07 Jun, 2016

Ketam Lemak Cili Padi

Assalamualaikum w.b.t
2 Ramadhan, dah ada menu berbuka@ sahur? Ketam sedap jugak kan, tapi malas betul nak korek isinya..hehe. Asal sedap & mengenyangkan apa salahnya bersusah2 sikit kan. Ikhlas buat pahala pun dapat.

Resepi saya menuntut 2 minit dengan otai Rembau nun..haha.. biasala zaman canggih ni nak masak nak tanya apa pun laju je kan, malas nak fikir panjang sebenarnya..
Terima kasih kak Anim, cepat & sedap, Ketam Lemak Cili Padi ni. Jom intai resepi mudah & sedap ni.

RESEPI KETAM LEMAK CILI PADI
Sumber : Kak Anim
Bahan2 :
  • 4 ekor ketam, dibersihkan
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam cili padi (atau ikut suka tahap kepedasan masing2)
  • Bawang merah kecil
  • Santan sederhana pekat (saya guna Santan KARA 2 kotak  500ml)
  • Garam
  • Asam keping
  • Daun kunyit hiris
Cara2 :
  • Kisar  kunyit & cili padi.
  • Hiris halus bawang merah.
  • Satukan semua bahan kecuali santan dalam periuk bersama ketam.
  • Panaskan dengan api perlahan sehingga merenih air ketam, kemudian barulah masukkan santan secukupnya
  • Kacau2 sehingga mendidih, tutup api & tambahkan garam/gula secukup rasa. Taburkan hirisan daun kunyit jika suka.
SELAMAT MENCUBA

06 Jun, 2016

Puding Kastard Koktel

Selamat Menyambut Ramadhan 1437
Assalamualaikum w.b.t
Sahabat2 & saudara budiman, semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta Rahmat buat semua muslimin muslimat seluruh alam..InsyaAllah

Harini saya kongsikan menu sejuk2 dingin sesuai utk.juadah berbuka di bulan Ramadhan, tapi kat rumah ni dah 3 kali saya ulang buat dalam minggu ni, sekali buat licin, mintak lagi, buat lagi..kelmarin saya bancuh 3 adunan untuk dibawa ke surau sempena jamuan tahlil & menyambut Ramadhan, masing2 kena bawa juadah, kira ala-ala potluck la kan..
Resepi asal dari 2 orang yg.berlainan tapi saya jadikan 1 resepi disini sebab suka dengan kombinasinya. 

RESEPI PUDING KASTARD KOKTEL:
KASTARD : Missima@myresepi
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sdt garam 
  • 5 cawan air masak
  • 2 sdb susu pekat
  • 3 sdb gula pasir
KUAH : Aziemas@myresepi
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • 1/2 cawan gula pasir
HIASAN : 
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco
Cara2 penyediaan puding:
  • Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau2 bagi tepung kastard sebati dengan bahan cecair.
  • Panaskan dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya adunan kastard tidak hangit didasarnya.
  • Masak sehingga adunan pekat berkilat & adunan meletup-letup.
  • Matikan api, tuang dalam bekas yang sesuai. Sejukkan & potong kiub untuk menghidang
Cara penyediaan kuah:
  • Panaskan susu, air & gula dalam periuk.
  • Masak api sederhana, sehingga gula hancur.
  • Adunan tak perlu sehingga mendidih, cukup gula je hancur ya.
  • Sejukkan & sedia untuk disajikan bersama puding kastard serta bahan hiasan.
SELAMAT MENCUBA

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...