14 April, 2012

Red Velvet II & Coklat Ganache

Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi dalam keadaan tergesa2 ni, sambil2 tunggu kek atas dapur siap..nak je tumpang lalu kat sini letak n3 yang agak lapuk..huhu..jutaan kemaafan kepada yang singgah, terpaksa telan tengok gambar2 kek yang dah lapuk tu..sian lak..apa nak buat, saya takde kesempatan nak menaip. Macamla bizi sangat kan, bukan ler..anak dah lima, masa yang ada semakin kurang, terkejar2 sana sini urus rumah & anak2, ambil tempahan sikit2, jadi blog tak terupdate jugak.

Ada yang tertunggu2 n3 ni ya..maaf lambat sangat update, agaknya ada yang dah jemu menunggu..*perasan kononnya ramai yg baca blog ni* hehe..InsyaAllah akan disampaikan sebaik mungkin. Resepi kek velvet yg moist & juga topping coklat yang meleleh turun & TERHENTI kat tepi tu..ramai yang tanya saya, maka saya turunkan ilmu2 sakti semerah padi kat sini..huehuehue..


Resepi Red Velvet edisi coklat ni memang moist & disarankan bagi anda untuk mencuba. Sesetengah RVC tekstur ianya agak kering & berderai serta kasar, tapi resepi yang ni amat saya suka..setelah berhari2 ber'sms' dengan Kak Anymz.(maaf ye kak..ngaco jer..) maka tetiba ada order untuk RVC, maka sesuai sangatla kita cuba kan. Sekarang kita tengok respi dulu ya..sediakan kertas & pen ye anak-anak..:D

RED VELVET II
C & P : Kak Anymz

RESEPI KEK

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak..
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama....
(C)
  • 1 sk cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah (2 sudu besar pewarna oil base)

Cara
  • Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  • Masukkan telur satu persatu
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
  • Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  • Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
  • Biarkan sejuk Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESE
Resepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat kek
Sumber : Ziana Zali & google
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising
 Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.


RESEPI COKLAT GANACHE
Inilah resepi paling saya suka & kerap saya buat memandangkan kosnya agak rendah & hasilnya yg cantik & sedap. 
Sumber : Kak Jun & Dapur Tanpa Sempadan

  • 200 grm coklat masakan *Ana guna coklat compound
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna mana2 salah 1)
  • 1sdt butter
Cara-cara :
  • Doubler boiler susu@whipping cream bersama coklat masakan.
  • Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat.
  • Masukkan butter, kacau sebati.
  • Biarkan seketika baru digunakan. 

LANGKAH DEMI LANGKAH RED VELVET CAKE & COKLAT TOPPING



  • Sejukkan kek yang dah masak di dalam peti sejuk supaya kek mudah untuk dipotong.
  • Potong kek kepada 3/4 bahagian.
  • Sapu cream cheese frosting atas lapisan pertama & paipkan coklat ganache diatasnya.
  • Letak 1 lagi lapisan kek & buat cara yang sama.
  • Akhir sekali, letak kek yang akhir, balut keseluruhan kek dengan plastik wrapping, bungkus kemas2 & simpan dalam peti sejuk beberapa jam, ini supaya kek tadi mudah utk dihias & layer tak teralih bila nak potong makan nanti.
  • Keluarkan kek yg dah sejuk, sapu nipis(crumcoat) keseluruhan kek dgn creamcheese frosting. 
  • Kemudian barulah paipkan/sapu kek tersebut dengan creamcheese frosting secara menyeluruh & ratakan.
  • Ambil sikat untuk krim kek & sikat bahagian tepi kek.
  • Tuang coklat ganache dengan perlahan2 dibahagian atas sahaja, golek2kan papan kek agar coklat tersebut merata di permukaan kek tetapi tidak jatuh, agak2la takat mana kan.
  • Cepat2 masukkan kek tadi dalam peti sejuk, 
  • Agak2 5-10 minit, keluarkan kek tadi dari peti.
  • Ambil coklat ganache, masukkan dalam piping bag/plastik/apa2 ajela yang berkenan, paipkan bahagian tepi kek bermula dari atas perlahan2..
  • INGAT ya..paipkan/sudukan dgn perlahan, kalau banyak yg keluar dari piping bag tu, maka tebal le yang meleleh, seeloknya paipkan kecil jer..coklat tu akan meleleh turun dgn cantik.
  • Takat mana lelehan tu terhenti bergantung kpd banyak mana yang kita paipkan coklat tadi.
  • Senang cakap..picit jer piping bag tu kat bahagian tepi kek..
  • Paham dak ni? hehe..nak buat aksi bergambar, takde kek lak..tapi rasanya semua boleh faham kan..
  • Rapikan bahagian bawah kek dengan cream icing yang ada tu agar kek nampak lebih kemas.
  • Simpan dalam peti sehingga masa menghidang.
  • SELAMAT MENCUBA & SEMOGA PUAS HATI YER..terutama Kak Lieza..heehee

Sumber telahan & info : 
Kak Ayu Singapore, kak Anymz, Buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D'hati, Marizah Miza(FB).

10 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

aku dah ter'berkenan' plak makan kek merah ni...minggu ni nak buat lagi..anak2 tak puas makan...kali ni leh cuba respi yang ni plak...tq...

HaSue berkata...

Ko guna ceklat compound tuk ganache na?mana x sedap..tu kan yg org guna wat homemade ceklat kan??hehe.. aku guna couveuture ceklat..sedap gak..tp x sure laa mana lg mhl ek?

lebih moist ek RVC nih?kat umah ni pun x berape laku yg jenis gebu berderai2 nih..nanti leh laa cuba resepi ni plak..bila tah. sekian tima kasih

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Kak Ros teringin nak buat velvet kek coklat untuk bday anak dara bulan mei nanti.Ini pun dah ada resepinya ya.Nanti kak ambil resepi ya .

mala berkata...

salam ana, mengancamnya rv dgn toppign coklat :)have a nice weekend

izahdaut berkata...

Ada lak beza2 coklat ek. Yg aku tau cooking cekelat je. Kiki.. Masuk list...

Mas berkata...

maceh atas perkongsian..
boleh aku try nanti...he3
sambil lap air liur nengok kek ko tu..

tun_telani berkata...

masa kek tu duk dlm peti sejuk, choc ganache yg nk guna utk deco tu xmengeras ke kak? ke choc tu sepanjang masa duk atas boiler? saje2 tanya kot2 laa suatu hari nnti tiba2 dgn ajaibnya dtg kerajinan nk deco kek.. hihi

Lieza berkata...

aah ler ada beza ke cekelat compound dg coklat masakan tu....tabik spring la dgn anna nih...terima kasih anna... psssst sikat tu... guna yg sikat rambut agak2 jd tak...hehehe lawak jer anna...

quinnie berkata...

wahhhhh tq anna..kita ni kan tak tau berapa versi rv yg ktia dah salin tapi tak jugak buat2..hahahhaha..tak pe ambik ilmu dulu..kekekek...terima kasih daun keladi kalau ada tips2 yg baru share lah lagi...hahhahha....

mrs kayrul berkata...

salam perkenalan anna...

dah lama usha red velvet anna nie. semalam baru berjaya buat. Hubby puji sedap. Bagi sikit kat jiran sebelah siap diorg minta lagi.

Memang moist sangat dan berbaloi buat.

Kayrul derhaka sikit la kat resepi tue..hehehe

Mohon izin copy ye

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...