Resepi ni Ana buat semalam sebab ada bos Cik Abe Ana bg petai, banyak lak tu, dah puas celur cicah budu...haha..Dapat kat majalah SDK Julai 2010..menurut majalah ni, resepi dari chef kat Hotel Summit..huhu..kira makan ala-ala hotel le ni kan..sedap gak buat pedas-pedas, petai pun dah berkerepot dah sbb banyak sgt, dah 2 3 hari makan ulam petai je..
Ni Ana kongsikan bahan-bahan & cara buatnya..
Bahan2 :
- 3 tangkai cili hijau..*Ana guna segenggam cili api
- 250 grm ikan bilis (rendam kejap)
- 100 grm petai (@ ikut suka)..buang kulit
- 1 biji limau nipis
- 3 ulas bawang merah
- sedikit garam
Cara -cara :
- Rebus cili & bawang seketika.Tos & Ketepikan
- Panaskan minyak & goreng ikan bilis & petai..ketepikan
- Kemudian tumbuk bawang merah, cili hijau & garam hingga hancur.
- Campurkan bersama ikan bilis & petai. Gaul rata & perahkan air limau nipis
Cubalah buat resepi ni pulak, boleh sesuaikan mengikut bahan-bahan yang ada...
SELAMAT MENCUBA
3 ulasan:
ana..sedapnya..makan dengan nasi panas memang sedap...terliur dah ni...
waahh petai.. ~gulp.. telan liur~
kat rumah ni pun ada petai. tp yg dah dijeruk. x sama. :(
Mas : leleh i liur ke? hihi
Kak Irma : petai jeruk leh je wat, tos air dulu bg hilang jeruk tu pastu buatle..ok kot...hihi
Catat Ulasan