Isnin, 6 September 2010

BEBOLA KOPI BERSALUT KELAPA

Sunyi je kawasan sekeliling rumah Ana nih, kat facebook pon dah sepi sikit, diaorang dah balik kampung kot...sape2 yang bawak kete tu hati-hati memandu yek..semoga selamat sampai ke destinasi anda..huh..cam iklan tv je..hihi..

Panas2 lagi nih, nak ke??

Onde2 ke nih?? Bukan daaa..hihi..macam onde-onde jek tapi dah dimodenkan kot...Ini biskut raya saje2 nak cuba buat..senang nak membuatnya, gentel2 & campak dalam bekas kelapa kering tu haaa..dah boleh bakar..

Sape2 yang nak cuba ni Ana letakkan resepinya, dapat dari majalah lama...

Bahan-bahan : dapat lebih kurang 220 biji..
  • 350 gm marjerin..Ana guna planta
  • 170 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 450 gm tepung blue key..Ana guna tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 5 gm garam halus
  • 1 sudu teh perisa kopi/esen kopi
  • 200 gm kelapa kering..@ secukupnya..
Cara-cara :
  • Pukul marjerin & gula kastor hingga kembang. 
  • Masukkan telur & perisa kopi. Putar lagi.
  • Masukkan tepung & garam. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil & golekkan dalam bekas kelapa kering, buat hingga bersalut keseluruhannya.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit @ sehingga keperangan..bergantung pada oven masing2...
  • Simpan dalam bekas kedap udara...

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...