Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

31 Disember, 2020

TEH TARIK ISTIMEWA

Singgah sebentar, mencatat memori..

Teh Tarik IstimewaπŸ’•. Teh yang sangat disukai anak2, sekali bancuh 1 jug besar, maklom ler anak ramai

Nak teh yg sedap ada caranya jugak.. 

Bahan2 :

*Serbuk teh Boh

*Serbuk teh Cap Masjid

*Air secukupnya

*Susu cair

*Susu pekat

*Secubit garam 

*Sedikit esen vanila (saya tak suka, kalau resepi kelas, disarankan letak esen bagi wangi)


πŸ‘‰-Rebus teh dengan air, sampai mendidih & serbuk teh betul2 kembang. Kemudian tapis kedalam bekas.

πŸ‘‰-Tuang susu cair & susu pekat secukupnya, masukkan juga garam

πŸ‘‰-Bancuh dengan kasih sayang, tarikla semahunya jika suka..

πŸ‘‰-Selamat mencuba..

02 April, 2011

AIR TEH DANGDUT

Assalamualaikum..

Bekpes apa ya pagi ni? Meh pekena teh dangdut nih..heheh...sebenarnya bukan bekpes pagi ni, buat minum malam tadi..minum sorang-sorang je..Cik Abe ada meeting kat Masjid...ada jamuan dah tu..kita kat rumah layan teh dangdut jela eh..hehe..Haritu Mas dok berdangdut nampak menawan, nak gak try..huhu..sekali tarik, makaiii buihnya siap anak-anak Ana senduk dgn sudu hirup..teruja tgk buih yang tinggi. Kenapa digelar teh dangdut? Tahle...

RESEPI AIR TEH DANGDUT

Sumber : siti mariam@myresipi

 Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 2 UNCANG TEH
  • 3 SB SUSU PEKAT
  • 2 SB SUSU CAIR (option)
  • AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)

 Cara-cara

  1. -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
  2. -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
  3. -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BUIH TU..
  4. -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
  5. *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA... 
 
Apalagi? Jom ngeteh...heee

    19 Ogos, 2010

    AIR NENAS

     JOM MINUUUMMMM...!!! hihi...oppsss..tunggu petang karang yea..

    Sumber resepi : cik com..myresipi gak le

    Bahan-bahan ( ikut banyak nenas )

    • Nenas yg kuning masak. 
    • 1 cawan gula pasir (ikut manis)
    • 1 helai daun pandan (jika suka)
    • 2 jug air atau lebih

    Cara-cara:

    • Kupas dan cuci nenas. Buang sulur yg keras tu & potong kiub-kiub kecil.
    • Masuk dalam periuk dan letak air 2 jug atau sebanyak mana suka. Tambah gula & jerang hingga masak.
    • Sejukkan dan boleh hidang dgn ais ketul. Atau campur dgn sirap ros..* Ana cuma tambahkan air sejuk dari peti ais je, tak suka sangat ais ketul..*

    15 Ogos, 2010

    AIR TEMBIKAI LAICI

    Dah ada plan untuk juadah minum petang ni? Cuba buat air tembikai ni, sedap looo...air tembikai tapi rasa laici..hmmm..macamana tuh? Kena buat sendiri le kalau nak tau...

    Tak boleh nak cakap banyak, nanti lama2 dok tenung air ni berkeriut perut Ana yang tak sahur ni..jom layan gambar dulu, layan tekak kena tunggu waktu berbuka nanti yea,,,

    Sumber resepi : Onigiri..Myresipi tu...

    Bahan-bahan : ( menghasilkan 2 gelas jus )

    • Beberapa Potong Tembikai
    • 1 gelas air laici dalam tin
    • 8 biji buah laici
    • beberapa ketul air batu

    Cara-cara:

    • Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
    • Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan.

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...