15 September, 2011

Soto Ayam & Bergedil Ayam Juga..

Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua..masih dalam mood berhari raya kan? Esok sampai Ahad pasti banyak jemputan berhari raya..eh..kalau tak jemput kita tak datangla gitu?...ish..ish..silap besar tu kan, patutnya tak payah dijemput pon dipersilakan datang berhari raya sambil menziarahi teman2 & saudara..cuma dalam situasi sekarang ni kena buat jemputan baru sesuai kot..yelah, masing2 bekerja, kalau tetiba je ada yang kata nak datang sah2 kunyah biskut raya (jika masih ada..) digandingkan dengan teh 'O @ sirap..nak hidang RIBENA pon tak sempat..takde kelaazz ko jaahh..haha..

Eh...kita bukan nak buat lawak ni haa..kisah benar & sahih..beberapa hari lepas ada kawan suami Ana berkunjung ke rumah berhari raya sambil tengok baby Syifa'..dalam bersembang dgn suami, kawan tu cerita tentang saudaranya semasa beraya di kampung, mereka terserempak lalu bertanyalah si A tu kepada Si B.."kenapa tak datang beraya kat rumah? (rumah ibubapanya)"..maka jawablah si B dengan selamba.."tak dijemput.." ternganga la jugak si A tersebut..saudara mara sekampung pun nak kena jemput baru datang beraya? Kalau kat bandar & dah mula bekerja tu lainla kan..kena set hari & masa baru dapat berjumpa beraya..oowwhh..dunia..dunia..macamana agaknya suasana hari raya 20/30 tahun akan datang..alaaa...lambat sangat 20 tahun tu..kita kira 5 tahun akn datang pun rasanya akan ada beza dah kan..harap2 tidak begitu..moga tradisi lama akan terus segar dalam kehidupan kita & anak cucu kita nanti..InsyaAllah..

Bicara soal SOTO pulak yer..menu semalam ni, harini ada lagi..kuahnya buat lebih takpe..boleh ulang2 makan..hehe..dah lama teringin nak buat, tambahan pulak adik yang tinggal kat sini juga nak makan soto katanya, maka "menyoto"lah kitaorang, Ana banyak dibantu adik lah..dari kerja menumbuk, memotong, mencuci & sebagainya, dia yang buat, kita cuma campak2, kacau2 & bagi arahan..hehe..Resepi ambil kat blog Mas yang langsing bak Fauziah Latif tu..eh..mandai2 je aku ni Mas kan..hehe..siap bergedil lagi..memang lengkap le..resepi asal Kak yatie punya..terima kasih buat semua yang terbabit..Ana simpan kat sini lak untuk rujukan..



Resepi Soto Ayam
Sumber : Kak Yatie
Copy : Mas@Duniaku

Bahan :
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) Mas tak potong, terus rebus sekali ngan kuah soto
  • 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cawan air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.

  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Bergedil - Mas tambah
  • Garam dan sedikit gula
Cara memasak :
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. (Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng.)..ikut cara Mas
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ( Mas masukkan 1/2 ekor ayam tanpa dipotong sebab nanti nak angkat, toskan dan goreng ayam tu)... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


BERGEDIL


Resepi Bergedil

Bahan ( 30 biji bergedil ) : 


  • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
  • 300 gram daging cincang *Ana guna ayam cincang jenama Ramly
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup -  dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
  • garam secukup rasa



Cara membuatnya :

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas2.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging/ayam cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging/ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...
Cara Penyediaan Soto & Bergedil

  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

16 ulasan:

Unknown berkata...

say pun baru mkn soto semalm kat umah jiran...

soto ni mkn bila2 pun sedap kan..

insyaAllah tradisi tu tak dilupakan klu kite terap dan amal dlm family...
kena ajar anak2 utk amalkan kunjung dan beraya ni...

Nuwairani berkata...

makan soto ni memang sedap...tp banyaknya bahan2...kalau nak makan 2 orang je memang tak buat la...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Assalam Anna...

betul kata Anna tu... hari raya apa pulak nak kena berjemput.. kalau awak jenis beringat & mementingkan silaturrahim.. pegilah jenguk2 sedara mara & rakan taulan... & semestinya hari rayalah hari yang paling sesuai sekali nak menziarah.. kan kan? Kat bandar pun tak salah nak dtg menziarah tanpa dijemput.. cuma kenalah bagitau awal2 supaya senang tuan rumah buat persediaan.. mungkin tuan rumah takde bajet nak buat open house (makanya dia tak menjemput).. tp kalau ada yang bagitau nak dtg beraya.. boleh jugak dia masak sikit2 utk tetamu..
hmm... soto tu memang akak nak masak jugak tu... insyaAllah.. seumur hidup mmg belum pernah masak lagi..(wt malu je kan? dah tua2 soto pun tak pernah masak.. hihi) rasa mcm remeh aje nak buat mcm2.. hehe.. tapi kali ni nak try jugak.. harap2 menjadi dgn jaya nya..

Mas berkata...

langsing bak fauziah latif yerk anna.....muahahaha
nanti aku kasi cheese tart kat engkau sbb kau puji aku...

alhamdudillah...kau sekeluarga suka resepi soto ayam ni..
tengok soto kau jerk aku tahu memang sedapppppp.....
terliur lak aku nengoknya..
tinggal kuah jerk yerk..
meh nak rasa sesudu..he3
maceh pada kak yatie atas resepi soto ayam yang sedapp ni...

tun_telani berkata...

raya aritu kan, wat bergedil guna 5kilo kentang! hehe.. tu pun kejap je licin.. tun bila mkn soto, separuh mangkuk tu isi ngan begedil dulu baru isi mende2 lain.. hihi

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
waduh tngk set soto dan begedil ni buat akak terliurlah..aritu kat umah Mas, arini kat umah Anna....kegemaran kami sekeluarga ni..sedapnya..tq sudi mencuba resepi yg sempoi ni...

izahdaut berkata...

kat kampugn takkan la nak berjemput. pelik aaaa... uishh merisaukan kan kalau tengok budaya sekarang ni.. tapi lain la kat bandar ni. masing2 sibuk mengejar dunia. ececehh ayat aku..

soto ni aku dah rasa dah.. tapi bile tengok ada kacang2 tu trasa2 nak 2 mangkuk lagi. eh hari tu rumah mas tak de kacang kan? kalau ada lagi suke. aku suke ngunyah kacang tuu.sedap

Anna Qawina berkata...

Noriz : yer..yer..sedap kan ulang2 mkn..mcm tak kenyang..hehe..
I.Allah kita kena ajarkan ank2 kita budaya ziarah menziarahi ni kan..

Nani : ala takat 2 org tu meh je umah MAS tu..hehe..

Kak Madiha : tu la kak, kat kg saya skrg ni pun dah tak meriah raya..ank2termasuk mak bapak dok melangut dpn tv lg suka drpd g jln2 ziarah..kdg2 tuh tetamu dtg pun depa still gitu jer..buat2 tak layan..tetamu lak yg segan..
mmg betul..nak buat open house kna ada bajet kan, kalau nak dtg beraya silakan tp mkn apa yg ada jela..hehe

Anna Qawina berkata...

MAS : kasi lebih yer cheese tat tu..haha..
mmg suka mkn soto sejak dulu kala(sejak kawen ngan jawarian ni ler)..tp nak buat tu..huh..

TUN : kalo akak wat open house & jemput TUN & wat bergedil ni sah2 kena letak warning kat mangkuk bergedil tuh.."SORANG 2 KETUL JER!!!" hehe

Anna Qawina berkata...

K.YATIE : salam kak..hehe..akak kan rajin..tolong buatkan banyak2 kak, pastu jemput kitaorng mkn..hehe..masih share rsp mudah ni..mudah je kan..masih gak kat MAS sbb bg tunjuk ajar sikit2..hehe..eh ke banyak mas?

IZAH : aku setuju jerla..mmg kat bandor takleh nak elak, tapi jgnle sampai nk tggu dijemput baru nak dtg kan? cuma bgtau nak ziarah & tuan rumah leh msk2 spesel sikit, kalo tak..makan sekut jela..hehe
OO..haritu Mas tak sempat grg kacang kot...nnt ko soh dia buat lagi..dia rajin tuh..hihi

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna...
kalu kat cnie plak.. raya pertama hingga 2 minggu raya tu x berjemput ler untuk open hse.. tapi kalu dah lebih 2 minggu raya tu kena d jemput... kalu x nnt org rumah akan tgk2 kita jer.. huhuuuu.. mmg kekdg tu tradisi raya semakin lain kan.. ermmm...
wah anna memang taaau... tayang soto nie... dah ler ari tu akak terliur tgk kat umah mas.... uwaaa... kat cnie lg .. aduh!! lapaaar... nampak sedaaaap tu anna... hehhehehee... nak jugaaaa

Ummi berkata...

Assalamualaikum Anna, waaah dalam pantang pun sempat wat soto bagaiiii...ni jadi jurutunjuk kat cik abg ke...hehehe..mesti cik abg rajin tulun ni..boleh gak beriya menyoto wpun dlm pantang...xpun baby mmg jenis baik, tdo jek eh Anna.. :)

E-na Zarina berkata...

Assalamualaikum Anna..
E-na sihat je alhamdulillah, betambah gemuks lagi lepas raya ni...jogging tak mula lagi...makan bertambah2..adeiiii

soto tu kalau dapt sedapnya....tunggu ada kerajinan baru boleh buat ni...bergedil tu yg malas sgt nak menggentelnya....ngeeee

Wattie berkata...

Salam Anna,
Tradisi ziarah menziarahi semakin terhakis dewasa ini bila adanya rumah terbuka.....

Akak mmg suka sangat makan soto, tmbh2 klu accessoriesnya meriah, laju aja suapnya.....hehehe

Juwita Jamaludin berkata...

peliknya .. kalau sedara mara pun nak berjemput.. kalau rumah orang lain la ye..

soto dari sehari2 nak buat .. tak terbuat2 gak

Anna Qawina berkata...

kak Diana : lain tpt tu lain jugak cara kan..tp harap2 tak pupus la budaya ziarah menziarahi ni kan..

soto mmg suka yer..g buat cepat..hehe

kak UMMI ; pantang nampak je kak..nak je pantang makan tp tak boleh..hehe..yer..cik abe yg tulun & ada adik juga ni tlg..

ENA : gumuks takpe jajni hati senang..hehe..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...