Jumaat, 28 September 2012

WILTON BUTTERCREAM

Assalamualaikum.

Harini nak share resepi buttercream yang dicuba..dalam banyak2 bc, bc mana yang paling anda suka? hehe..ikut suka hatila nak buat yang mana yer..

Senang nak lepa & guna..tak mudah melt..sedang elokla bagi yang baru merangkak macam kita ni..hehe..Alhamdulillah tempahan hantaran ni selamat dibawa dari rumah ni ke Hutan Melintang, Perak. Ada fondant sikit tu, so tak boleh nak letak dalam peti ais kan, letak kat suhu bilik je. Alhamdulillah masih elok keadaan bentuk semua tu..debor mokcik ni..maklooom..haha


Meh kita semak resepi dan try buat yer..

 

WILTON BUTTERCREAM

Sumber : www.wilton.com

Sumber & salinan : AnnaQawina

Menghasilkan 3 cawan icing.

 

Bahan2:

  • 1/2 cwn shortening
  • 1/2 cwn mentega@margerin
  • 1 sdt esen vanila/vanilla extract
  • 4 cwn gula icing yang diayak
  • 2 sdb susu segar@susu cair

 

Cara:

  • Satukan shortening dengan mentega, putar dengan mixer sehingga berkrim.

  • Masukkan esen vanila, pukul lagi.

  • Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sambil dipukul menggunakan speed sederhana.

  • Sesekali scrap tepi mangkuk adunan agar semua adunan sebati.Ketika ini adunan krim agak kering dan kasar.

  • Tambahkan susu dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga halus dan gebu. ini akan memakan masa sedikit.

  • Tutup mangkuk aduan krim dengan kain bersih sehingga hendak digunakan.

 

**Simpan icing yang tidak digunakan didalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk, tahan sehingga 2 minggu. Pukul 'manja' krim bila hendak digunakan.


**Untuk sapuan yang lebih licin dan konsisten, tambahkan 2 sdb 'light corn syrup', air atau susu.
**Untuk krim icing nampak lebih putih, abaikan butter, gantikan dengan 1/2 cawan shortening (Maknanya guna semua shortening, tak payah guna butter) dan tambahkan 1/2 sdt 'No-Color Butter Flavor' (cari kat bakery) dan 4 sdb light corn syrup/air/susu

16pcs Choc.Cupcakes dengan sedikit fondant (fondant made from KB, tq kak Nadz)..

Selamat Pengantin Baru..Tahniah Adah & Din..Semoga bahagia hingga ke Syurga

10 ulasan:

Marsita yahya berkata...

Jalan2 cari kek...byk kek sedap kat sini. Join nanti boleh rasa...
http://my-mintroom.blogspot.com/

JaSSNaNi berkata...

thanks shared resepi.. saya save and simpan dlm file ye.. :) kot2 nak wat nanti ke.. hantaran sape2 ke.. hari jadi anak ke.. senang selak file je.. :)

Sari Yusa Ibrahim berkata...

cantik...

baiknya hati kongsi resepi, Alhamdulillah...

lina_pg berkata...

Annaaaa..cantiknya...wah makin hebatlah deco cake Anna..
kaler pepel lak tu I likeeee

zila norazila berkata...

salam kenal anna..
cantiknye purple2 color tue..akk pun suka cc deco camtu ..:)i follow yer

tun_telani berkata...

kak anna cayangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! makin lama makin cantik kek akak.. jeles tun nengok.. tun xpenah lg main ngan fondant. bc pernah wat sekali, tp deco fail. kui kui.. sedih sedih..

Mamasya berkata...

Aslmkum Anna.dtg nak hantar mee udang ni..2 mangkuk..cukup.hi...hi...
cantik warna cc purple ni.....nampak terang menawan.

Anna Alisya Confectionery berkata...

na...tulisan tu cantik guna apa yer?

Naz / Nadz COSK berkata...

Oooo fondant datang dari KB.. Sape dia eh? Nak tempah jugaklah dari dia..hihihihii..

By the way, cantik kaler purple ni rupanya kan..

Dee berkata...

boleh tak order kek red velvet dgn hiasan bentuk badut . untuk anak saya yg berumur 3 tahun .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...