Isnin, 10 September 2012

Cake In Jars -Red Velvet Cake & Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum

Selamat sejahtera...sihat semua ya..Alhamdulillah harini sempat update blog beserta resepi sekali..

Kali ini order dari Puan Syuhada dari Rawang, Red Velvet untuk tetamu yang bertandang ke majlis perkahwinan beliau. Tahniah Syuhada..SELAMAT PENGANTIN BARU. Tema majlis MERAH..dari kek, pelamin & semuanyala warna merah..cantik..makin berseri pengantin, cuma maaf ya Syuhada akak tak dapat hadir ke majlis, banyak urusan yang tak siap haritu. Apupun semoga berbahagia hingga ke Jannah..aamiin..


Resepi kek yang dah ada tapi Ana letak lagi sekali beserta dgn krim kejunya yang sedap ni. Sesiapa yang nak mencuba silakan, nak tempah juga silakan..Jom layan..


RED VELVET CAKE IN JARS
Sumber Resepi : Cakes2U
Red Velvet Cakes in Jars by AnnaQawina

Bahan-bahan  
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B:
  • 125 g mentega tawar
  • 280 g gula castor
C:
  • 2 biji telur (gred B)
D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah
E:
  • 240ml buttermilk(Campurkan 240ml susu segar @susu cair dan 1 sdb cuka. Biarkan bancuhan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup/jar sahaja ya..
  • Untuk isian dalam jar, sila bakar menggunakan teknik water bath @ double boiling ya.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
-----------------------------------------------------------------------

RESEPI KRIM KEJU I
(Krim jenis ini sesuai untuk dibawa dalam perjalanan yg memakan masa agak panjang & acara di tempat terbuka yang agak panas sbb tak mudah lembik)
Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing
Cara-cara:
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.
-----------------------------------------------------------------
RESEPI KRIM KEJU II
(Krim keju jenis ini memang sedap & dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas & perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe)


Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya

Bahan-bahan Cream Cheese Topping II

  • 500g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
  • 250g CreamCheese
  • 60g gula icing
  • 110g butter
  • lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)

Cara2


Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.

Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..

versi dalam loyang...suka..suka..suami Ana pun suka kek ni..

Selamat mencuba

12 ulasan:

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Ana..

Ana , RVC versi yg ni akk belum pernah try lagi.. kalau buat dlm loyang, sensual loyang saiz brp yer dan agak2 brp kg ni eh?? Huhuhuuu..bnyk lak soalan..
Hiiihihiii...
Bagilah akk sebalang rvc tu sbg buah tgn...

Anna Qawina berkata...

kak Naz : saya guna rsp ni jugak utk versi kek sebiji kak..guna loyang 8 inc sesuai sgt. yg rsp krim tu akk dah try kan? sedap x? hii
brp kg lupa lak saya kak, biasa bgtau saiz kek je...hihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Teringin kak ros nak cuba buat segala macam kek dalam jar ni..tapi entah bila nak gi beli har tu....

Mas berkata...

Alhamdulillah...
moga makin sukses yerk Anna..
aku tengok makin lama makin mengancam kek ko ni Anna...
gambar yg last tu...
wewitttt

Mas berkata...

Alhamdulillah...
moga makin sukses yerk Anna..
aku tengok makin lama makin mengancam kek ko ni Anna...
gambar yg last tu...
wewitttt

izahdaut berkata...

aku nak kek niiii.. naaaakkk

♥iylia ismail♥ berkata...

berapa harga ye yg dlm jar tu? MOQ bape sis?

Naz / Nadz COSK berkata...

Tq Anna atas jawapannya...

Anna Alisya Confectionery berkata...

Mek Anna thanks sebab promote blog kita kat blog awak...awk juga sumber inspirasi saya...anak kecik2tanpa maid...tapi masih mampu mengetat cistat tu beribu2...tahniah mek...

Uncle Lee berkata...

Hello Anna, it's beautiful! First time I see cakes in jars too.
And that cake sure looks sinfully delicious.
I love the mix colours.....the red is sexy, ha ha....
Can see you have a black belt in baking.
Have fun, and keep a song in your heart.
Lee.

Fiza Nordin berkata...

like!!!!!

Sheila Shafeareen berkata...

salam alhamdullilah makin kencang...ketingalan x pernah rasa lg hemmm sedihhh :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...