08 Januari, 2013

RAINBOW CAKE/KEK PELANGI

Assalamualaikum. .


Sihat semua kawan2 saudara saudari sahabat handai sekalian alam..moga anda semua sentiasa dlm lindungan Allah Taala. 
...Oooh rindunya nak berblog macam dulu, meletakkan resepi masakan kek kuih yang dicuba, jadi ke tak lain kira, yang penting hasilnya dapat layan tekak kan..berharap sangat untuk dapat lebih ruang masa membelai blog yang tak seberapa ni..


Kek pelangi..rainbow cake..menggunakan resepi yg sama..Ana buat kek ni untuk tempahan cuma kali ni ekspress punya kek, adik yg tempah ni x nak krim keju, nak buat italian buttercream pon x sempat dah, maklumla confirm order ni lambat sangat sbb x sure husband boleh hantar ke tak. Dah lewat malam baru dapat kepastian so mula bancuh kek pun dah pukul 10 rasanya dah siap latak je dgn filling blueberry dan biar rehat jap sambil2 mix freshkrim.


Deco sesimple adanya..Harap empunya badan yg order puas hati dan jarap maaf jika rasa terkurang ya.


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
Sumber asal : Martha Stewart
Sumber rujukan : Citarasawan, Kak Anymz, Kak Cik Cek

Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya(jika perlu)

TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)


Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :


1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya

JOM HIAS KEK
*Sapu krim keseluruh badan kek, ratakan dengan spatula.
*Buat corak dengan sesikat untuk kek (bukan sikat rambut yer..)
*Paipkan blueberry filling di tepi kek dan biarkan berjuraian (jika nak ler)
*Paipkan rossete menggunakan nozel di bahagian bawah & atas kek menggunakan krim yang diwarnakan.

Jumpa lagi..wassalam.

03 Januari, 2013

AYAM GORENG??

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali..Alhamdulillah, setelah gabra seketika bila login blog x boleh, ingatkan salah passw.rupanya alamat email yang silap..haha..hampeh sungguh rasa gabra itu..Nampak sangat dah lama x login blog kan, update blog Biz pun guna henpon, tu yang ingat2 lupa tu..

Apa khabar orang kampung? eh...orang bandar..pekan..sungai..bukit,,semuala..sihat hendaknya ya InsyaAllah..semoga hari2 yang dilalui sentiasa dalam rahmat Ilahi..aamiin

Hari pertama persekolahan 2 jAN 2013 agak kalut ribut..pagi2 jahit lencana sekolah anak, hehe..Cik Abe tolong goreng nugget untuk sarapan dan bekal, haish..berterabur semua jadual..huhu..

Apapun semoga anak-anak sentiasa tenang dan dapat belajar dengan baik semasa sesi belajar ek..rasa baru je cuti, dah buka sekolah ye. Takde dahla pembantu2 Ummi nak jemur kain, angkat kain bila hujan atau lewat petang, tukang vakum lantai, susun pinggan dalam almari..ish..ish..sungguh besar jasa kalian sepanjang cuti sekolah ye anak-anak..Terima kasih la ye nak oii..hehe
Ok...berkaitan tajuk, menu simple pembuka blog..hehe..dah lama tak masak2, main tunjuk jek..kali ni ambil cuti dari order semua, masakle yg mudah dan cepat..tarrraaa...ayam goreng je?? Ko adeee??

Ayam goreng salut tepung aje..ratah jugakla ni kan, anak2 suka..mudah dan cepat

Sayur kesukaan Cik Abe dan anak-anak perempuan kami, sebiji labu air ni sekali hadap je,..sempoi sempoi betul..hehe..anak yang lelaki x makan sayur pulak..milih sangat lee..

Dah petang Cik Abe belikan Ais Kacang yang sedap ni lepas hantar anak2 pergi KAFA..yummyyy

JANGAN LUPA JENGUK SINI YA..---->>>>AnnaBaked@Home

Dah..dah...meh kita lipat kain baju secara berjemaah ya.....

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...