21 September, 2011

Donut 'ZZ' & Penyerahan Tugas..

Assalamualaikum..morning..selamat pagi..haaa..macam gempak je tajuk penyerahan tugas tuh..ada bunyi macam Panglima Angkatan Tentera nak bersara jek..huhu..macam biasala, harini dah genap 42 hari berpantang, sedikit masa lagi dah nak habis pantang kan, segala tugasan rumahtangga selama berpantang ni diambil alih oleh Cik Abe akan kembali kepada yang empunya diri..jadi sekarang dah mula beralih sedikit demi sedikit, konon nak biasakan badan dengan suasana baru la kan..rasa lemau pun ada gak nih, maklumle hampir 2 bulan tak bangun pagi masak bekal & sarapan, tak masak lunch & dinner, tak cuci kain baju segala & segala-galanyalah yang berkaitan dengan rumah ni (kecuali buang sampah & beli lauk pauk). Teringin la nak sambung tempoh berpantang jadi 3 bulan..boleh ke bang? sekadar tanya dalam hati..ngeheehehee...titik.

Pagi ni sarapan dengan donut jek..ZZ tu bukanlah Ziana Zain yang keningnya terangkat tu yer, tak tahu la kot2 dia ada resepi sendiri ke..hehe..lamanya tak buat & makan donut kan, kelmarin buat donut & simpan dalam peti ais, semalam bagi anak-anak bekal ke sekolah agama, suka sangatla diaorang tu, lama dah tak makan donut banyak2..Macam-macam resepi donut kan, ni kali ke 2 Ana cuba resepi ni, kali pertama dulu tak sempat ambik gambar, sebab dah siap tu terus jamu tetamu. Resepi dari Kak ZalinZalina (ZZ) yang semakin sibuk dengan Cafe yang baru beroperasi tu, tambah pulak beliau sentiasa sibuk dengan tempahan kuih muihnya..semoga kerjaya Kak Zalin ni suksess sentiasa, InsyaAllah..


Meh layan resepi ni, kalau ada yang nak mencuba..halalkan resepinya berlegar di sini ye Kak Zalin..oh ya..nak minum teh tu buat sendiri yer, jangan lupa rebus dulu serbuk teh untuk dapatkan rasa teh yang sedap..ala-ala kedai mamak tau..

DONUT 'ZZ'

Bahan-bahan :
  • 500gm tepung gandum (tepung murah pun takpe..suka pakai tepung cap cempaka..)
  • 50gm gula pasir
  • 50gm margerin (suka pakai margerin pelangi..murah je..)
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecik yis kering (suka pakai mauripan..)
  • 1 sudu kecik garam halus
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur lebih 1tahun pun boleh guna...susu Anlene takleh ye..)
  • 250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

Cara-caranya:-


1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)

2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..
6.Adunan dah kembang baru la boleh dibulat-bulat bentuk donut & digoreng dgn api perlahan.

##Ana masukkan semua bahan dalam Bread Maker & on, tunggu sampai doh siap..

Tips ZZ : 
* Tabur sikit tepung kat dulang...kalau tak nanti melekat pulak donat tu dan susah nak angkat masa nak goreng nanti..
* Kalau adunan tu terlalu melekit (mungkin terlebih air atau telur besar sikit), renjis2 tepung sikit...kat tangan pun letak tepung...macam dalam gambar kat tutorial..donat tu ada tepung sikit2...banyak2 nanti keras pulak...
* Kalau dah goreng donat pastu rasa2 nak simpan lama, susun donat dalam bekas, lepastu bungkus pakai plastik wrap...jangan bagi masuk angin langsung...insyaAllah tahan lama lembutnya tu...


SELAMAT MENCUBA..

20 September, 2011

Super Moist Steamed Choc.Cake

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi ni ada tayangan amal sikit, sebelum menyibukkan diri dengan anak-anak..mana-mana blog kawan2 yg sempat jenguk tu dapatle bertegur komen segala, mana yg tak sempat tu kena hold dulu, maklumle anak dah bertambah, kesibukan pun bertambah, kain baju makinle bertambah tinggi yer..jalan pun dah makin laju, tak boleh nak slow-slow takut tak terkejar..

Berkaitan dengan kek ni, dah 2 kali Ana buat, saja cuba-cuba resepi baru, resepi ringkas dari kak Fida@Myr tu, sedap kek ni, bila masak & potong tekstur keknya cantik..takle lembab & melekit gitu kan walau dikata 'super moist'. Cuma ada bahan2 yang kena kurangkan seperti serbuk koko, agar tak pahit sangat (bergantung kpd jenis serbuk koko kita guna kan) & hasilnya sungguh memberansangkan, anak-anak yang dah lama tak makan kek coklat ni apalagi..Masa mula2 buat Ana tak letak topping, suam2 lagi dah potong & makan, sedap je..kalau ikutkan Ana kurang gemar kek yang kukus sebab bau soda tu la..resepi ni ok lak, takde bau-bauan yang kurangkan selera nak ngap lebih banyak..hehe..


Kali ke 2 buat langsung tak rasa sebab bawa ke rumah sepupu yang adakan jamuan raya sebagai buah tangan..InsyaAllah ada kesempatan boleh buat lagi kan..Ana kongsikan kat sini bagi yang nak mencuba..terima kasih Kak Fida untuk resepinya..

Yang dipotong ni nampak hitam pekat je..yela dah kek coklat kan, takkan jadi kaler pink lak..huhu..*kaver..kaver..*. Tulisan bewarna tu yang Ana buat yer..nak ikut resepi direct pon leh gak cuba..

SUPER MOIST STEAMED CHOC.CAKE
Sumber Resepi : Kak Fida@myr

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

Bahan A :-

  • 300 g susu sejat/cair (dalam tin) = ( 1 1/4 cwn )
  • 275 g mentega/majerin (1 cwn + 1/8 cwn)
  • 270 g gula halus ( 1 1/4 cwn )*250grm je
Bahan B :-
  • 3 biji telur - pukul ringan dengan garfu
  • 1 sk esen vanilla
Bahan C :-
  • 185 g tepung gandum ( 1 2/3 cwn )
  • 100 g serbuk koko ( guna 80g pon ok) = ( 3/4 cwn + 1/8 cwn )*50grm je
  • 3/4 sk bicarbonate soda
  • 3/4 sk baking powder
TOPPING CHOC. PILIHAN :-*tak buat
  • http ://www.myresipi.com/top/detail/5082

 

TOPPING ANA BUAT : sumber asal dari myr tapi dah lupa sape punya..mintak halal yer..mmg selalu guna rsp ni untuk topping kek coklat.

  • 150 grm coklat masakan

  • 1 sdb susu pekat manis

  • 3 sdb air panas

  • 1 sdb butter/marjerin

**masak secara double boiler *boleh rujuk SINI*semua bahan hingga sebati & agak pekat, tuang ke atas kek & hias.

 

CARA-CARA :

  1. Ayak bahan2 C ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masak bahan2 A hingga larut dan biarkan suam dan masukkan bahan2 B dan kacau rata.*Ana masak bahan A dulu kemudian ketepikan, baru ayak bahan C & campurkan bahan A (suam )+ B
  3. Tuang campuran susu ke dalam campuran tepung sambil digaul hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan sapu minyak. *Ana tapis adunan kek tersebut ke dalam loyang yang bergris sahaja (tak alas kertas pun). Tutup loyang dengan alum. foil dan kukus selama 45 min dengan api sederhana.
  5. Sejukkan kek dan hias dengan topping pilihan.

SELAMAT MENCUBA..

19 September, 2011

Terima Kasih Kak Anymz..^_^

Assalamualaikum
Harini dah petang baru dapat jenguk blog setelah berhempas pulas menggodek pc yang sejak akhir2 ini agak sengal sikit..hehe..pekabo semua? Masih ngadap kuih raya lagi kan? sudah-sudahla tu...kolestrol tinggi semua tu, bahaya..*takde dengki pon nih..* jangan salah paham..sekadar nasihat menasihati kan bagus..hehe..

Ahad lepas kami terima kunjungan kakak blogger ANYMZ-MYKITCHEN yang ramah ramah bersama suaminya, mesra sungguh bagai dah berjiran berpuluh2 tahun gayanya dengan kita ni..hehe. Terima kasih kak Anim & suami sanggup panjat tangga untuk sampai ke muka pintu rumah kami ni. Datangnya bersama buah tangan yang agak segan nak kita menyambutnya. Datang beraya dari jauh tapi tuan rumah cuma hidangkan mee goreng hasil kelentang kelentung cik Abe kita jek..tak patoott..tak patoott..lain kali datang lagi yer kak, tu pun kalo larat nak panjat tangga..hihi..dok menyembang tak lain tak bukan dah tentu hal masakan & makanan jua adanya..maklumle blog masak2 kan..*teringat teguran suami Kak Anim.."cerita pasal masak je.."..* hehe..apa nak buat.

Sekadar kenangan nak tempek je apa yang Kak Anim bawak..hihi..bukan untuk baby Syifa' je tau..untuk mak baby pon ada gak nih..terharu sungguh & rasa terkilan jugak bila tetamu nak balik tuan rumah ni sekadar bekalkan Kak Anim dengan 2 botol budu jek..errkk..ish..ish..

baby Syifa' punya..tq Aunty Anymz..
Kita punya..hehe
Apa2pun terima kasih tak terhingga buat Kak Anim & suami yang bertandang..segala kekurangan layanan dari kami harap dimaafkan..semoga silaturrahim antara kita kekal sampai bila-bila yer..InsyaAllah..

15 September, 2011

Soto Ayam & Bergedil Ayam Juga..

Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua..masih dalam mood berhari raya kan? Esok sampai Ahad pasti banyak jemputan berhari raya..eh..kalau tak jemput kita tak datangla gitu?...ish..ish..silap besar tu kan, patutnya tak payah dijemput pon dipersilakan datang berhari raya sambil menziarahi teman2 & saudara..cuma dalam situasi sekarang ni kena buat jemputan baru sesuai kot..yelah, masing2 bekerja, kalau tetiba je ada yang kata nak datang sah2 kunyah biskut raya (jika masih ada..) digandingkan dengan teh 'O @ sirap..nak hidang RIBENA pon tak sempat..takde kelaazz ko jaahh..haha..

Eh...kita bukan nak buat lawak ni haa..kisah benar & sahih..beberapa hari lepas ada kawan suami Ana berkunjung ke rumah berhari raya sambil tengok baby Syifa'..dalam bersembang dgn suami, kawan tu cerita tentang saudaranya semasa beraya di kampung, mereka terserempak lalu bertanyalah si A tu kepada Si B.."kenapa tak datang beraya kat rumah? (rumah ibubapanya)"..maka jawablah si B dengan selamba.."tak dijemput.." ternganga la jugak si A tersebut..saudara mara sekampung pun nak kena jemput baru datang beraya? Kalau kat bandar & dah mula bekerja tu lainla kan..kena set hari & masa baru dapat berjumpa beraya..oowwhh..dunia..dunia..macamana agaknya suasana hari raya 20/30 tahun akan datang..alaaa...lambat sangat 20 tahun tu..kita kira 5 tahun akn datang pun rasanya akan ada beza dah kan..harap2 tidak begitu..moga tradisi lama akan terus segar dalam kehidupan kita & anak cucu kita nanti..InsyaAllah..

Bicara soal SOTO pulak yer..menu semalam ni, harini ada lagi..kuahnya buat lebih takpe..boleh ulang2 makan..hehe..dah lama teringin nak buat, tambahan pulak adik yang tinggal kat sini juga nak makan soto katanya, maka "menyoto"lah kitaorang, Ana banyak dibantu adik lah..dari kerja menumbuk, memotong, mencuci & sebagainya, dia yang buat, kita cuma campak2, kacau2 & bagi arahan..hehe..Resepi ambil kat blog Mas yang langsing bak Fauziah Latif tu..eh..mandai2 je aku ni Mas kan..hehe..siap bergedil lagi..memang lengkap le..resepi asal Kak yatie punya..terima kasih buat semua yang terbabit..Ana simpan kat sini lak untuk rujukan..



Resepi Soto Ayam
Sumber : Kak Yatie
Copy : Mas@Duniaku

Bahan :
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) Mas tak potong, terus rebus sekali ngan kuah soto
  • 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cawan air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.

  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Bergedil - Mas tambah
  • Garam dan sedikit gula
Cara memasak :
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. (Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng.)..ikut cara Mas
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ( Mas masukkan 1/2 ekor ayam tanpa dipotong sebab nanti nak angkat, toskan dan goreng ayam tu)... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


BERGEDIL


Resepi Bergedil

Bahan ( 30 biji bergedil ) : 


  • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
  • 300 gram daging cincang *Ana guna ayam cincang jenama Ramly
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup -  dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
  • garam secukup rasa



Cara membuatnya :

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas2.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging/ayam cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging/ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...
Cara Penyediaan Soto & Bergedil

  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

14 September, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update blog rasanya kan..harini cuba ambil semangat nak menaip, adala suam2 kuku tu..hehe..
Apa khabar semua yang ada kat muka bumi nan indah & permai ni? Harap sihat2 sejahtera & sentiasa dalam lindungan Ilahi hendaknya.

Terima kasih buat yang masih sudi berkunjung ke blog cikai nih, terima kasih juga buat teman2 yg wish Raya & tak sempat nak balas..Selamat Hari Raya ye..ada raya lagi ni..open house sana sini, periuk kuali kat dapur pun berkilat & elok je tersusun kan..rumah korang le..rumah kita ni hari2 hubby ketuk periuk belanga..(habislah pecah periuk ko kena ketuk..)..hehee..ish..tak baik ngata hubby i tau..sopan santun je dia masak, tau-tau dah hitam dasar kuali....err..agak-agak kalo si dia yang berkenan ni baca apa dia buat yer? Mogok masuk dapo tak? ..ampooon bang..jangan stop masak, abang masak sedap...*gini gaya rasa macam nak berpantang setahun jek*..hehe

Ok..melalut sudah..maklum dah lama tak bersiaran kan..hehe..harini saja2 Ana nak letak n3 meraban..sebab dah tak tahu nak post n3 ttg apa.....agaknya ramai juga yang tak tahu kami dah punya anak 5..ramai jugak yang tahu..apa-apalah..seronok & meriah..penawar kata orang..kadang tu yang berlima tu ler 'pemening'nya..rezeki yang Allah bagi datangnya bersama Amanah & tanggungjawab agar kami laksanakan dengan sebaik-baiknya..InsyaAllah. Harapan & doa kami sebagai ibu bapa agar anak-anak menjadi mujahid & mujahidah yang soleh & solehah..Harapan yang kami gantungharapkan pada Ya Rabb..InsyaAllah..


Iniler gambar yang tak seberapa tu..edit sakan sebab tak cun gambarnya..hehe..tahun ni beraya kat kampung mertua..meriah sakan..cuma gambar takde lak nak tayang..

Baru-baru ni bertuah rasanya bila dapat kunjungan dari teman-teman bloggers..tak pernah bersua, tapi bila jumpa terasa akrab, harap tak serik datang lagi..Gambar? errrkk..takde gambar le kot..hehe..cuma sebahagian gambar hadiah yang dibawa, tu pun anak-anak berebut nak buka. Terima kasih buat KAK NADZ (COSK), IZAH (IML), KAKNAZ (BI D'BAYU), kawan2 suami, sepupu serta adik2 & kakak yang datang berkunjung sambil berhari raya..bersama hadiah yang macam2..juga duit raya..hehe


Buah tangan dari Kak Naz, tat nenas yang sangat sedap,(siyes nih..sedap sangat) kalau nak tempah boleh hubungi beliau yer..promote nih Kak Naz, kot2 tahun depan dapat free lagi..haha..bersama 2 helai kain tudung untuk anak dara berdua tu..suka sangat..


Terima Kasih Daun Keladi, 
Sudikanlah Datang Lagi,
Kepada teman-teman Yang Dekat Di Hati,
Bertemu Lagi Di Lain Hari..

27 Ogos, 2011

SALAM AIDILFITRI

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA & JUGA DI ALAM MAYA NI..


Di kesempatan ini Ana dengan setulus ikhlas memohon jutaan ampun & maaf jika ada terkasar bahasa..terlebih dalam gurau senda & komen2 yang kurang enak dibaca kiranya ada..Terima kasih juga kepada yang mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya samaada di FB @ di blog masing2..

Kepada teman2 & keluarga yang membuat perjalanan pulang ke kampung & memandu semasa musin perayaan ini, berhati-hatilah di jalan raya. Memandulah secara berhemah ye..

Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir & Batin

Jom gantung kad raya...terima kasih semua

Kak Ummi
Dari Hasue
MasDuniaku
Noorsha
Sue Allen
Mamasya
Amie's Little Kitchen
Quinnie

Bertemu kembali..sekian

24 Ogos, 2011

Eggless Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum w.b.t
Selamat mengharungi Ramadhan yang ke 24 hari buat teman2..pejam celik dah nak penghujung puasa yer..semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat & dimakbulkan segala doa kalian..semoga Ramadhan kali ini juga lebih baik dari tahun2 sebelumnya ya..perbanyakkan amalan kepada Allah s.w.t walaupun dah hampir hujung & sibuk dengan projek kukis raya tau..InsyaAllah.

Berbalik kepada n3 harini, ini kira kukis yang boleh dimakan oleh orang dalam pantang kan? kan? kan?..hehe..Ana buat ni beberapa hari lepas, cuma bancuh adunan & kemudian serahkan tugas membakar kat anak saudara yang ada kat rumah ni, dia yang banyak siapkan, kita ajar2 sikit je..Alhamdulillah, dapatle 3/4 balang tu..sedap betul gigit kukis ni, rangup & garing..tak sedar dah banyak ketul makan, maklumle sebab takde telur, tapi bila diingat tang butter tu terhenti kejap kunyah..insap tetiba..tapi lepas tu kunyah lagi bagi habis..kekekee..sibbaik pantang sendiri kan, kalau pantang dengan orang tua sah2 kena ketuk pale, takpun kena paksa dengan ceramah perdana 3 siri..alahaiii..

maap yer..pic snap ala kadar jek..hiii
Resepi ni dah begitu lama salin tau, cuma nak mula buat tak berapa rajin, sekarang bila berpeluang kenala buat..cubalah kalau sempat..tak nyesal ler..senang pun senang tak payah terap bagai..hehe..agak2 raya tahun ni banyak kukis atas meja bentuk gentel2 & ceduk guna sudu yer? Ok, meh tengok resepi ni..jutaan trimas buat Tun Telani, katanya kukis ni mmg wajib buat keluarganya time raya.

guna mini choc.chips..
Sumber : buku resepi 500 cookies and bakings
Olahan & copy : Tun Telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.*Ana guna 160'C, lbh krg 20 minit
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk. Jadi biarkan seketika sebelum alih keluar dari loyang.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...