03 Ogos, 2010

EZ Choc. Swirl Cake

Assalamualaikum teman-teman...dah 2 hari tak dapat masuk perasap dapur, kat dapur rumah pun kurang berasap gak, dekat2 nak puasa ni ramai yang buat kenduri, makan lauk kenduri jelah..Ini kek yang Ana buat hari Sabtu lepas, saja nak bagi makan2 anak tak sekolah kan, kalau takde apa2 kat meja ni, asyik melilau je tak duduk diam, cari makanan... resepi dari Myresepi.Com

pandangan sisi & dalam..lembut tau adunan ni...walaupun cara buatnya dicampur semua sekali. Cuma kejadiannya tak lah cantik macam akak tu buat..hihi... Ana guna tepung gandum tapi ikut cara yang Kak Fyda ajar untuk dijadikan tepung naik sendiri..makasih kak Fyda..Ana copykan kat sini bersama gambar2 cara nak buatnya..mintak halal kak yea, senang nak buat nanti..

 

Sumber : Kak Fida MyResepi

Bahan-bahan ( 9x6 inch/loyang roll 10x10x1 in )

  • 200g tepung naik sendiri - diayak*Ana guna tepung gandum..cara2nya kat bawah yea*
  • 175 g gula castor/halus
  • 175 g mentega/majerin
  • 3 biji telur
  • 4 sb susu segar/jus oren
  • 1 sk esen vanilla (jika menggunakan susu segar)
  • 100-125 g choc. masakan - dicairkan

Cara-cara & gambar step by step ni dari Kak Fyda jugak yea...


  • Loyang dialas kertas minyak dan disapu mentega sekeliling.


   Ez_choc_swirl_cake_dpukul
Kak fyda punya gambar..
  • Satukan kesemua bahan2 kecuali choc. cair ke dalam mangkuk mixer.Pukul adunan hingga kembang.  
Ez_choc_swirl_cake_dlorek
 Gambar Kak Fyda gak..
  • Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang dan tuang 1/2 bahagian coc. cair,lalu tuang lebihan adunan lagi rata2 dan tuang lebihan choc. cair ke atas adunan.Ambil lidi atau batang sudu,cucukkan ke dalam adunan dan lorekkan membentuk marble.ATAU boleh dibuat selapis adunan dan tuang semua choc. cair dan lorekkan.
Ez_choc_swirl_cake_siap



Gambar ni pon Kak fyda punye
  • Bakar pd suhu 160C selama 50 min - 1 jam atau hingga masak ikut sesuai suhu oven masing2.
  • Adunan boleh dijadikan choc. swirl square/slice cake dengan menggunakan loyang roll...tuang semua adunan ke dalam loyang roll dan ratakan lalu tuang choc. cair rata2 dan lorekkan...bakar selama 30 - 40 min.
Ez_choc_swirl_cake_dsaji
 Kak Fyda punya gambar..
  • Sejukkan kek,potong 4 persegi 1.5x1.5 inc atau ikut suka dan sajikan. 

##utk mndapatkan sukatan sebenar tpg gandum menggantikan tpg naik sendiri....1 cawan tpg gandum dibuang 2 sk dan campurkan dgn 1 1/2 sk baking powder dan 1 1/2 sk garam...jadi kena buat 2 kali sukatan dan timbang 200 g campuran tepung gandum untuk mendapatkan sukatan yang diingini##

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...