Rabu, 2 Jun 2010

RUTIN HARIANKU


Musim peperiksaan datang lagi....Tapi mujur juga Adam dah habis xzam kat sekolah kebangsaan, harini xzam kat sekolah Agama Kafa dan juga Akmal xzam kat tadika..biarpun cuma ujian pertengahan penggal tapi debar si ummi ni ngalahkan anak2 nak xzam UPSR lak kan....


Pagi2 mcm biasala sebelum sarapan bagi diaorang minum madu dulu, baru bagi secawan susu coklat, pagini sarapan roti ngan kaya je..hihi...lepas sarapan Adam turun ngan ayahnya tunggu bas sekolah, Akmal mcm biasala suka sgt melukis dulu sementara tunggu ayah hantar ke Tadika Islam Al-Humairah..pastu ayah terus g kerja, 


Ummi lak mcm biasala sambil2 sibuk ngan kain baju & pinggan mangkuk, jenguk2la pesbuuk & blog jap..sambil2 tu masak nasik utk Hannah dan siapkan makan tengahari tuk Adam yg akan balik pukul 11 nanti..setiap hari macam nilah rutinnya....


Hmmm..masak ape? heheh...Utk Hannah nasi rebus ngan ayam+sawi je..kentang dah habis lak...Adam? telur kot....makan ngan kicap...budak2 sukala.

Hannah lak blom sembuh dari batuk2, bg ubat batuk pun takde kesan asyik tdo je..bagi madu jelah, pastu jolok dalam mulut dia time dia batuk, ha kluarla lendir2 tu.....mudah2han anak2 ummi sihat walafiat & berjaya menjawab soalan xzam dengan jayanya...Amin.


"SEORANG MUSLIMAH dilahirkan ke dunia ibarat permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bestari. Seorang Muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...