30 Disember, 2010

KEK COKLAT MOIST*MIRA*

Assalamualaikum...lewat petang baru sempat bersiaran harini, ada sedikit ke'bizian' melanda..hehe...harini nak masuk & jalan2 kejap pastu sambung balik ke'bizian'ku ini... harap semuanya baik-baik belaka yea..


Kek yang cukup sedap, cukup moist & cukup manis..huhu...dalam adunannya Ana dah kurangkan bahan2 yang manis tu tapi masih terasa "LETTING" manis tuh..tapi betul nak bgtau nih, sedap sangat, sebenarnya Ana kurang gemar kek yang dikukus, mungkin sbb baunya kot...kali ni memang kena dengan selera...

cepat bukak mulut...ngaaapppp!!!
Nak buat pun senang yang amat tau..tak percaya kena cuba sendiri sebab yang ada ni sudah dilicinkan dengan jayanya..haha... 


Resepi Kek Coklat Moist Kukus Munira (FB Kongsi Resepi): t.kasih Pn. Munira

Bahan2 A
  • 1 cwn gula pasir..*Ana guna 3/4 cwn je
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat..*Ana guna 3/4 cwn je
  • 1 cwn minyak masak
*semua bhn diatas gaul sebati n masak ats api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dah sebati.


bhn2 B:
  • tpg gandum 3/4 cwn
  • soda bicarbonat 1 sudu kecil..*Ana guna 1/2 sdk
  • baking powder 1 sudu kecil
*semua bhn diayak bersama..

bhn C:
  • 4 biji telur(blender jer)

Cara2nya:
  • Satukan bhn B dan C kedlm bhn A...
  • Tuang secara berselang seli dan gaul dgn senduk je...
  • Bila dah sebati...letak adunan ke dlm loyang yg disapu minyak & dipanaskan di dalam kukusan terlebih dahulu...
  • Kemudian kukus dlm 30-45 minit(bergantung saiz loyang)..sehingga masak. Tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air kukusan tdk menitik ke dlm adunan kek.

**loyang hendaklah dipanaskan dahulu sblm dimasukkan adunan kek td...
**test kek dgn lidi, lidi tak melekat dengan kek, tandanya kek dah masak

29 Disember, 2010

MUMMY AYU HAPPY NEW YEAR GA

Mummy Ayu Happy New Year Giveaway

jom join GA blog ceria Mummy Ayu nih...


syarat-syaratnye...

wajib jadi follower...
mummyayu.blogspot (dah : follower ke 189)
mummyayucontest.blogspot (dah : follower ke 546)
than....
tinggalkan komen kat entry nie...
plus....
kalu sapa yg rajin buat entry pasal contest nie
akan dapat extra 2 cabutan....(total 3 nama)
jgn lupa tinggalkan link kat entry nie..
"Blog Mummy yang cantik & ceria, suka tengok header dia punya blog, kepada kawan2 yang masih nak join sempat lagi ni, tarikh tutup pun harini, boleh tambah kenalan & teman2 seangkatan..hehe..Harap2 dapatla hadiah FM tu yea..cantik sangat, bukan tak mampu beli tapi kalau dapat hadiah lebih bermakna kan.."

tarikh contest berjalan
hingga 29 DIS 2010

kalu nak nengok hadiah
hadiah dia kat sini...

Sekian...(",)

APAM GANDUM & MEEHOON SEMPOI

Sarapan yang simple je pagi ni, meehoon sempoi..sempoi sebab takde bhn2 yang mewah dalam tuh.. maklumle, dah hujung2 bulan camni, bahan2 masak pun dah pupus, nape ek? Asal hujung bulan je barang2 dlm rumah makin pupus? hehe..nak soh kita g 'suping moping' le kot..haha...suka..suka..


Kuih apam ni pun Ana masak malam tadi sebelum lelap mata, ingatkan pagi2 ni dapatla kukus kelapa parut kejap untuk makan dengan apam, tapi sayang 1000x sayang, kelapa parut dah tak boleh pakai..huhu..sedihnya..terpaksalah makan apam cicah air teh je..

Sekali sekala buat kuih bila dah jadi, ada je yang spoil, tu yang tak best tu...takpela, nak buat canne, takde rezeki nak cicah apam dengan kelapa kan..


Resepi ni Ana ambik kat blog CMG..makasih Cik Mat..Ana simpan kat sini laks..

BAHAN-BAHANNYA :-)..Ana buat separuh je..
  • 500 g tepung gandum
  • 3/4 cawan gula perang (brown sugar)
  • 2 cawan air
  • 11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
  • Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-) *Ana guna loyang 7 inci(separuh adunan)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). (Ana tutup dengan aluminium foil je kat loyang tu) 
  4. Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
**Feedback dari Cik Abe Ana cakap sedap, ada bau wangi..ye ke bang? hehe..

AWARD DARI MAMASYA

Assalamualaikum

Ada yang sudi meng'award'kan blog pink Ana le..hihi..terima kasih Mamasya yea..


hehe..memang cool!! 

Ini Adalah Award Dari Mamasya .T.kasih sudi bagi award ni. ada kena jawab soklan..

1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
cool?errr...suma benda cool je kot...heheh

2. Siapa Orang Paling "Cool" Pernah Korang Jumpa?
Pertama Ayah Ana...rileks je orangnya, bunyi anak cucu memekak pun dia steady jer...cool le tuh..
Kedua ialah abang ipar Ana, Abe Din..fuuhh...memang cool gilas bebeh orangnya...slow je...haha

3. Pass Kepada 3 Bloggers

28 Disember, 2010

COFFEE BUTTER CAKE

Assalamualaikum w.b.t


Bersiaran lagi, kan dah kata harini rajin teramat nak meng'update'..hehe..kek ni dah abes, jgn mintak2 lg haaa...
Resepi asas plain butter cake dari rakan Fb..Sue Aleen, Ana tambah serbuk kopi dalam adunan tepung.. bila dah masak kek ni besar juga, Ana guna loyang bulat 9 inci, pastu dah sejuk, potong 2, letak cream, salut semuanya dengan cream kopi lak...heheh..mau berlemak2 badan nih...

Abaikanle deco yang dah sah2 keras tangan, saje nak perabihkan cream lebihan kek haritu..cuma tambah esen kopi bagi rasa & bau yg wangi...

Heheheeee...gelak kuat-kuat takpe, tak marah pong...haha..kena masuk kelas deco kek nih..tapi tekstur kek ni lembut, senang nak buat & bau kopi tu yang menusuk deria bau anda..haha..sabo jela kan..

 

Resepi Coffee Butter Cake:

  • 250 gm mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur .*Ana guna gred B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik } ayak sekali dengan tepung
  • 120 ml susu segar *Ana guna susu cair je
  • *2 sudu besar serbuk kopi cap kapal api (blend halus & ayak ke dalam tepung)


Cara buat:

  • Putar mentega & gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu, tepung, serbuk penaik dan susu segar.  
  • Putar lagi dalam kelajuan rendah hingga sebati.Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama sejam. 
  • Kalau tak mau cepat berkerak, buat teknik steam bake dulu, guna api bawah saja. Remaining 20 minutes, keluarkan dulang air. Guna api atas bawah. *Ana terus guna api bawah je, bila dah masak, buka api atas kejap bagi kek tu kering & senang nak letak cream



* Boleh diletakkan perisa dan pewarna.
* Boleh transform jadi kek belang.
* Boleh letak buttercream kalau suka.

 

Ada yang nak cuba? Cubalah..

KERAPU MASAK 3 RASA

Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2 & adik kakak yang tersayang..ewaahhh..rasa semacam je rajinnya pagi ni nak update rumah kecil bewarna pink ni..hihi

Pagi ni Ana nak tayang menu makan malam tadi, menu ni Cik Abe Ana yang request, yelah dia yang beli lauk, tentu dia yang nak-nak sangat makan ikut citarasa dia kan..google resepi jumpa kat MyResipi jugak, memang MYR tu lubuk resepi kan..bertuah sesangat ada laman web camtu, yang tak tau masak boleh buat rujukan sikit2, lama2 pandaila..


Resepi sunkist@myresipi (dia ada blog ke?)..terima kasih sunkist, Ana copy kat sini senang nak buat rujukan nanti, spe2 nak try bolehla...cuma ada sesetengah bahan tu Ana takde stok, tapi sos untuk ikan ni memang sedap, masa tengah masak tu bau yang menusuk2 hidung buatkan perut lapo serta merta..eheh..*cam iklan jek...*

Resepi Kerapu Masak 3 Rasa

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu..*Ana tak ada, tak letak le
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar *Ana tukar dengan daun bawang je
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

27 Disember, 2010

LUCKY FOLLOWERS G.A- blog Nurkhaisha

Jalan-jalan lagi..jumpa GA gak..meh ramai2 join memeriahkan suasana & tambah kawan..hehehe




Jom join giveaway lucky followers blog Nurkhaisha........boleh menang hadiah.....2 pemenang akan di pilih yer...

syarat2nya :

  
1.Follow jer...... dah yg ke 136

  2.Letakkan banner beserta backlink di sidebar(nanti kawan2 leh join sama)..dah jugak

 Senang je kan? hehe..due  GA ni sampai ke follower ke 300..harap2 bertuahle..Amin


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...