04 Julai, 2012

RED VELVET & BLUEBERY TIRAMISU

Update tempahan lagi..kali ni ditempah oleh Najwa Putrajaya..pickup di Kg Baru KL..tq Najwa, sblm ni Najwa dah order kek karamel..t.kasih ya.

15 JARS RED VELVET & BLUEBERY TIRAMISU



Sedap sangat katanya..Alhamdulillah..lenkali order lagi ya..boleh akak order pau frozen lak..teringin benar nak makan pau inti blackpeper..hehe..Assalam..Jumpa lagi.

RED VELVET CUPCAKES - Hantaran

Tempahan hantaran pertunangan adik kepada cik Puteri dari Puncak Jalil ke Bukit Jalil?? lupa dah..takmo wording apa2pun, just deco tema soft purple..debar2 gak masa deco ni, kot2 tak kena dengan permintaan kan..hehe





16pcs RED VELVET CUPCAKES WITH CREAM CHEESE

tqvm sudi order dari akak & sanggup datang ambil kat sini ya Puteri..suka sangat katanya..Alhamdulillah..halalkan mana yang terkurang tu ya..

Nak order sila emailkan @ sms Ana ya..terima kasih..

**terima kasih buat pengunjung & kawan2 yg setia, blm ada masa lapang utk balas balik kunjungan..InsyaAlah akan jengah kawan2 sekalian..heehee..Assalamualaikum

03 Julai, 2012

CAKE IN JARS..Hantaran

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ada tempahan kek dalam bekas comel ni, plan asal kena letak dalam balang kaca tapi stok balang kaca tak cukup lak, jadi incik suami berdezup ke bakery je cari bekas yang seumpanya ni, Alhamdulillah dapat bekas yang cantik ni..cuma isian lebih besar berbanding jar biasa..

Terima kasih buat Dayah untuk tempahan hantarannya, majlis katanya berlangsung Ahad lepas..Tahniah Dayah..Semoga berbahagia Selalu


5 jars Red Velvet dengan cream cheese layer


5 jars Rainbow Buttercake dengan Special Buttercream Icing


Maaf sebab tangan kurang seni menghias..Ada rezeki tempah lagi..hehe

Berminat nak tempah? Dalam bekas comel ni siap berhias riben tema anda sendiri, RM8/jar sahaja

02 Julai, 2012

KEK PUDING KARAMEL - Tempahan

Tempahan yang sudah-sudah..Alhamdulillah untuk rezeki yang dikurniakan.. 

Order dari Nadia untuk makan2 & meraikan hari lahir ibubapanya,,tq Nadia. Kek Puding Karamel BerCoklat
V

Order dari Kak Puteri(Kuantan)..tq kak..:)
V

Order dari Najwa- Putrajaya (pickup di Kg Baru KL)
V

Order dari Faten -Pantai Dalam..tqvm
V

Order dari Kak Aisyah untuk besday anaknya yang cantik..tqvm kak..
 V

Order dari Aisyah dari Puchong (semoga Aisyah selamat melahirkan ya, kira ni order mengejut sblm bersalin, dah sarat dah ni..hehe)
 V

TQVM...saya hargai kesudian anda semua..halalkan mana yang terkurang ya..


CHEESE TART- TEMPAHAN

Alhamdulillah, update gambar2 tempahan pelanggan yang dihargai..terima kasih buat yang sudi tempah ya..ni yang dah lepas2 ni, baru nak update..

 Permintaan anak buah yang nak makan choc.cheesetart..30pcs saiz 5.3cm..

 Order dari Nadia, saudara belah suami..50 pcs bluebery & strawbery cheesetart

 300pcs cheesetart order dari Riza..juga reg.cust.ni..tqvm ye dek on..setia dgn akak..:)

 Order dari Kak Mariam, dari Penang, datang KL jalan2, singgah rumah beli cheesetart..ALhamdulillah, dapat jumpa, harap ukhwah berpanjangan ya kak..


 Order dari Kak Puteri dari Kubang Buaya Kuantan, tq kak repeat order, sblm ni dah pernah order by post..

 Order dari Hidaya (Kuantan) masa ni kami bercuti rumah kakak kat Kuantan..tq ya..:)

Order dari Mar..reg.custemer ni..bukan utk diri sendiri, tapi orang lain punya..tqvm Mar tlh promote menu2 akak ya....nanti upah 20 sen..heehee..150pcs cheesetart mix filling

Terima kasih buat semua..




19 Jun, 2012

CAKE IN JAR

Alhamdulillah..menu2 dalam balang kaca yang semakin mendapat tempat dikalangan penggemar kek..Antara yang sempat saya sediakan baru2 ni..

Saiz Jar ialah 200ml
 
RED VELVET Wif CREAM CHEESE
(Kek Baldu Merah, bersama krim keju yang sedap)
Minima order 5 jar (RM6/jar)


RED VELVET Wif CREAM CHEESE
(Kek Baldu Merah tanpa layer, topping krim keju)
Minima order 5 jar (RM5/jar)

RAINBOW BUTTERCAKE/CHOC.CAKE(blh pilih)
(Kek mentega/kek coklat, dilapisi freshkrim bewarna-blh req.kaler ya)
Minima order 5 jar (RM6/jar)


CHOC.MELTING CREAM CHEESE Wif FRUIT COCTAIL
(Kek Coklat Moist, dilapisi krim keju , Choc.ganache & buah2an koktel)
Minima order 5 jar (RM6/jar)

BLUEBERRY TIRAMISU
(Lapisan keju, Kek span, Blueberry Filling & hiasan Freshkrim)
Minima Order 5 jar (RM6/jar)

RED VELVET TIRAMISU
(Lapisan kek baldu merah, krim keju, yogurt & blueberry filling)
Minima order 5 jar (RM6/Jar)

CHOC.MOIST CUPCAKES Wif CHOC.GANACHE
Minima order 50 cup
RM1.50/cup

Selain itu akan ada kemudian nanti ialah..
A) Chilled cheesecake in jar
B) Chilled cheesecake in cup

Terima kasih buat yang sentiasa menyokong bisnes kecil-kecilan saya ni..untuk tempahan sila sms ke 019-3004358 @ email : anna_qawina@yahoo.com

18 Jun, 2012

RAINBOW CAKE ITALIAN BUTTERCREAM

Assalamualaikum..
Ada kek yang dah berzaman buat tapi canne leh tak ingat nak keluarkan dari draf..hehe..sibbaik tak lupa nak potong makan kan..Harini ada masa keluarkan n3, untuk rujukan bersama.


Ana guna resepi kek yang kat blog Kak Nim..puas study nak buat..hehe..krim tu pulak guna resepi Italian Buttercream..sedap rupanya krim jenis ni, tak manis sgt & tak muak dimakan..maklumle kitaorang ni kalau krim manis2 sgt tak blh nak masuk mulut. Kek ni bawa balik kg , EI tu pulak dah lama tempah, sesaja nak bg anak2 gembira tgk nama diaorang atas kek, sampai nak pudar dah baru realisasikan..punyala liat nak buat..


RAINBOW CAKE
Sumber : Kak Wan & Kak Cik Cek
Sumber telahan : Kak Anymz


Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya k1 tambah

PILIHAN TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
B) Cream Cheese Frosting
C) Buttercream 
D) ITALIAN BUTTERCREAM


Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :

1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya



ITALIAN BUTTERCREAM
Sumber : Nor Cham
C & P : Dapur KakZu
Italian Meringue Buttercream 
 
  • 200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye*Ana ikut kak Zu
  • 60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )
  • 140 gm putih telur ( 4 biji )
  • 300 gm butter
  • 300 gm shortening

Caranya:
1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2) Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
3) Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, jangan takut ya )
4) Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
5) Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6)Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.

7) Hiaskan atas kek anda.

SELAMAT MENCUBA..nak order? silakan..hehe..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...