Assalamualaikum
Lamanya tak meroti kat rumah ni kalau dah mula takmo berenti lak tu..bila dah makan mmg susah nak stop.sbb kita blh mkn panas2 suam lagi kan, pastu nak letak inti apapun boleh je..
Memang suka buat roti guna resepi basic Kak Nor ni, cuma kali ni Ana guna tepung gandum sepenuhnya sebab takde tepung roti..(ada..tapi dah buang sbb ada haiwan dalam tu..hehe)..Uli pakai breadmaker ni senang kan, dahtu uli 2 kali lak..lembut gebuss je..dah ada kemudahan guna jelaa..
Yang ini Ana campurkan sedikir puri keledek ungu, uli besama sedikit aduan, kemudian gulung & bakar dalam loaf pan..
Jom kita semak untuk kesekian kalinya..resepi ni dah terlalu ramai dah cuba kan, boleh dikatakn hampir blogger'wati' & 'wan' dah cuba, tq Kak Nor ats perkongsian ni..
BASIC DOUGH BUN
(istimewa sebab saya suka & senang nak buat)
(istimewa sebab saya suka & senang nak buat)
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
doh:
- 380gm tepung high protein (tpg roti)*Ana guna tpg gandum
- 3 sudu besar susu tepung *tak letak
- 80gm gula castor
- 3 sudu kecil yis segera
- 1 bj telur A
- 100ml air
- 100gm water roux
- 1/2 sudu kecil garam
- 30gm butter
- 30gm shortening
Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
- 50gm tepung gandum
- 250ml air
Cara :
- Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
- Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
- Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
- Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
- Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
CARA-CARA MENGADUN ROTI:
Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
- Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
- Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
- Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
- Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
- Biarkan proses menguli hingga selesai.
- Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
- Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
- Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
- Rehatkan lebih kurang 15 minit.
- Ambil sebiji doh dan canai nipis. @ bentukkan ikut suka anda
- Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
- Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
- Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. (Ana tak buat)
- Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Yang ini Ana letak dalam cup petak corak Angry Bird, tekan sedikit sosej yang direbus, paipkan sos cili & mayonis atasnya, ada sebahagian pula ditaburkan dengan rempah CAJUN..seeedaaapp tau..ada rasa2 keju gitu.. anak2 suka sangat & bawa bekal ke sekolah, siap agih kat kawan2 lagi..punyala pemurah taapiii balik rumah cari lagi belen2 yang ada..sabar jela anak2 oii..
13 ulasan:
mana yang ada cheese? nak yan ada cheese cepaaattt.. hehehe aku ni baru terhegeh2 nak meroti monkey bread tuha. tapi ntah ler jadi ke idak. keluar tepung roti dah brapa kali. tapi petang karang simpang balik dlm gobok,, kikiki.. dah datang virus malas nih. kena makan vitamin balik nih.. yang roti sosej tu mmg besttt tuh
eh mcam tak spam jek komen aku. boleh percaya ke ni? kalau nak percaya kene komen skali lagi kan. eh bukan ke komen ko sebelum ni kena ko approve dulu ala ala penapisan filem?
hmmm spammm jugakkkkkk.. sebab komen sebelum ni tak keluar pun anna. ahh fedap aku.. ni yang buat aku bw senyap2 jek tanpa meninggalkan komen. aku rasa komen aku tak spam kat entry hasue tu sebab tu geng2 aku yang spam dulu. kan hasue pun spam, jadi bila geng, komen aku tak spam la. ko paham tak ni? tak paham? meh aku spam dahi ko. akakaa... nanti ko cek la box spam ko ek? bagi up skit komen aku ni.. eh mana ko tau pun kan.. suke hati aku la nak bebel kan.. huh
aku takkan putus aje.. aku komen kekdah lain pulak.. huh.tak larat nak jadi mis spam nak aoii
JLO
testing skali lagi..
angelina jolie..
salam ukhwah Anna,
mcm2 roti ada kat sini..
miss spam dah meroyan ke tu ana? hehee
muahhahahahaha....... memang meroyan sungguh tu.. bape kali karangan panjang dh kuar. agak2 blogspot kesian x tgk tu? mana tau bila kesian dh x jadi miss spam ;p
haish rasa nk buat roti la pulak.
garam nye akak tengok roti macam nak ngap je aduii nak kena buat roti lagi lah gamaknya ni.
Sabo jer bace komen miss spam kat atas tu (sedap je ngata org spam)
Aku dah jampi serapah dh ms nk ngomen tf kompom x spam nih!ko jgn nk sabotaj aku lak yer na.
Aku kn,dah bp hari view blog kak nor yg n3 basic dough ni sbb smngt nk meroti..tp tah nape lom meroti2 jugak ni..
aa tuuu,x spam kn...zah,ko jd miss spam sorg2 yer jah..ok bai
owhh.. lamanya tak meroti. Tengok roti anna teringatlah pulak nak meroti..
Bak sini seketul.
Catat Ulasan