05 Disember, 2011

CHEESE TART

Assalamualaikum.

Salam Isnin yang indah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini & semoga terus menerus diberi kesihatan yang baik untuk hari2 mendatang..InsyaAllah.

Hari ni nak kongsikan sikit menu Cheese tart yang menjadi salah satu menu jualan Ana..Alhamdulillah..rezeki tak putus dari-Nya, sikit2 pun jadi la kan..Asalkan rezeki yang datang ni tidak membuatkan kita lalai dari terus mengingatiNya. Minta dihindarkan dari keadaan sebegitu InsyaAllah..


Crust untuk cheese tart ni Ana dah kongsikan sebelum ni, boleh tengok sini ya CRUST/PASTRY(klik) atau nak guna yang ni pun boleh CRUST KAK ITA. Mana2 yang berkenan ya. N3 ni dah lama terperap, gambar2 pun dah lapuk, nak publish hari Sabtu lps tp problem xleh upload gambar lak..maka harini baru ada rezeki keluarkan menu dari draf..hehe

Blueberry Filling

Untuk cheese tart jualan kami ni, ini resepinya, ikutkan dah ada sebelum ni, cuma tak lengkap kan..tapi takpela nak jugak letak, tengah rajin nak mengupdate ni..hehe..

Manggo Filling

RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan ramai lg ..

CRUST

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.

    Strawbery Filling

    CREAM CHEESE FILLING

    Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
    • 250gm cream cheese
    • 50gm gula kastor / gula halus
    • 1 biji telur Saiz B
    • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

    Cara-cara :

    1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
    2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
    4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
    5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Kiwi Filling

    TIPS KAK AZITA :
    1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
    2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
    3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
    4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
    5.  .nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
    6. Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim
    7. SOALAN : Biasa kalau akk bt cheese tart tu, costumer nk ambik tghri Jumaat misalnya kan, akk buat bila cheese dia? Mlm sblm tu@pg jumaat?
    8. JAWAPAN : Biasanya akak akan bakar pagi Jumaat. Jadi cream cheese tu akan sentiasa nampak cantik. Kalau nak buat malam sebelum tu, boleh jugak. Tapi jangan simpan dalam petiais...nanti cream cheesenya jadi kusam...tak cantik dan tak berkilat dah. 
    9. SOALAN : Pastu kan, lps dah bakar kali ke2 tu kn, crust dia akn jd lembut sikit ya? X garing mcm sblm bakar dgn cheese?
    10. JAWAPANLepas kita bakar dgn cream cheese tu, lama2 crust tu akan lembut sikit disebabkan oleh filling dan adunan cream cheese yang basah tu. Itu memang tak boleh nak buat apalah.. 
     *Copy mesej dengan Kak AZITA baru2 ni..untuk rujukan diri & teman2 yg memerlukan..t.kasih banyak2 Kak Ita..moga murah rezeki akak.. 

    Kalau berminat nak buat bolehla blajar buat kan, kalau malas ke takmo buat ke, meh order je..boleh hubungi email kat sebelah tu yer..hehe..

    02 Disember, 2011

    Kek Coklat Fendi & Coklat Ganache

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam penuh berkat buat semua penghuni alam..Jumaat yang damai & harap diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya sentiasa. Bagaimana dengan perkhabaran teman2 tersayang? Harapan yang menggunung agar anda semua sentiasa dalam lindungan Allah Ta'ala selalu.

    Dalam kedinginan ini, dalam kegembiraan kita, ada jua terselit kisah duka seorang sahabat alam maya kita..Harapan Ana agar 'dia' tabah mengharunginya & cepat sihat macam selalu. 'Dia' yang dimaksudkan itu biarlah rahsia dulu, cuma sama2lah kita mendoakan beliau agar kembali pulih & boleh berblog macam biasa disamping gembira bersama suami & anak-anaknya yg tersayang.

    Hari ni Ana nak kongsikan sebiji kek yang dibuat minggu lepas rasanya, kek ni sebenarnya ditempah oleh jiran untuk majlis doa selamat sempena berkhatan anak lelakinya, dia minta sebiji kek yang boleh dimakan ramai, dalam erti kata lain kek yang agak besar dalam bajet yang agak rendah. Jadinya Ana cari resepi yang simple bahan2nya maka jumpa juga dari laman MyResipi. Kek Coklat popular dari Fendi. Dah ramai yg pernah mencuba kan..Izah, NoorSha, Kak Ummi, Cekgu Hana, Kak InaKl, sekadar beberapa nama, sila angkat tangan sape yg pernah cuba? nanti nak letak link..heee..


    Lepas doa selamat tu Ana pun sempat ke majlis tersebut & kek tu licin sebelum Ana selesai makan..ramai yang makan tu kata sedap & tanya tuan rumah pun begitulah katanya..Alhamdulillah, lega rasa hati, sebab Ana tak pernah buat utk mkn2 lagi kek resepi ni, itu yang risau akan maklumbalas tu kan..lepas ni kena buat utk mkn2 sendiri pulak. InsyaAllah. 

    Selain tu Ana nak kongsikan 1 resepi topping Ganache yang pertama kali dicuba & hasilnya sangat memuaskan, cantik licin & senang nak 'set' kat atas kek tu, lepas seketika dah boleh hias dengan coklat putih (hiasan yg simple..hehe), takdela nak menunggu lama topping tu keras, siap meleh lagi kan..jenuh nak ngelap, itu pengalaman sebelum nila, sebab kita guna resepi yang bahan2 dia simple je bukan yang guna whipp.cream tu. Saki baki lebihan letak kat kek disapu kat roti & biskut serta di makan begitu saja, sangatla sedap..heehe..Kira TERBAIK bagi diri ini setakat ini, Alhamdulillah. Jadi meh kita semak apa yang patut, sesiapa yang nak cuba dipersilakan & lihat hasilnya. Terima kasih ats perkongsian ini & buat semua yang berkunjung.

    RESEPI KEK COKLAT FENDI75

    Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

    • 2 biji telur
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan gula perang*Ana tak cukup gula perang,jd guna gula castor semuanya (1 1/2 cawan)
    Bahan A
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat *Ana guna susu cair je
    • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe *Takde stok nescafe
    Bahan B
    • 2 sudu kecil sodium bicarbonate *Ana letak 1 1/2 sdk shj
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 2 cawan tepung gandum
    ** Topping **-Ana Tak Buat-
    • 1/2 cawan koko van hauten
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 sudu besar minyak masak

    Cara-cara

    1. Pukul telur hingga kembang
    2. Masukkan gula dan pukul lagi
    3. Kemudian masukkan minyak masak
    4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
    5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
    6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk *Ana buat topping guna resepi dibawah ya..


    TOPPING COKLAT GANACHE
    Sumber : Kak Liza & Mama Sya fp
    (UPDATE 20 DEC.2011)
    *Topping ini jika diletakkan dlm peti ais, perlulah dibiarkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum memotongnya, jika tidak, coklat tersebut akan pecah sebab agak keras, tetapi sesuai jika nak bawa berjalan jauh tanpa peti sejuk dalam kereta*

    Bahan-bahan : (Ana buat separuh je)

    *250 grm coklat masakan *Ana guna Coklat Compund brand Beryl's
    *30 gm cocoa butter *blh cari kat kedai bakery
    Cara :
    1. Masukan semua bahan dalam periuk kecil.
    2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut. (double boiler)
    3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
    4. Curahkan perlahan atas kek colak dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak. (suka hati nak buat mcmana la kan..)
    5. Hiaskan topping mengikut kredibiliti sendiri.


    *Untuk hiasan menggunakan coklat putih, sekadar mencairkan secara double boiler tanpa ditambah apa2 bahan lain ke dalam coklat tersebut, sedia digunakan. (Update) Untuk warna oren@lain2 warna yg kita suka, cuma titikkan pewarna dlm adunan coklat putih tu, seeloknya guna warna jenis oil base, yg pewarna lain pun takpe, boleh jugak..*


    SELAMAT MENCUBA

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...