02 Jun, 2010

MEMBENTUK GENERASI SEMPURNA IMAN & AKHLAK

Bismillah...

Harini saya masih dalam mood xzam, anak2 masih blm habis ujian pertengahan penggal sekolah agama & juga tadika...moga2 anak2ku dapat mengharungi dengan jayanya...InsyaAllah...

Pagini saya cuma masak meehoon goreng, Adam blh bawa bekal ke sekolah agama, dia mmg suka mee @ meehoon, kalau bg bekal nasi goreng macam cuak je mukanya..hihi...sejak Adam masuk sklh darjah 1, blh dikatakan hari2 dia berbekal ke sekolah agama & sklh rendah, saya cuma bg dia duit RM1 aje, tupun dia akan bawa balik & simpan dlm tabung, kdg2 je bila tak smpat nak masak bekal saya akan suruh dia beli makanan kat kantin. sejak awal tahun dia simpan duit ni adala brg2 yg dia nak tu blh beli ngan duit tabung dia..jam tangan, hadiah hari guru & terbaru raket badminton...murah2 je tp dia puas sbb ambik dari tabung dia...

Rasa puas & bangga sbb anak lelaki blh bawa bekal ke sklh, takdelah dia nak mkn hasil air tangan orang lain kan...bg saya pemakanan anak2 yg sedang membesar penting sgt tuk dijaga, tp kenala biasakan sejak dari kecil..mcm budak2 ni diaorg tak akn mintak jajan2 kalau pg kedai @ s.market, air kotak & aiskrim tu mesti tunjuklah...nak beli pun kita yg kena pilihkan...Alhamdulillah prestasi belajar budak2 ni bagus..Adam dlm kelasnya dapat gred 5A...(",)..Akmal...hmmmm....jenis yg senang hafal...hihi...suruh baca kat buku tp dia tgk kat lain, tetap blh sebut sbb dia hafal...kami bagi anak2 amalkan madu sejak kecil lg, mmg ketara hasilnya..Alhamdulillah...




"saya ingin kongsikan 1 artikel yg saya simpan lbh kurang setahun lalu. ..sedikit ringkasannya :

MESTI ELAK :
  • Jgn beri anak mkn kepala ikan@organ dalaman kerana ini melemahkan daya ingatan
  • Nabi berpesan jgn mkn makanan yg terdedah kerana akn dijilat syaitan & blh melemahkan daya ingatan
  • Jgn minum/makan makanan yg ada semut kerana melemahkan daya ingatan
DIGALAKKAN :
  • Setiap rumah harus menyimpan madu, kurma, air zam zam. amalkan memakannya selalu kerana kurma menguatkan daya ingatan. Selain itu memakan 7 biji kurma setiap hari dapat menetralkan racun & ilmu hitam
  • Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran & daging utk kekuatan daya ingatan. Org yg hafal Quran bnyk mkn daging, madu, susu segar & kismis
  • 3 bulan sebelum anak2 mengambil xzam,berikan minum susu segar, mkn kismis,kurma,madu agar tubuh badan sihat & minda cergas. Bila ada kekuatan jasmani & tubuh sihat, akal turut cerdik
  • Jenis kekacang yg plg bagus ialah badam.
Islam amat menitikberatkan pemakanan & minuman yg berkhasiat,berkualiti,bersih,halal dsbnya bg membentuk generasi berilmu, beramal,beriman.


Malah sejarah kaum Yahudi juga mementingkan pemakanan yg berkhasiat bg ank2 mereka spt buah kurma & zaitun yg telah diamalkan sejak zaman Nabi Adam & Nabi Nuh.
Bukan hanya solat & puasa sahaja yg mempunyai disiplin, malah cara makan juga mempunyai disiplin tersendiri spt harus dimulakan dgn bacaan Bismillah, menggunakan tgn kanan & selawat.

Sebagai ibu walau sesibuk manapun, cari ruang utk memasak bg keluarga. Jgn cari alasan utk tdk memasak. Jika kita tdk ada bnyk masa, masak mknn yg ringkas sudah memadai. Masak dgn penuh kasih sayang & ikhlas disertai dgn doa & zikir agar jiwa anak-anak yg memakan mknn tersebut menjadi lembut & sentiasa mengingati Allah.

Cari masa utk makan bersama keluarga kerana disitu ada keberkatannya. Ibu yg tidak memasak makanan utk anak2 akn kehilangan nikmat kasih anak pada ibu.

SENJATA seorang IBU ialah DOA untuk anak-anak. Apabila anak2 ditimpa masalah& kesusahan, berdoalah & bernazar apa yg termampu utk anak2"

Alhamdulillah setakat ini saya mampu melakukannya, penat & lelah mengharunginya seharian tetapi  saya rela sepenuh jiwa raga saya berkorban utk berkhidmat kepada keluarga...Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan saya, bersabar mendidik ank2 yg mcm2 ragamnya...

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...