20 Oktober, 2012

Donut Gebu IML

Jom mendonat..tambah kegebuan tubuh badan agar sentiasa sihat sejahtera..ehehe..dah lama tak buat donut, kali ni try resepi dari tokey dari Ampang pulak..hmm..sedap..lembut sampai petang/malam..dah seharian pun tetap tak keras kejung..tryla..*ni dah lama buat ni, baru tayang..

Anda bila nak buat nih? Mas..Ika...dah buat..sape lagi? angkat tangan..

RESEPI DONUT LEMBUT IML
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan :
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-cara :
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

penggunaan BM(breadmaker):
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Izah ni rajin sungguh, buat kuih talam sedap sangat..apalagi APAM polkadot dia tu makaaiii..dah bnyk kali order apam Izah ni, kakak ipar pun suka akan kegebuan dan kelembutan apam tersebut..(skema lak...) so sape2 nak tempah apam ke kuih ke kek ke boleh jenguk blog beliau ya.."BUKAN SEKADAR MUFFIN"<<---klik...hehe

Di bawah ni pula Kak Tun punya..boleh juga tempah dengan beliau ya..mana2 yang korang nakla..jgan lupa Tokey apam(yakni sifu kpd tokey2 lain) iaitu Cendana kasih tu...pandai2le pilih..


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...

7 ulasan:

HaSue berkata...

Aku angkat tgn nih..x try lg.hihi..

izahdaut berkata...

tetibe aku mebayangkan kalau tokey tu, bersandar gosok perut jek.. apsal aku tak gitu. hahahhaa..

tq tq..mai mai olerr olerr apam kedodot..

Cendana Kasih berkata...

apsal namaku disebut??

Mas berkata...

ooiitttt....
ko seru juga nama aku..
tersedak dibuatnya..
aku tengah donut ijah nie..
aku dah buat la anna..
cuma tak post2 jerk kat blog @ fb..
sibuk apa entahhhh...
gebuu kan donut nie..
aku suka

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Anna..

wahhh... "rajin adik rajin..rajinlah mendonut, bila makan nanti..makan 44, bila kenyang nanti..sandar aja badan, sambil gosok perut..senyum lebar2.." Lagu yang diubah suai khas untuk Anna..heheheheee..

umi oven berkata...

nak join juga geng apam ni memang nampak menggoda kalbu

tun_telani berkata...

Assalamualaikummmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! knock! knock!! tun dtg beraya nii.. agak2 ada angkat rvc x? hihi

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...