19 Jun, 2013

SARDIN TUMIS TEMPOYAK

Lauk orang yang sibuk..sibuk apa tah..membute je kerjanya..heehehe
Resepi dari buku RASA Ogos 2012. Buat pedas-pedas sedap. Cubalah..

Terliur ke? Meh tengok resepi mudah ni..

SARDIN TUMIS TEMPOYAK
Sumber : RASA Ogos 2012, AnnaQawina@blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 tin sardin saiz sederhana (toskan iakn dari sosnya)
  • 3 biji bawang merah -hiris halus
  • 3 ulas bawang putih -hiris halus
  • 2 biji bawang besar -hiris halus
  • 5-5 biji cili api (lebihkan jika mahu pedas) -hiris/cincang/tumbuk
  • halia sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar tempoyak (campurkan dgn.1 cawan air, kacau sebati)
  • 2 keping asam gelugur ( jika tempoyak anda kurang masam)
  • minyak utk. menumis

Cara-cara :
  • Panaskan minyak, goreng ikan sardin sekejap, dalam 3 minit lbh kurang. (tak goreng pon takpe, resepi asal tak goreng pun) . ketepikan.
  • Tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau
  • Kemudian masukkan tempoyak dan sos dari tin sardin, kacau hingga menggelegak.
  • Masukkan ikan sardin, garam dan asam gelugur secukup rasa.
  • Biarkan mendidih dan siap.
  • **Nak lagi sedap,  goreng ikan tersebut sekejap ya.

Selamat menyardin..hehe

14 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

betul tu.. buat pedas2 tu sedap wo... cicah lak ngan paratha.. nyam nyam...

Amie berkata...

Maunya tak terliur Anna... kalau dah ada tempyak, dengan pedasnya lagi...perghhh...lupakan yang lain!

Qhaifa Nur berkata...

sedap juga campur tempoyak..buat pula pedas2...aduh meleleh kejap ..

tun_telani berkata...

1st time tgk sardin masak ngan tempoyak. kreatif betul sape yg cipta resepi nih..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah boleh cuba ni... tak pernah akak dengan tempoyak sardin ni :D

Cendana Kasih berkata...

pandai ko makan tempoyak yer...hehehe..

Mas berkata...

nnti aku nak try la..terliurrr jerk nengok....
anna....ko memang sokmo sibuk...he3

Ummi berkata...

Assalamualaikum Anna, weeehh ngencess betuiii ikan tempoyak ni....adeeei, sabauu je laa, nak kena cari tempoyak la dulu, kena stok lebih sikit musim2 pose nih...hehe

Sweet red cherry berkata...

hai, salam anna..

menarik sangat la menu sardin ni bila tumis dengan tempoyak..pasti lebih sedap kan..

suryabil berkata...

Ada tempoyak..serius terlior ni woo..kena carik duyan ni buat tempoyak.

cik cek berkata...

Assalamualaikum....pekabo anna..harap sumenya sihat...
Emmmm...menarik ...sardin tumis tempoyak...lehla menry nanti...:)

AhliaSaleh berkata...

Simple2 pun..mcm terliur jer..tingin nk try..

Mamasya berkata...

Aslmkum Anna
sardin masak tempoyak..menarik... sardinpun boleh masak mcm2kan...mudah dan cepat memasak.

Treat and Trick berkata...

Sedap nampaknya, terliur akak. Selamat berpuasa untuk Anna dan keluarga ya...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...