut yang kakak ipar tempah tu, baru 3 jenis siap, ada 2 jenis lagi nak siapkan..huhu..last minit tempah camni ler, sibbaik kakak ipar, kalo orang lain tak mo ambik le...tapi kan dalam sibuk2 buat biskut raya ni, sempatla jugak buat kek, tahle nape tetiba je teringin nak makan kek bulan2 pose ni...kali ni Ana cuba resepi Kak Jun lak..

eh..!! terkojut ko? itam legam nih..haha..tapi itam bukan sebarang tau...sedap ni, tapi skrg dah abesla, Akmal dok ulang makan je, sedap katanya..kejadiannya??? Mak datuk..!! kemain besar lagi haa...tapi nak buat tu sonang bangat weh..kacau2 jek..nak makan gitu je takyah toping2 pon sedap weh..Ana kongsikan resepinya yea...

Bahan-bahan : ( 1 loyang (20cm)

  • 2 cawan tepung serbaguna..tepung gandum le tuh
  • 2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat..Ini Ana kurangkan 1 1/2 sudu teh je..
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan susu Ana guna susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air kopi pekat panas

Cara-cara:

  1. gaul tepung, gula, koko, baking powder n soda bikarbonat.
  2. masukkan minyak, susu, telur dan esen. masukkan juga air kopi. gaul sebati.
  3. bakar hingga masak. (jun bakar selama 1 jam..ikut oven masing2)(Ana bakar 1 jam setengah sbb guna api perlahan je..)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...