17 November, 2011

HATI LEMBU MASAK REMPAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih buat kawan2 yg sudi bertandang ke sini, tuan tanah masih sibuk menyiapkan tempahan cheese tart untuk Jumaat nanti, jadi kunjungan anda akan dibalas kemudian, itu pasti InsyaAllah..



Jom tengok apa yang ada kat dapur Ana, bukan harini punya, tapi hari Isnin lepas..hehe..tapi dalam ni Ana campur sekali anggota dalaman lembu yang lain, tah hape nama tak tahu..kikikii


RESEPI HATI LEMBU MASAK REMPAH

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • ½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gandum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
  • ( * bahan kisar )
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 1 sudu besar ketumbar
  • * ½ sudu besar jintan manis
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar penuh rempah kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
  • 1 sudu besar kerisik
  • Air secukupnya
  • Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
  4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

13 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam anna, sedap nampaknya hati masak gini..akak selalu masak rendang aje hati ni..atau pun masak dengan samabl goreng pengantin..lain kali boleh lah cuba yg ni pula..

Ida,Japan berkata...

sedapnyer anna..lama tk mkn hati lembu fresh ni..adehh.terliur dibuatnyer

cik cek berkata...

Sume org dah tayang lauk pauk sedap2...tambah lapo kak cek dibuatnya...tak de ke yg nak ajak kak cek join makan2 ke...he he..:D

tun_telani berkata...

kak anna.. byk ke daging korban nyer.. tun daging pun x makan, organ2 ni lagiii laa. so jamu mata je la..

nonierahman berkata...

kak anna nak sket.sedap nie..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam anna...

sibuk menge'tart' ye? syukur rezeki kan?

wahh.. sedap sedapppp! akak suka gak mkn hati msk berempah gini.. lama tak masak hati.. mmg best.. tp tu ler.. takleh mkn selalu2 brg2 dalaman ni.. bahaya.. tp tu ler.. yg bahaya tulah yg sedap.. hehehe..

Unknown berkata...

feveret sya ni!

suka bila mak masak cam ni...sya sndiri takut nak try masak..huhu

Unknown berkata...

uishhh sedap ni anna...ingat ada lagi lauk hati ni dah siap mai bawa nasi ni...rupanya dah abis...hmm..nak blkla..hehe

Yana Shaiful berkata...

sedapnya..yana suka hati lembu..klu msk mcm ni lg suka..mkn dgn nasi pns2..xsedar nasi dh bertambah hehee

ilahjy berkata...

wah kita sama2 mkn rendang hati nie anna... jgn makan hati dah ler...

Acik Erna berkata...

Assalam anna..acik suka sangat makan hati lembu..tapi acik suka masak kicap bersantan.tak pernah lagi cuba buat masak lain selain dari tu..

Cheq Sue berkata...

fevret cheq sue ni ana...kalau ada hati, memang x makan lain dah... sedapnya...kalau ada limpa ke, goreng garam kunyit pun sedap

anymz berkata...

fuiiyyoo..byk betul dpt daging korban tu hari ya ana..kan akak dah kata meh anto ke nismilan ni 2 kg..
mmm..sedap lah pulak nengok menu ana hari ni.:)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...