19 Jun, 2013

SARDIN TUMIS TEMPOYAK

Lauk orang yang sibuk..sibuk apa tah..membute je kerjanya..heehehe
Resepi dari buku RASA Ogos 2012. Buat pedas-pedas sedap. Cubalah..

Terliur ke? Meh tengok resepi mudah ni..

SARDIN TUMIS TEMPOYAK
Sumber : RASA Ogos 2012, AnnaQawina@blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 tin sardin saiz sederhana (toskan iakn dari sosnya)
  • 3 biji bawang merah -hiris halus
  • 3 ulas bawang putih -hiris halus
  • 2 biji bawang besar -hiris halus
  • 5-5 biji cili api (lebihkan jika mahu pedas) -hiris/cincang/tumbuk
  • halia sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar tempoyak (campurkan dgn.1 cawan air, kacau sebati)
  • 2 keping asam gelugur ( jika tempoyak anda kurang masam)
  • minyak utk. menumis

Cara-cara :
  • Panaskan minyak, goreng ikan sardin sekejap, dalam 3 minit lbh kurang. (tak goreng pon takpe, resepi asal tak goreng pun) . ketepikan.
  • Tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau
  • Kemudian masukkan tempoyak dan sos dari tin sardin, kacau hingga menggelegak.
  • Masukkan ikan sardin, garam dan asam gelugur secukup rasa.
  • Biarkan mendidih dan siap.
  • **Nak lagi sedap,  goreng ikan tersebut sekejap ya.

Selamat menyardin..hehe

18 Jun, 2013

BINGKA DURIAN

Assalamualaikum.

Aww caakkkk!!!

Bersua kembali, update blog sejuk2 suram ni, Alhamdulillah saya sihat..eh ada yg tanya? hehe..Dah musim durian boleh cuma macam2 menu berasaskan durian, tapi kuih ni menggunakan durian frozen yang tak layak dibuat inti Durian Crepes jualan..
Hidangan buat tetamu beberapa hari lalu, Alhamdulillah dapatle merasa..


Resepi dari blog Kak yatie..terima kasih kak Yatie. Salin kat sini ya. Kuih bingka saya agak geseng..Kak Yatie punya cantik je..layan jela..

Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku
 
Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.

sedappp..

DURIAN CREPES KEMBALI!!


UPDATE : MUSIM DURIAN KEMBALI..DAPATKAN DESERT TERBAIK DURIAN CREPES DISINI..TEMPAHAN DIBUKA..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...