12 September, 2012

CHEEZY LOVER

Assalamualaikum..

Harini cuaca cerah Alhamdulillah, cuma hati kita mendung sikit, risau teringatkan mak kat kampung yang tengah sakit..sedang tunggu perkembangan selanjutnya, harap2 tiada apa2 yang tak diingini berlaku..semoga mak sihat walafiat macam sediakala..doa untuk ayah juga..semoga mak dan ayah sentiasa dalam rahmat Ilahi dunia akhirat..aamiinn..

Harini Ana nak kongsikan 1 lagi resepi bagi penggemar cheese, dapat resepi dari majalah Mingguan Wanita Ogos 2012. Sesiapa yang nak mencuba silakan..cuma Ana buat ni comot sikit, sambil2 layan tetamu yang datang beraya kat rumah, sempatla bagi tetamu bawa balik sikit rasa2 kan..


CHEEZY LOVER
Sumber : Puan Siti Haniza Danudin (Annisa Mukmin Bakery)
Cheezy Lover by AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 250 grm krim keju
  • 100 grm krim putar
  • 100 grm susu pekat manis
  • 1 sudu teh perasa (mangga/kiwi/strawbery/blueberry@ apa2 shj)@ gunakan filling yang ada
  • 20 grm isi mangga@buah-buahan kesukaan *Ana tak masukkan buah-buahan sbb xde stok
  • Filling secukupnya 

Cara-cara :
  • Campurkan krim keju, susu pekat manis dan perasa@filling ke dalam bekas adunan pemutar.
  • Selepas itu, putar adunan sampai lembut.
  • Masukkan pula krim putar ke dalam adunan tadi, putar seketika bagi sebati.
  • Sediakan bekas yang sesuai, tuang filling dahulu, kemudian adunan keju, buat lapisan demi lapisan sampai siap.
  • Akhir sekali bolehlah dihiaskan dgn potongan buahan kesukaan@gunakan filiing pon boleh juga.
 


Sedap dimakan sejuk2, perasa & filling boleh diubah ikut suka, nak letak kek@biskut yang diramas kasar di setiap lapisan keju tu pun boleh, terpulang pada kreativiti anda ya.

NOTE :
**Krim putar tu Ana guna brand VIVO, boleh didapati di kedai2 jual bahan kek, jika diputar kaku kemudian dimasukkan ke dalam adunan keju, teksturnya lebih kental bila dimakan.

**Jika dicampurkan terus ke dalam adunan semasa krim putar masih cair, adunan akan lembut2 gitu, sudukan je bila nak makan..

mana2 cara yang buat tak kisahla..sbb kita buat dalam bekas kan, xde masalah teksturnya keras@ lembut..hehe
 
SELAMAT MENCUBA

18 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

selamat tengah hari.. semoga mak cepat sembuh ye..
saya mmg penggemar cheeze.. nyum nyum...

Cendana Kasih berkata...

waaa...ni mmg sedap...tiap kali suap ke mulut Rayyan, dia akan cakap 'waaa...sedapnyer !!! "
sama gak la dengan red velvet ko tu... adoiish...mampus aku asyik nk beli cream cis jer...

Qhaifa Nur berkata...

sedapnya....
baru sekarang minat cheese....
sekali tengok macam ais kerim pulak......

HaSue berkata...

sedap tak ana? Muak tak?dah nama pun utk cis laber lg nak tanya kan.kikiki..
Mesti rasa ala2 eskrim gtu.perhh..ketandusan kasih syg aku rasa bila bygkan.haha

smoga mak ko cepat sembuh n sihat sejahtera mcm biasa ana..kena gak la jaga mkn nmpk gaya kan..

Nadz Nazharzan berkata...

Anna, kNaz bukan cheezy lover tapi akak love tgk hasil kerja tgk awak..heheheee..

Kak Nik Ja berkata...

salam anna moga mak cepat sembuh deh!...
dengar resepi pun dah cukup lemak berkrim...kuih raya pun banyak lagi tuh...nak sebalang!

Mamasya berkata...

Salam Anna. moga mak Anna cepat semboh dan sihat kembali.risaukan bila org tua kita tak sihat...tambah tak duduk dkt dg kita.
dah lama tak buat kek yg ada cheese...ingatkan cake dilapis dg cheese rupanya cheese dan filing semata....pasti lemak terasa...yummm.

Shiela berkata...

Assalam Anna.. Semoga mak anna segera sembuh..

Rohah berkata...

lazatnya...nk buat sikit2,agak malas..hantarlah sini..eheee

tun_telani berkata...

fuhh.. mmg betul2 ingredient dia cheese semata nih.. tun maybe blh habis sebekas kecik je nih. huhu..
nway, semoga Allah kurniakan emak akak kesihatan yg berpanjangan insyaAllah.

Wattie berkata...

Salam selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat Ana sekeluarga. Apa apa yang bercheese mesti sedap...

Anna Qawina berkata...

Jassano : tq ats doa tu..aamiin..meh saya blanje cheezy..

Anna Qawina berkata...

cendana kasih : haha rayyan mmg suka..ko buatla..duit bnyk tu bli cheese bnyk2..

Anna Qawina berkata...

Qhaifa Nur : samala saya dulu langsung x reti mkn cheese..hii..skrng ni sebulan 6 kg guna cheese..
tryla mcm eskrim rasa

Anna Qawina berkata...

HaSue : opkos kna mkn sikit2 sue..sbb tu org jual dlm bks kecik2...satu sudu kecik dkali mkn..pastu simpan..hii.jimat nmanya tuh.
i.Allah..tq doa ko sue..

Anna Qawina berkata...

kak Nadz : kita pon kak...budak2 suka ni..tq kak..akk lg mantop la hasilnya

Anna Qawina berkata...

Mokwo : tq Mokwo..I.Allah.
kuih raya xde dah ni..kna hidang sekut meri je..

Anna Qawina berkata...

Mamasya : tq kak...
iye mmg lemak habis ni kak..kna layer dgn crumbs cake@kukis bg tambah rasa sedap kan..

Sheila : i.Allah..t.kasih doa tu..aamiin

Rohah : kita x rajin sgt ni..kita sama2 tgk jela..kot2 blh kenyang..hehe

Tun Telani. :i.Allah...aamiin doa Tun..

Wattie : tq kak Wattie..


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...