03 Oktober, 2013

Chilli Crab

Assalamualaikum.
Dah masak? Saya belum..ni lauk bila tah, sebab tak pernah masak cenggini jadinya letak kat blog tanda kenangan..muekekeke..ni lauk orang kaya, stahun skali dahle..kerap2 kang kete xleh nak isi minyak lak duit habes asyik beli ketam je..haha

Adam, sibujang sulung saya nak makan ketam, ayahnya usha gak ketam2 yang ada, Alhamdulillah jumpa yg segar, besar2 lak tu, kalau kecik2 biasanya kami buat sup ketam je sebab suami saya suka ketam yang dibuat sup. Kali ni cuba masak ikut resepi lak..Weeee....suka..suka..somi & anak2 suka..tang nak gigit2 cari isi ketam tu yg tak suka..uhuh....

Intai resepi kat blog Chah, tapi versi kitaorang simple bebenor, xdenya daun2 hijau penghias muka depan crab tuh.. Janji ada..hehe Tq Chah..Saya suka tang kukus ketam tu, lembut isinya berbanding goreng, ala kukus kejap je kat steamer periuk letrik tu kan..kalo malas gak goreng jela..eh pemalasnya korang!!! kehkeh..

RESEPI CHILLI CRAB
Sumber : Bila Chah Ke Dapur

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
  • *2 labu bawang besar - saiz sederhana
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 batang serai
  • *1 inci halia
  • 5-6 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu kecil rempah kari ikan
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji telur
  • Minyak
 
Cara-cara:
  • Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan rempah kari.
  • Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat. 
  • Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat. 
  • Masukkan ketam dan kacau sebati.
* terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tapi saya kurang suka kerana isinya agak kering berbanding dikukus.
Layan..

Pst : nampak cam pelik lak blog saya kan? Tapi malas nak edit..biarlah dulu..hee

02 Oktober, 2013

Choc.Moist Cake (Badariah)

Alhamdulillah, rajin masih bersisa untuk melakarkan kenangan secoet disini, kang dah tak rajin + sibuk xdenya nak ngadap komputer, dengan tikus2 yang masih bermasalah & line yang umpama sesiput..paham2kan ajer..

Kali ni kita buat kek coklat kukus pulak, bisa guna resepi lain, ala, lebih kurang aje mana2 resepi kan, tambah tolak darab bahagi hitam legam gak yang keluar..dah nama kek coklat, yang pasti sedap kat anak tekak & kenyang kat perut (bagi kita yang buatla, lain orang lain lak rasanya koot)
 Tekstur kek ni sangat lembut, saya suka..suka..

KEK COKLAT KUKUS (BADARIAH)
sumber : Puan Badariah Ibrahim@ResepiNet & Kak Badariah (Pekan)

BAHANNYA :
  •  2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
       *************************
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
       *************************
  • 1 cwn air panas
CARANYA :
  1. Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
  2.  Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
  3. Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
  4. Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.(10 minit jika dikukus dlm bekas kecil2)
  5. Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil
  6. Boleh juga ditutup dengan alum.foil @ penutup bekas itu sendiri.asalkan wap air kukusan tdk.menitik kedalam bekas kek kita.
CHOC.GANACHE
Bahan2 :
  • 130ml susu cair @ 180ml whipping cream
  •  200g choc.masakan@choc.compund
  • 1sdt butter
*Double boiler coklat dan susu/cream sehingga coklat hampir2 mencair. Tutup api dan kacau sehingga coklat betul2 cair, masukkan butter, sebatikan.
*Topping ni saya ubahsuai sikit dr kebiasaan dan sesuai untuk disiram atas kek2 yang dikukus dalam bekas2 kecil.
*Jika untuk topping kek biasa boleh semak resepi2 terdahulu ya.

SELAMAT MENCUBA

01 Oktober, 2013

Buttermilk Marble Cake

Assalamualaikum w.b.t

Hai..pekabo? Err..tak reti nak gebang dah, rasa macam dah lama benar tak update blog, tengok kawan2 update ada rasa semangat naik jap nak join sama, tapi tetiba mendung je cuaca, tido lagi syok..(salahkan cuaca lak..) baidewei..jenguk2 blog sekali sekala nampak ada je yang follow, eh tak apdet pon ada pemollow ye? Terima kasih le ya..nnt senang kita terjah balik buat kunjungan hormat..

Mari nengok kek yang dah takde sisa ni ha..baru2 ni buat kek tempahan, ikut resepi baru, eh rupa2nya si pencinta muffin tu dah lama buat resepi ni katanya..rajin dia kan?


Resepi saya angkut dari blog Love2Cook, asal resepi dari Martha, dan saya Melayukan bahasa dengan jiwa raga saya, senang nak baca..kikikiii....

BUTTERMILK MARBLE CAKE
Martha, Love2Cook, IzahMuffinLover

(Saya gandakan adunan kek ini utk.mendapatkan kek saiz 9inc)

Bahan2 :
  • 113g butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2sdt garam halus
  • 2sdt baking powder
  • 1 3/4cawan tepung kek (1 1/2 cwn tpg.gandum + 1/4 cwn tpg.jagung)**blh guna mana2 tepung tu
  • 3 bj telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 3/4 cwn.buttermilk (1 cawan susu (200@250ml)+ 1sdb cuka makan, guna 3/4cwn shj.)
  •  1/4 cwn.serbuk koko (jika nak marblekan)
  • pewarna pilihan/paste yang disukai - saya guna strawberry paste
Cara2 :
  1. Sebatikan tepung, baking powder & garam.
  2. Pukul butter & gula hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
  3. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan campuran tepung tadi selang seli dengan buttermilk.
  4. Asingkan 1/4adunan kek dan tambahkan serbuk koko, sebatikan. (Saya cuma bahagi 2 bahagian & 1 bahagian dicampurkan choc.paste, 1 bahagian lagi dimasukkan strawberry paste)
  5. Tuang ke dalam loyang yang dialas dgn.baking paper berselang seli hingga habis.
  6. Bakar 170 - 180'C 40mnt - 1 jam @ sehingga masak(bergantung kpd suhu oven anda) di rak paling bawah.
  7. Sejukkan sebelum dipotong atau dihias.

Ini kek yang siap deco..Resepi buttercream InsyaAllah menyusul nanti (kalau rajin..huehue..)

Harap maaf ye, kalau perasan le, saya takde bg link, just nama je yg berkaitan,sebab musababnya,  tikus2 kat pc ni amatle susah nak gerak, pastu line tenet pon nampak gayanya mengalahkan sesiput adanya..harap2 adala insan tersayang & terchenta tergerak hati hadiahkan saya sesuatu yg berguna agar sonang nak klik2 kan..hehe..sila aminkan ye..haha..

SELAMAT MENCUBA..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...