Assalamualaikum w.b.t
Syawal ke-19 ya..Salam Aidilfitri buat semua teman2 alam maya. Belum terlambat rasanya ni, maafkan salah silap saya andai ada..kot2 ada yang terkecik hati ke, rasa benci ke..koott la kan..??
Puding peach ni dah 3 kali saya buat, sedap rasanya, anak2 suka, jiran2 pun sama siap tanya macamana nak buat, sesiapa berhajat nak cuba silakan..
Jadi harini kita kongsikan cara2 menghasilkan puding mebeles nih.. TQ FB Cek De Sam & Che Ct kerana berkongsi resepi ni.
MILKY PEACH PUDDING
Bahan-bahan :
- 1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
- 500 ml air
- 500 ml susu sejat
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
- Beberapa titik pewarna kuning (optional)
- Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit
pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung
jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan
angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA