04 Februari, 2016

Roti Jala Sos Kastard Pandan

Assalamualaikum w.b.t. Harap semua muslimin muslimat dikurniakan kesihatan & keberkatan yang diredhai Allah Ta'ala. Tak kira dimana sahaja anda berada InsyaAllah..

Bekal 02/02/2016..Sos kastard saya siapkan sebelum tidur malam, jadi pagi cuma bancuh adunan roti jala sahaja.

Roti Jala mudah..guna air je saya tak tau resepi siapa, snap kat Facebook tapi tak muat snap profile orangnya..harap ampun maaf..
 Resepi roti jala : 

-3 cwn tpg gandum
-3 cawan air
-1 biji telur
-Garam secubit
-Serbuk kunyit / Pewarna kuning
-Minyak utk.merenjis kuali /pan ajaib.

-satukan & blend - boleh menjala..
@ satukan semua bahan & whisk je kemudian tapis - boleh menjala..
-renjiskan sedikit minyak atas kuali sebelum mula menjala utk kali pertama..yg seterusnya tak payah renjis minyak ya..
-biarkan 1- 2minit kemudian angkat & gulung/lipat..
**kalau nk buat dwi colour. Bahagi 2 adunan & warnakan, masukkan dlm 2 botol asing2..jala melintang 1 warna, menegak 1 warna..siap.. 

Sos kastard pandan
Resepi : Fiza@lgk

*1 1/2 sudu besar tepung kastard
*1 1/2 cawan santan/saya guna susu cair
*1/2 cawan air masak
*5 sudu besar gula (kurangkan kpd.3-4 sudu jika nak manis yang sedang2)
*2 helai daun pandan (simpulkan)
*Pewarna hijau
*Secubit garam

-Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan sampai likat.
Sejukkan..
sesuai juga untuk cicah roti & cakoi, cekodok pun sedap 
Selamat mencuba

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Sos custard pandan ni satu yg baru buat kakak
Teringinlah nak mencuba juga
Terima kasih resepinya

Anna Qawina berkata...

Salam KakZakie Purvit : silakan..sedap cicah2 ..

LiNa_Pg berkata...

Assalam anna..sama lak menu kita pagi ni..
Resepi hampir sama, tp lain2 tuan tanah...
Sedap ek..roti jala mkn nagn kuah kastad?Tak pernah try lagi pesen camtu..biasa kari/gulai jer

Anna Qawina berkata...

Walkmslm Kak Lina..ni menu beberapa hari lps,, hehe
malas nak buat kari kak, anak2 boleh bawak g sklh xdela tumpah2 kuahnya..hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...