31 Mei, 2012

Chocolate Cheese Tart

Assalamualaikum

Singgah sebentar update blog yang semakin hari semakin suram..dek kemalasan & kesibukan puan tanah kedaung..hehe..


Cheesetart edisi coklat..yummy..kegemaran kanak-kanak & yg bukan kanak2 penggemar coklat..cubalah yer..
Ada pe'ngejasan' sikit dalam rsp cheese tu, Ana cuma masukkan lebihan coklat ganache baki letak kat kek sebelumnya..letak ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi pekat & kuat rasa coklat tu..

 
Mari kita tengok bahan2 & cara membikinnya ya..nak order pun boleh, sila sms 019-3004358 @ email anna_qawina@yahoo.com.
Bagi yang order area KL/PJ & kawasan sekitarnya, anda boleh pilih untuk penghantaran menu2 terpilih dengan hanya tambahkan RM10 upah despatch ya..


CHOCOLATE CHEESE TART
Sumber : AnnaQawina

CRUST
Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • EDIT : Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • Choc.ganache secukupnya. untuk adunan cheese
  • Choc.ganache secukupnya untuk inti & perlu disejukkan dahulu dalam peti ais supaya lebih kental & senang untuk paipkan dalam crust

CHOC.GANACHE
Bahan-bahan :
  • 200 grm coklat masakan
  • 100ml susu cair/150ml whipp. cream
  •  1 sdt butter
(Double boiler coklat bersama susu cair, dah agak2 mencair coklat tu, tutup api, teruskanmengacau sehingga coklat benar2 cair & masukkan butter, kacau sebati)

 

Cara-cara :

  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan choc.ganache secukupnya, boleh rasa untuk tahu setakat mana yang ada perlukan.
  • Masukkan inti/filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Sumber telahan : Kak Azita Zain, Citarasawan, Zack Zachoes

18 ulasan:

LydSunshine berkata...

Slurp.... Combination yg baik. Choc and cheese. boleh gemuk ni.

Cendana Kasih berkata...

kalo gini, so choclaties lah yer...dalam ada coklat, cis pun rasa coklat...ermmm...yummmy....

tun_telani berkata...

kak anna cayang.. kali ni tun betul2 tekad, blk ni nk beli acuan tat.. hihi...

FnF Simple Life berkata...

aduhai...masih terasa keenakkan choc cheese tart yg fnf pernah buat dulu...tengok kat sini dah teringat2...ngeee

Unknown berkata...

sedap nya Anna dah terasa kat tekak ni tapi tak boleh banyak lah sbb akak dah lebih berat hahaha

Ayu berkata...

Assalam Anna,
thank you sudi berkongsi recipe ni..
bila2 harus dicuba ni..

Qhaifa Nur berkata...

yang ni paling suka makan....
kalau buat tak sampai 1 hari habis dimakan anak-anak hik..hik...

dZana berkata...

aslmkum anna.. rasa nk terkam jer.. rajin2 sungguh anna ni

Amie berkata...

eee'eeeeh lawanya coklat cheesetart dia... berapa biji boleh puas makan ni Anna?

LiNa_Pg berkata...

cis tat cekelet..satu kelainan...yg penting mesti sedap..mewah ngan rasa chocolate

hana berkata...

klu gini punyer gaya, aku order jer la na! geram haku menengoknyer... tak kose la den nak tepek2 si en.crust mcm aritu.. eee mencik taw! tp bab makan den tak mencik.. den suko.. hahahahaha

sabar dubai berkata...

terliurr plak dahh tgk tart nihhh da lame carik resepinyee kak ana

khairiah khaizu berkata...

Anna, kalau letak cheese nk bg buncit mcm mane, saya buat trus melimpah

Unknown berkata...

Anna!! lawa tart mu...pos la ke hambo skit..nak raso air tgn mu tak dapat lagi ni...hehe

Anna Qawina berkata...

KHAIRIAH KHAIZU :
rasanya aduann cheese tu agak cair sbb tu ianya tak membukit, mayb sbb saiz telur yg kita guna tu..jgn guna telur saiz besar ya..

quinnie berkata...

hhehehe...dah lipat kain ke belum weii...hahahhah...aku nye gain pun segunung tingginya.....kekkeke..

aku tak tau la bila nak buat lagi tart ni...aku sorang je yg makan.sardis tul derang kat rumah ni..huhuhu

anna kalau balik raya tepin...meh singgah hantar kek ngan tart ek..hahahhaha

HomeKreation berkata...

Salam Anna. Dapat kunyah2 ni dgn air kopi kaw mmg best.... esuk dh start keje... tak dpt ler nak gentel2...hehe

nurarina berkata...

Kak Anna, nak tanya. Harga untuk choc cheese tart ni akak kira macam mana eh?

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...