05 Mei, 2012

Mari Tengok..Mari Beli..Dekat-Dekat..:D

Assalamualaikum w.b.t

Ini n3 berjadual & juga melekat sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan..hehe..untuk paparan terbaru (jika ada..) sila scroll ke bawah yer.

Bercuti 2/3 hari, nak rehat2 balik jumpa keluarga mertua di kampung, Ana tinggalkan dapo kesayangan ambe ni dengan menu2 & produk2 buatan tangan(dan juga mesin) dari Ana..InsyaAllah, jika ada permintaan akan ditunaikan seboleh mungkin.

Antara menu baru, boleh dijadikan hadiah untuk Hari Guru @ Hari Istimewa anda, mungkin, jadi sila tengok & fikir2kan, lepas dah puas berfikir, sila emailkan kepada annaqawina@yahoo.com @ sms/call 019-3004358.

ANTARA YANG SEMPAT UPLOAD..

RAINBOW CAKE IN A JAR
(pilihan A : layer dengan bluebery filling & cream cheese frosting)
(pilihan B : creamcheese frosting)
(pilihan C : fresh cream frosting)
(pilihan D : rainbow cake only)


RED VELVET CAKE IN A JAR


RED VELVET CHEEZY TIRAMISU 


CHEEZY CHOCOLATE VOLCANO   


CARAMEL CAKE (9 inci)


CHEESETART (4.3cm size/Min.Order 50pcs)
(Pilihan filling : Blueberry/Strawbery/Kiwi/Mangga/Oren)
(Pembelian 50pcs cheesetart boleh mix 2 jenis filing) 


CHILLED CHEESECAKE (7 inc./1.4kg++)
(Pilihan : KIWI/MANGGA/STRAWBERY)
(Pilihan Deco : Freshcream (caj tambahan dikenakan)


CARROT WALNUT/ALMOND CAKE wif CREAMCHEESE FROSTING
(1.3kg++/9 inc.)


BLUEBERY CHEESE BROWNIES
(10 X 10 )


PUDING TRIFFLE
(Cup mini : Minimum order 30 cups)

CHOC.MOIST CUPCAKES(mini cup) 
(Min.order : 50 cups)

COTTON CHEESECAKE BLUEBERRY FILLING

RED VELVET CUPCAKES
(Min.order 9pcs)

NEW : RAINBOW CAKE WITH ITALIAN BUTTERCREAM 


SELAMAT BERCUTI SAHABAT2KU SEKALIAN..JUMPA LAGI INSYAALLAH..

02 Mei, 2012

IKAN TALAPIA ASAM TEMPOYAK CILI API


Assalamualaikum..

Menu simple a.k.a campak2 masuk periuk kata IzahDaut..blur masa nak masak ikan ni sebab kehabisan minyak masak baru2 ni..hee..*malas betol nak g kedai depan tu*..line tenet pulak takde hampir 3 hari jugak haritu, ni le masanya nak bagi kawan2 berjasa kat kita kan, tolong gugel resepi kat aku boleh? Tolong tengok blog aku boleh? Tolong bagi idea nak masak ikan ni boleh? Gitula kekdahnya bila tenet buat hal..hehe..padahal boleh je geledah kertas2 & buku2 yang bertimbun dengan resepi tu kan, sajaa...

Terima kasih Izah..Izah dok Ampang, nak order cheesetart/polkadot, muffin boleh kontek beliau yer..hehe..ni entry tertangguh & berjadual yer..licin sudah!!

TALAPIA MASAK ASAM TEMPOYAK CILI API
Sumber : IzahDaut
Talapia Masak Asam Tempoyak Cili Api by AnnaQawina

Bahan2 :
  • 1 ekor Ikan talapia
  • 3 ulas Bawang merah - tumbuk
  • 1@2 keping asam gelugor/asam keping
  • 1 batang serai - diketuk
  • Segenggam cili padi@ikut pedas masing2.
  • sedikit kunyit hidup@serbuk kunyit
  • Tempoyak secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam & bahan perasa secukupnya

Cara2 : 
  • Ikan dibersihkan
  • Tumbuk cili padi dengan kunyit.
  • Masukkan semua bahan2 di dalam periuk, kacau2 sebati
  • Masak sehingga agak pekat kuahnya.
  • Tambahkan daun kesum.
  • Siap bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
SELAMAT MENCUBA

01 Mei, 2012

Roti Doh Asas Yang Istimewa

Assalamualaikum
Lamanya tak meroti kat rumah ni kalau dah mula takmo berenti lak tu..bila dah makan mmg susah nak stop.sbb kita blh mkn panas2 suam lagi kan, pastu nak letak inti apapun boleh je..


Memang suka buat roti guna resepi basic Kak Nor ni, cuma kali ni Ana guna tepung gandum sepenuhnya sebab takde tepung roti..(ada..tapi dah buang sbb ada haiwan dalam tu..hehe)..Uli pakai breadmaker ni senang kan, dahtu uli 2 kali lak..lembut gebuss je..dah ada kemudahan guna jelaa.. 

 Yang ini Ana campurkan sedikir puri keledek ungu, uli besama sedikit aduan, kemudian gulung & bakar dalam loaf pan..

Jom kita semak untuk kesekian kalinya..resepi ni dah terlalu ramai dah cuba kan, boleh dikatakn hampir blogger'wati' & 'wan' dah cuba, tq Kak Nor ats perkongsian ni..

BASIC DOUGH BUN 
(istimewa sebab saya suka & senang nak buat)
doh:
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)*Ana guna tpg gandum
  • 3 sudu besar susu tepung *tak letak
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  1. 50gm tepung gandum
  2. 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
CARA-CARA MENGADUN ROTI:

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis. @ bentukkan ikut suka anda 
  11. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. 
  12. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda. 
  13. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. (Ana tak buat)
  14. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
 

Yang ini Ana letak dalam cup petak corak Angry Bird, tekan sedikit sosej yang direbus, paipkan sos cili & mayonis atasnya, ada sebahagian pula ditaburkan dengan rempah CAJUN..seeedaaapp tau..ada rasa2 keju gitu.. anak2 suka sangat & bawa bekal ke sekolah, siap agih kat kawan2 lagi..punyala pemurah taapiii balik rumah cari lagi belen2 yang ada..sabar jela anak2 oii..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...