18 Jun, 2012

RAINBOW CAKE ITALIAN BUTTERCREAM

Assalamualaikum..
Ada kek yang dah berzaman buat tapi canne leh tak ingat nak keluarkan dari draf..hehe..sibbaik tak lupa nak potong makan kan..Harini ada masa keluarkan n3, untuk rujukan bersama.


Ana guna resepi kek yang kat blog Kak Nim..puas study nak buat..hehe..krim tu pulak guna resepi Italian Buttercream..sedap rupanya krim jenis ni, tak manis sgt & tak muak dimakan..maklumle kitaorang ni kalau krim manis2 sgt tak blh nak masuk mulut. Kek ni bawa balik kg , EI tu pulak dah lama tempah, sesaja nak bg anak2 gembira tgk nama diaorang atas kek, sampai nak pudar dah baru realisasikan..punyala liat nak buat..


RAINBOW CAKE
Sumber : Kak Wan & Kak Cik Cek
Sumber telahan : Kak Anymz


Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya k1 tambah

PILIHAN TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
B) Cream Cheese Frosting
C) Buttercream 
D) ITALIAN BUTTERCREAM


Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :

1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya



ITALIAN BUTTERCREAM
Sumber : Nor Cham
C & P : Dapur KakZu
Italian Meringue Buttercream 
 
  • 200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye*Ana ikut kak Zu
  • 60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )
  • 140 gm putih telur ( 4 biji )
  • 300 gm butter
  • 300 gm shortening

Caranya:
1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2) Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
3) Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, jangan takut ya )
4) Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
5) Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6)Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.

7) Hiaskan atas kek anda.

SELAMAT MENCUBA..nak order? silakan..hehe..

16 ulasan:

FnF Simple Life berkata...

sedapnye...berminat dengan Italian buttercream ni...FnF minta izin salin resepi ye...tq

Cendana Kasih berkata...

cantik...pasni sure ada versi kap kek kan..

MekNa berkata...

MANTOPSSS KAK ANNA...CUNSS...MINTA IZIN SALIN RESEPI..

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Sedap ni.. meriah warnanya...:))

Ina Mohamed berkata...

wah! caya ah ana. kek ni fofular betol kan. haissshh, bila la dpt ngetest buat ni. loyang kek pun tarak, camno tu....kekeke

Anna Qawina berkata...

Inaku79 : kita guna loyang biasa 2 bj sama saiz, gilir2 la..hihi

::Azura Rahman:: berkata...

Nak tempah..nak tempah!... Hihihi..

Badariah berkata...

Wah!!shanteknya..rajinnya anna buat,kita x buat lgi ni...
nk order leh x..hihi
tq rec...

kasihredha berkata...

cantikkk...sukeee
dah lama teringin nak buat...tak buat2 juga

quinnie berkata...

wahh anna..dah maju jaya dan berkembang pesat kek nya..hehehhe

kita tah bila la nak buat kek lagi..kekekek

Nadz Nazharzan berkata...

Ana, bila pula akak nak try kek ni??? Cantik deco. Akak pun ada beberapa entry kek yg terperap dlm folder cam Ana..hehehe.. Tolong up date blog akak boleh??^_^

Kak Nik Ja berkata...

salam anna...mokwo verangan nak buat kek gini lah utk birthday pokwo ku..tapi hampeh!!!
mungkin boleh buat kek raya nih..tq for the resepi yek!! bukan mudah org2 meniaga nih nak kongsi2 resepi..muah3x (errk harap tak tempias air liur ku!!:)))

Tanpa Nama berkata...

kak anna, klau nk wat rainbow cake in jar mcm mn? kene bakar selapis2 jgk ke?

sHaHrAin berkata...

nak minta izin salin resepi buttercream...hehe

Fauziah berkata...

resepi yang berguna...mintak izin copy resepi ye puan tanah..he..hee...ma kasihh..

syaseby berkata...

nk try la italian buttercream ni..mcm sedap jer..tq kongsi resepi.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...