Ahad, 5 September 2010

KELAPA DELIMA..Ana nak pitam!!

Haaa...nape ngan tajuk tuh? Hampir pitam a.k.a zzzzzzzzz sepanjang hari ler tu...mana taknya, sekali buat terus 2 adunan, ingatkan sikit je, rupenyee...HUH!! Nak tak nak kena gak siapkan tu yang hampir2 pitam kat meja dapo tuh..haha..Biskut ni Ana buatkan untuk kakak ipar jugakla, dia yang mintak tolong..(berbayar tau..)hihi...betulla kata pepatah orang tamak selalu rgi..Apa yang Ana rugi nih? Rugi waktu tido ler, 1 malam berjaga nih...huhu


Dah lama berkenan ngan biskut ni, awal2 lagi dah save kat blog Mat Gebu tuh..ambooiii..Cik Mat sekarang ni tambah glamer ye, siap dapat jemputan buat biskut kat majalah lagi haa..Syukur Alhamdulillah kan..Tahniah le Cik Mat...Ana kongsikan respinya yea Mat..terima kasih..

Bahan-bahan ( 120-130 keping )

  • 225 g tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2)*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, dikisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 155 g mentega

UNTUK HIASAN:-

  • Ceri merah, didadu kecil
  • Kelapa kering
  • Kuning telur, untuk sapuan

Cara-cara

  • Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  • Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

**Perhatian : kalau buat sorang2 tu jangan tamak haloba ye, buat 1 adunan dulu, takle terpitam cam Ana nih..kalau ada yang membantu takde masalah nak buat 4 adunan sekaligus kan..huhu..**

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...