Selasa, 29 September 2015

KEK COKLAT KUKUS SUPER SEDAP

Alhamdulillah, dapat lagi berkongsi resepi kat sini harini. Saya kurang gemar kek yang dikukus, tapi bila cuba resepi ni boleh pulak makan banyak-banyak, mungkin sebab guna butter dalam adunan kek bukan minyak macam kek2 coklat biasa lain. Resepi dari Chef Asma ni terbaikla, cuma ada sedikit leceh sebab kena mix butter dgn gula kan, hehe apa2pun kalau sedap takde hal susah atau payah macamana sekalipun.. kan kan...

Saya dapat resepi Chef Asma lepas follow beliau kat Facebook, terus belek2 post2 beliau yang lama..agaknya ramai yang dah buat kan, entah2 saya sendiri pun pernah buat taktaula, malas nak ingat, takpela biar lambat asal buat..hehe. Adunan asal memang banyak, mungkin sebab Chef olah kek utk.pelajarnya buat jualan, jadi saya separuhkan resepinya. Selamat mencuba!!

RESEPI KEK COKLAT CHEF ASMA
AnnaQawina (tulisan merah utk.separuh adunan)

Bahan 2:
  • 400g mentega - saya guna Tatura unsalt butter / 200g mentega
  • 360g gula castor / 180g gula castor
  • 6 biji telur / 3 bj telur
  • 1sdt esen vanila / 1/2 sdt esen vanila
  • 200ml air sejuk(air masak) / 100ml air
  • 200ml susu cair / 100ml susu cair
  • 300g tepung gandum / 150g tepung gandum
  • 100g serbuk koko / 50g serbuk koko
  • 1sudu teh baking powder / 1/2 sdt baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat / 1/2 sdt soda bikarbonat
Cara2 :
  • Alas loyang dengan baking paper / lengserkan shortening/minyak/butter didasar & tepi loyang . Boleh juga guna bekas plastik kecil2.
  • Ayak tepung gandum, soda, baking powder & serbuk koko, ketepikan.
  • Satukan susu & air. ketepikan.
  • Putar mentega & gula sampai berkrim dan kembang.
  • Masukkan telur 1 per 1 & esen vanila. Putar sebati medium speed
  • Masukkan bahan cecair selang seli dengan bahan ayak tadi. Gaul sebati (jika putar denagn mixer guna low speed) (boleh juga guna spatula kaup balik hingga sebati)
  • Kukus selama 15 - 30minit jika mengukus dalam bekas kecil2, kalau loyang atau bekas besar 45 - 1 jam atau sehingga masak.
COKLAT GANACHE
Resepi : Jom Masak(FB)
  • 300g coklat compound Beryl's
  • 120ml susu cair
  • 1 sudu besar butter
Cara2:
  • Double boilkan semua bahan tersebut sehingga coklat nampak mencair & susu suam.
  • Tutup api & teruskan mengacau sehingga semua coklat mencair & sebati
  • Tuang atas kek & sejukkan seketika sebelum menghidang.

JEREBU MASIH MELANDA KAWASAN KITA NI, HARAP2 CEPATLA BERLALU..NAK BUKA TINGKAP PUN TAK BOLEH KAN. KESIAN KITA..

Isnin, 28 September 2015

CRANBERRY RED VELVET COOKIES

Assalamualaikum w.b.t
Lamaaaa tak beranjak posting blog kita..lemau betul nak menaip. Ni biskut Raya Aidilfitri tempoh hari, sekian lama dalam draf akhirnya muncul jua...kita mulakan dengan biskut Red Velvet sedap ni, saya tambahakan cranberry dalamnya untuk rasa masam manis..boleh cuba bila2 masa jika suka ya..
RED VELVET CHOC CIPS COOKIES (Cranberry)

Oleh : Planta

Rujukan : KAK ITA & Koleksi 20 Resepi Planta

  • 120 gm margerin Planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 30 gm coklat cips putih (X LETAK)
  • 30 gm coklat cips
  • 70 gm cranberry cincang 







Cara2 :
  • Mula-mula kita ayak bahan kering.
  • Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
  • Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
  • Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  • Tambahkan telur dan putar sebati.
  • Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
  • Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
  • Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cip putih@cranberry
  • Gaul adunan rata.
  • Sudukan adunan di atas dulang pembakar
  • Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
  • Bakar selama 20 minit
  • Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...