Assalamualaikum w.bt.
Aaa..eerrr...tak tau nak mulakan cemana..derek jela kat resepi yer..simpan sebagai tanda kita dah buat..orang lain dah lapuk dah buat kek ni, saya je yang segan2 nak cuba, kang sedap sangat mulala makan tak ingat donia..
Eh..memang sedapla..anak2 suka, licin disapunya, saya makan sikit je, ambik rasa...hehe
PANDAN SNOW CHEESECAKE
Sumber : Sherry mz@myr & K.Zai@teratakimpian
C & P : Izah Muffin Lover
KEK
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) @guna shelf raising flour pun blh
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder- tak letak
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- izah tambah esen vanilla
- Pandan paste (pewarna hijau jika perlu)
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir
sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah bakar kek menggunakan kaedah waterbath
**saya pon
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Kek span pandan yang gebu..dibakar menggunakan kaedah double boiler/waterbath, kek kurang berkerak kat tepi & lebih lembut & gebu.
Dah..jumpa lagi lain masa..kalau rajin update laa...
3 ulasan:
Wah sedapnya akak tengok Anna... bilalah nak cuba ni ;)
sedapnya...
salam..
saya pun selalu buat snow cheese cake yang biasa tu..teringin juga nak buat perisa yang lain..
Catat Ulasan