Khamis, 9 Mei 2013

KEK COKLAT MOIST 'HANA'

Assalamualaikum.
 
Kek coklat resepi Hana pulak. Macam2 versi resepi kek coklat ni, sebab tu letak nama empunya resepi kat tajuk, senang nak ingat. Boleh cuba kalau terasa nak makan tu, kek ni juga Ana kirimkan untuk mak ayah masa adik balik mengundi tempohari. Alhamdulillah licin bukan mak ayah yang makan, tapi adik2 & anak buah yang lebih, orang tua Ana mana gemar kan kek coklat ni, kecuali MIL Ana..hehe..lama tak buat kek untuk MIL, dia suka kek coklat. InsyaAllah ada kelapangan waktu nak balik kampung akan kubuatkan khas tuk MIL tersayang..


Buat 1 resepi dapat 2 biji saiz 7 inc, sebiji untuk makan2..sekelip mata licin, lapar sangat gamaknya budak2 ni..heehee. Hana, share resepi kat sini ya, tq cekgu..SELAMAT HARI GURU BUAT HANA & SEMUA GURU SELURUH ALAM..hehe


Jom semak resepi. Untuk topping ganache tu Ana tuang ala kadar jela, tengok Hana buat cantik 2 layer gitu, sape2 nak idea deco kek boleh tiru cara Hana tu ya...berdasarkan pengalaman mencuba topping ganache untuk jualan, guna fresh cream lebih cantik hasilnya. Tapi kalau nak budget eloklah guna susu cair ya, tapi sukatan mesti kurang dari resepi yang guna whipp.cream@freshcream. Biasanya freshcream Ana guna brand VIVO. Tulisan bewarna merah Hana rajin sangat bagi kita sesiap sukatan untuk separuh adunan. Terima kasih Cikgu....

RESEPI KEK COKLAT MOIST (HANA)
Sumber : Hana's Family
Kek Coklat Moist AnnaQawina

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
 
  • Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar(rujuk blog Hana), hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.
**NOTA KEYBOARD : JANGAN LUPA SINGGAH ANNABAKED@HOME YA**

Selamat mencuba

Rabu, 8 Mei 2013

CREAM PUFF INTI KASTARD

Assalamualaikum..

Salam sejahtera  salam ceria..moga sentiasa sihat walafiat hendaknya semua yang bertandang ke sini.
Cuaca redup, mudah-mudahan petang2 nanti takde hujan ribut macam hari2 sebelum ni InsyaAllah.

Harini Ana kongsikan 1 resepi cream puff yang rasanya menepati selera la..Sebenarnya untuk jualan Ana guna resepi dari kelas, bila google2 resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan2 dan kaedahnya, kita kalau nak tahu mana yang bagus kenala cuba2 sendiri kan, mana boleh dengar2 je..macam-macam resepi cuba dulu buat sikit2, kalau dah jumpa yang serasi dengan selera, ambik jela resepi tu tak payah nak guna resepi lain dah, kecuali masa banyak terluang nak cuba2, takde masalah la ye..terpulang.

Resepi Cream Puff ni Ana jumpa dalam blog Cik Epal, waahh baca resepinya boleh tahan, bagi Ana 90% resepi ni sama dengan resepi kelas, 10% lagi berbeza siikiit je termasuk untuk resepi inti tu..untuk inti@filling kastard pon Ana dah pernah guna resepi ni Alhamdulillah menjadi elok. Perbezaan yg sedikit amat tu takkan menjejaskan cream puff anda..Tak percaya, cubalah dulu..
Saiz yang saya buat ni kecik2 je, kebanyakan yang tempah taknak besar2, untuk jamuan memang lagi bagus buat saiz mini kan, makan pun skali 2 kali gigit dah habis..
Taburan gula icing atas cream puff tu, lagi bagus jika guna 'Snow Icing' @ 'Donut Dusting", gula serbuk yang halus dan tak semanis icing biasa kita guna buat buttercream tu. Daya tahan pun lebih lama kalau kita tabur atas kek dan kuih muih kita, jadi nampak cantik sikitla bila display kan..hehe (walhal takdela cantik mana pun cream puff ni..). Resepi inti kastard pula ada 2, gunalah mana2 yg anda suka..

RESEPI CREAM PUFF (EDIT 8 MEI 2013 : 4:30PM)
Sumber : Cik EPAL

Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
  • 2 biji telur
  • 1/2 - 1sdk esen vanila
  • 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
  • Inti boleh digunakan.

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff
  • Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  • paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  • Tabur gula icing diatasnya.
  • Jemput makaaannn.. 
>SELAMAT MENCUBA<
 NAK ORDER SILAKAN, HUBUNGI ANA DITALIAN 0193004358

Jumaat, 3 Mei 2013

FRUIT CAKE @ KEK BUAH

Assalamualaikum w.b.t
Bersiaran dikala hujan renyai2 membasahi bumi Petaling Jaya, sejuk nyaman rasa, mata pun kuyu nampaknya..haish..cekalkan hati taip resepi, kalau tak mau diam berselimut gamaknya, lepas ni kena siapkan tempahan cheesetart pulak.

Hari Jumaat amat singkat kat sini, sekejap lagi anak-anak akn balik sekolah pagi, kena siap2kan untuk solat Jumaat dengan ayahnya sekali terus pergi sekolah Agama kat Masjid tu. Terfikir..alangkah aman damai dan tenang jika Jumaat yang mulia ni cuti hari minggu kan, macam kat negeri ambo tu..takde nak terkejar2 balik sekolah, letih lesu anak-anak belum hilang kena kejar2 untuk pergi solat Jumaat dan sekolah pulak. 

Sama juga halnya dengan mereka yang bekerja, hmm..paham-paham sendirila..berpeluh2 berebut parking nak solat, nak makan lagi..kasihan kan..tu belum kereta yang kemek, guris, calar balar sebab parking merata sbb nak cepat & takde tempat parking. (rintihan mereka yang bekerja ni..saya menyampaikan je..hehe) Lagi bagus kalau cuti hari Jumaat..tu jela..doakan agar termakbul impian ni..amiin..
Harini nak kongsikan resepi kek buah bakar, bagi Ana boleh makanla berbanding kek buah yang beli kat kedai, hehe..memang ramai yang tak suka kek buah kan..Alhamdulillah kek ni Ana makan boleh habis lebih dari separuh..*eh kecik je pon..bukan buruk lantak ye..
Buat kek ni pun ada tujuan jugak, nak kirim kat Mek & Ayoh kat kampung, adik balik kampung untuk mengundi Ahad ni, mek dah pesan, buatla kek apa2, nak makan, dah lama tak makan kek,,kalau sempatla..katanya..
huhu..buat kek utk orang sempat je kan, kalini simpan tenaga buatkan kek untuk Mek & Ayoh lak. Sempatla buat Kek Buah ni, kek marble dengan Choc.Moist. Alhamdulillah, lega rasanya.
Terima kasih kak Ummu yang kongsikan resepi ni, memang laris jualan kek buah ni katanya. Alhamdulillah, moga bertambah rezeki akak ye. Ana kongsikan kat sini pulak, sesiapa yang nak mencuba silakan, nak order pon boleh, 1 bekas panjang foil tu RM10 sahaja. (iklan mesti ada..kalau tak macamana nak laku? haha..)
 
RESEPI KEK BUAH UMMU AIMAN
Sumber : AnnaQawina

Bahan2
  • 200 gm gula perang
  • 250 gm marjerin /Ana guna buttercup
  • 275 gm tepung kek(akak lbh suka guna tepung gandum je )/Ana pun sama
  • 200 gm buah-buahan campuran (nak tambah pun boleh)(beli di kedai bakery ya)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar perahan lemon/ sunquick ( tak buh pun tak pe)

Cara2
1. Ayak tepung + baking powder terlebih dahulu. Kemudian campurkan buah2 an kering , gaul rata.
2. Pukul gula perang dan marjerin@butter hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan campuran tepung dan buah2an kering tadi.Jangan over mix.
5. Masukkan perasa dan kacau hingga sebati *dengan senduk je
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 40 -45 min (ni ikut oven la ya..)

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 2 Mei 2013

KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum, selamat pagi khamis. update laju2..

Kek Coklat Moist nama diberi, 
Bukan untuk makan-makan sendiri 
Tapi ada orang nak beli
Resepi CMG akhirnya kucari..


Hehe..pantun dari dapoo..Okla..ada seorang kakak yang baik hati dan selalu order kek ni, nak kek untuk besday anak bujangnya tak silap Ana, nak ke yang biasa2 dibeli sebelum ni, jadi lepas Izah Muffin Lover tayang tangan gebu laling dia potong kek ritu, terus decide buat untuk Kak Aisyah ni. Dapat jugak rasa sikit masa kemas2kan kek tu, sedap la, rasa nescafe tu, Ana guna coffee emulco..Terima kasih Izah yang rajin buat kek dan terima kasih CMG untuk resepi ni.

Kek ni Ana cuma hiaskan dengan edible image seperti yang diminta Kak Aisyah, tepi2 kek ditabur badam panggang, sonang kan? cubalah mana tau kena dengan selera..

RESEPI KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
  • 1 cawan gula halus (castor sugar)
  • 2 biji telur gred A
  • 125 g mentega
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 camca teh nescafe*
  • 1/4 cawan gula halus*
  • 1/2 cawan air panas*
  • 1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika

RESEPI CHOC.GANACHE
Bahan-bahan :
  • 200grm choc.compound
  • 100ml susu cair @ 150ml uht whipping cream
  • 1 sdt butter
Cara-cara :
  1. Satukan coklat dan susu/cream, dah agak mencair, tutup api dan teruskan mengacau hingga sebati dan halus.
  2. Masukkan butter dan kacau sebati, biarkan suam2 sedikit baru dicurahkan atas kek anda.
Selamat Mencuba

Rabu, 1 Mei 2013

MINI PAVLOVA CK

Assalamualaikum
1 Mei 2013, cuti Hari Pekerja, yang bekerja dari rumah agak2 boleh aply cuti gak ke ni? hehe..apa2 pun selamat bercuti & beristirehat buat semua teman2..

Hari ni kita layan pavlova lagi, kali saiz kecik2..dibubuh nama Mini Pavlova..dah nama mini, sah2le kecik..dah kecik sah2 le murah sikit..hehe..nak bakar pun tak lama macam yg saiz dabak kan..Eh, suami saya suka la pavlova ni, takle manis sangat katanya..katanyala..tapi bukan selalu pun buat makan, sesekali kot tu yang terasa sedap tuh..hehe..
Ana paipkan terus dalam cup kertas, senang je nak jual, tak payah fikir dan risau pavlova retak ke hancur..hehe..tapi takat ni takde lagi pavlova yang hancur, Alhamdulillah. Masih setia dgn resepi CK ni, mudah dan senang, jom semak resepi sekali lagi, sebab harini hari pekerja, kita rajin sikit menyalinnya..*macam xde kaitan lak..
Hah..comel tak? Putih bersih suci seri murni jek..hehe..untuk mini pavlova, masa memasak dan suhu oven dikurangkan. Bergantung kepada saiz yg kita buat la ye.

RESEPI PAVLOVA CK
Mini Pavlova CK AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 1 sdt cuka makan
  • 1/2 - 1 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar. 
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Atur cup kertas pilihan, jika tidak menggunakan cup kertas, anda boleh juga membuat bentuk pavlova diatas kertas minyak macam biasa, saiz ikut suka ya.
  • Paipkan dasar pavlova dahulu didalam cup anda @ atas loyang. Kemudian paipkan bentuk dinding pavlova ikut suka nak macamana ya.
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 140'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 120'C selama 40 minit atau sehingga masak. Sentuh dan tekan sikit tengah2 pavlova tu, kalau jari tak tenggelam dan melekit tandanya dah masak lah tu.*Jangan tekan kuat2 lak, mau retak itu pavlova..huhu
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.
 
KRIM PAVLOVA
200ml freshcream jenama VIVO, dipukul kaku dan boleh digunakan
 
KRIM KASTARD TRY MASAK
Bahan-bahan :
  • whipping cream (200gm )
  • susu segar (1/2 cawan)
  • vanilla (1/2 sudu kecil)
  • kuning telur (1 biji )
  • gula kastor (33gm )
  • tepung kastard (13gm )
  • mentega (25gm )
Cara-cara :
  • Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
  • Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
  • Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
  • Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
  • Akhir sekali, letakkan custard cream filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
  • Pavlova sudah pun siap untuk dihidang.
Sesiapa yang ada tips dan panduan berkaitan pavlova yang manis ni, bolehla share ye, boleh kita sama2 baiki teknik memasak dan tambah ilmu InsyaAllah

Tq Noorma..Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...