10 Disember, 2010

KEK KARAMEL BERALUN KASIH

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera buat semua teman2 yang sudi berkunjung ke teratak hamba ni..ehehee...apa yang mata anda nampak nie??? Cuba sengetkan kepala sikit yea...hehe..
 

Petang ni nak balik kampung Cik Abe, jadi nak buat tayangan amal jelah yea...Kek karemel yang biasa buat tu tapi di cilok sedikit kaedah kek Alunan Kasih (resepi kek tu Pn Mastura Yasak punya) yang tengah femes kat facebook tu...ikutkan hati nak bawak untuk makan2 kat kampung konon2nyalah, tapi bila dah siap terasa lak tekak ni nak makan, Cik Abe siap tanya lagi.."Sebijik je ke?" Itu tandanya nak makan le tuh...


Masa untuk menyiapkan sekali ganda lebih lama berbanding nak buat kek karemel yang biasa tuh..punyala lenguh tangan ni, semata-mata nak jadikan ianya beralun bak ombak & buih2 di pantai gitu... tapi kalau tak cuba tak tahu hasilnya kan...Alhamdulillah rasanya menjadi & beralun le jugak...

Resepi kek karemel yang biasa tu (Resepi Pn Munirah Baharom ) tapi Ana letak sekali lagi kat sini dengan tambahan bahan2 yang Ana buat semalam termasuk tepung kastard di dalam adunan karemel tu, lebih kenyal & sesuai kalau bagi yang nak buat tapi takut2 karemel tu cair kan..:)


Kek Karemel :
Bahan2: 
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu
(B) - Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair ...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
  • 1 sdb tepung kastard
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sdb susu pekat manis
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar 
Cara membuatnya:
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi... Tapis supaya tidak berketul2..ketepikan.
  • pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
  • pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
  • campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
  • bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.
  • **Untuk jadikan kek beralun kasih tu, setiap lapisan adunan, taburkan serbuk koko yang diayak di serata adunan, lagi tebal lagi cantik & jelas.. kemudian letakkan ;lagi adunan seterusnya, ratakan perlahan2 agar koko tidah berganjak & bercampur dgn adunan kek, buat sampai habis & lapisan atas sekali tak payah letak koko..kemudian bakar double boil** boleh tgk kat blog Kak Yatie..ada ditunjukkan cara2nya
Untuk bawa balik kampung Ana buat yang lain, takde beralun kasih sekadar kek karemel biasa cuma dibuat dengan penuh perasaan kasih sayang...hiiii

Kek Alunan Kasih boleh tengok kat blog Kak Yatie & juga Kak Am...kakak2 berdua tu dah cuba mengalunkan kek diaorang bersama kasih sayang dengan jayanya..hehe...

SELAMAT MENIKMATI HARI CUTI ANDA YEA....JUMPA LAGI INSYAALLAH

9 ulasan:

izahdaut berkata...

waahh kretip nya koo..kaguumm kagumm... hantuk skitt kepala bagi jangkit pandai buat kek alun alun tuh..hehe

Trying To Be Muslim.. berkata...

Assalamualaikumwbh Anna....mmmm kak Ayu baru perasan yang Anna ni pandai wat kek lapis kan....byk entry kak sukeeee ngan layered kek....:)

Anna Qawina berkata...

Izah..hati2 masa hantuk pale tuh..kang biol jap susah nak memafin lagi...haha

Kak Ayu : t.kasih..takdela teror tahap gaban pun, blajar2 je...hihi

NoorMasri berkata...

cantiknyaaaa !

Mas berkata...

cantiknya anna, teror la anna, mas tak pas2 lagi wat kek karamel ni..he..he..nak sikitt..

Unknown berkata...

wah menarik dan tertarik ana...cantik layer beralun2 tu...teringin juga nak cuba buat tapi takut x menjadi..:)

fyna ahmad berkata...

sob....sob....
sedap2....

Kak Sal berkata...

Anna...akak ade cuba kek karamel dari resepi anna nie..cuba gi tgk kat blog akak..jadi..tapi x cantik sangat la..nanti akak nak cuba lagi...

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
menariklah kek ni, lenkali akak nak wat mcm ni plk...tq..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...