02 Mei, 2012

IKAN TALAPIA ASAM TEMPOYAK CILI API


Assalamualaikum..

Menu simple a.k.a campak2 masuk periuk kata IzahDaut..blur masa nak masak ikan ni sebab kehabisan minyak masak baru2 ni..hee..*malas betol nak g kedai depan tu*..line tenet pulak takde hampir 3 hari jugak haritu, ni le masanya nak bagi kawan2 berjasa kat kita kan, tolong gugel resepi kat aku boleh? Tolong tengok blog aku boleh? Tolong bagi idea nak masak ikan ni boleh? Gitula kekdahnya bila tenet buat hal..hehe..padahal boleh je geledah kertas2 & buku2 yang bertimbun dengan resepi tu kan, sajaa...

Terima kasih Izah..Izah dok Ampang, nak order cheesetart/polkadot, muffin boleh kontek beliau yer..hehe..ni entry tertangguh & berjadual yer..licin sudah!!

TALAPIA MASAK ASAM TEMPOYAK CILI API
Sumber : IzahDaut
Talapia Masak Asam Tempoyak Cili Api by AnnaQawina

Bahan2 :
  • 1 ekor Ikan talapia
  • 3 ulas Bawang merah - tumbuk
  • 1@2 keping asam gelugor/asam keping
  • 1 batang serai - diketuk
  • Segenggam cili padi@ikut pedas masing2.
  • sedikit kunyit hidup@serbuk kunyit
  • Tempoyak secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam & bahan perasa secukupnya

Cara2 : 
  • Ikan dibersihkan
  • Tumbuk cili padi dengan kunyit.
  • Masukkan semua bahan2 di dalam periuk, kacau2 sebati
  • Masak sehingga agak pekat kuahnya.
  • Tambahkan daun kesum.
  • Siap bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
SELAMAT MENCUBA

11 ulasan:

Unknown berkata...

salam Anna, aduh asam tempoyak,fav akak ni tapi kalau akak masak sorang je makan, kena tunggu anak dari oversea balik baru dpt layan tempoyak sbb dia sorang je yg minat dan sama taste dengan mama hehe

tun_telani berkata...

dh lama x buat masak lemak.. sedapnyer, siap ada tempoyak lagi.. tp tun kurang sket mkn ikan darat dlm kuah ni. xbape blh telan.. kalau goreng baru laju.. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Anna.. fav akak ni tapi jarang dapat makan, huhu...

Ayu berkata...

Assalam Anna,
sedapnya lauk anna ni..
tengok kuahnya yang pekat tu kecur dah tau..

Cendana Kasih berkata...

salam mek... sedapnyer...ni yg buat aku terliur ni, ikan dah siang, tunggu nk masuk piyuk jer...

kalo dtg sri kemb, singgah la umah, ambik ikan talapia...buat kukus pun sodap !!!

Wattie berkata...

Salam Anna,
Sedapnya nampak lauk tu.....sabor jerla....

izahdaut berkata...

tempoykkkk gigil aku mendengor lauk ko neh.. feberettttt ...paatutnya hantor semaangkuk kat aku nih. huh.. ni spam ke idak komen aku ni? sesiap tanya. hehe

izahdaut berkata...

tak spammmm dahh..lihat la doniaaaaa

quinnie berkata...

hahhaha..happy dah si izah komen dia dah tak spam...kekek..adehhh...

sedapnya anna..gulai ni kalau kasi kat kita memang tak tolaknye...hahhaha

ibundo berkata...

Sama ngan izah. Sebut tempoyak bukan setakat menggigil jer tapi terus demam. Feveret ma...

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Ana..

akak anak beranak sampai ke adik beradik dan mak ayah akak mmg gemar lauk ni. Nanti masakkan utk akak eh. Akak singgah rumah cuti sekolah nanti..heheheeh

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...