Rabu, 30 November 2011

Yang Dah Berlalu..Alhamdulillah..

Bismillahirramanirrahim..Assalamualaikum..

Sekadar panas enjin blog..nak panas api dapo belum sempat lagi kot..masih tak banyak masa untuk merayap ke blog kawan2 & mencuba bnyk rsp2 baru yang ditayangkan....walhal air liur dah hampir menitik2 dah ni..huhu

Update tempahan2 yang tak seberapa sejak minggu lepas..adala sikit2 kan..Alhamdulillah rezeki..



100pcs Blueberry Cheese tart, Kek Karamel, 2 biji Bingka Pandan & Mini Cotton Cheesecake (Order dari Riza) t.kasih ya.(Regular costumer ni)(23-11-2011)


Kek Karamel & Kek Coklat Moist (Order dari Mar) (Alhamdulillah Mar suka sangat)(23-11-2011)


Kek Karamel & 50pcs Blueberry Cheesetart (Order dari staff sama opis dgn suami Ana)..tqvm..(^_^) (26-11-2011)


Kek Karamel (Order dari IDA)-rakan blogger ni, tinggal dekat2 kawasan rumah Ana ni. (25-11-2011)
Terima kasih Ida, dapat mesej dari Ida : "Salam. Baru potong & makan kek Anna. Cedap cedap cedap cedap cedap cedap. Makan sejuk2 ngadap tv tak sedar dah makan byk..T.Kasih untuk kek cantik & cedap.."(heee..takde edit ayat dia ni tau..) 

Alhamdulillah, bukan pujian yang kita mahukan, buat semua ni seikhlas hati untuk yang berhajat, bila hasilnya menepati selera & kehendak ini satu kepuasan bagi kita..Syukur sangat2..Terima kasih buat semua

Khamis, 24 November 2011

Pastry/Crust/Tart Shell

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa, masih bernafas meneruskan kehidupan sebagai hambaNya dimuka bumi nan luas ini. Syukuri nikmat yang diberi, syukuri setiap hela nafas ini, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk hari2 seterusnya. Harapan juga buat anda agar sihat2 sentiasa..

Rindunya nak BW macam biasa menjenguk keadaan sana sini..hehe..tapi keadaan yang tak mengizinkan. Terima kasih buat yg masih sudi datang & tanya khabar ya..harap anda semua terus berbahagia dan sentiasa ceria..

Hari ni nak kongsikan resepi yang laaamaa terperap dalam draf ni, lama tu bermaksud memang lama benar, sejak belum pertama kali buat tart ni lagi, susahnya nak n3kan tak tahu nak karang, tak tahu mana nak cari link & kesibukan juga salah satu faktornya..ramai gak yang tanya resepi..takut gak ada yang kata Ana kedekut takmo bgtau ke kan..hehe..


sebelum  ni pernah buat crust resepi Kak Azlita Aziz..sifu dalam membuat Cheese Tart ni, lepas tu Ana cuba pulak buat guna resepi yag sorang kakak cun melecun ni bagi kat Ana sejak beliau menceburi bidang menge'tart' ni..Akhirnya Ana kongsikan kat sini pulak, kalau2 ada yang nak mencuba ya..Crust utk cheesetart yang Ana jual sehari2 tu memang guna resepi ni. Pernah tgk Kak NAZ COSK buat crust guna respi Alex Goh..gunala mana2la yang kita suka kan..

Tuan punya asal resepi tak tahu sape, berlegar2 kat FB Kongsi Resepi pd awalnya kemudian bila masing2 dah boleh buat, makin lama makin hilang 'nama asal' empunya resepi. Begitulah yg biasa terjadi bila masing2 ambil mudah bab2 ni. Kalau ada nama tuan, sekurang2nya dapat jugak kita berterima kasih kepada empunya yang berkongsi. Tak semua boleh kongsi apa yang dia ada kan, nak2 kalau orang tu terpaksa keluarkan duit pergi belajar kat mana2 kelas dengan chef ke kan..kita dapat secara menggoogle je, senang sungguh kan..

Acuan untuk buat crurt ni mcm dlm gambar atas mesti ada tau..

Apa-apa pun memang berbesar hati dapat resepi ni dari Kak Maiza & jutaan terima kasih buat yang empunya asal resepi, halalkan ye kita kongsi kat sini pulak, semoga 'tuan asal' dimurahkan rezekinya sentiasa. Kalau ada yang tersama resepi harap maaf le ya..mana tahu kot2 kan ada yg pernah try..Untuk cara2 tu Ana buat lebih kurang macam resepi Kak Ita jugak. Maceh Kak Ita yg tak kedekut ilmu..semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, Amin..


Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambh tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
Edited :ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK (menjawab pertanyaan ESTEE_8980 dlm ruangan komen..tq). Pastikan acuan tidak basah.


SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 19 November 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake & Blueberry Topping

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua, harap sihat2 adanya ya..mana yang tak sihat tu pandai2le makan ubat ke rehat ke..nak tolong picit2 kang jauh lak..hehe..

Semalam Ana buat kek ni, sekarang bekas pun dah takde, sapu habis..huhu..sedap sangat kek keju nih, lembut macam kapas..*pernah ke makan kapas?* Dah berzaman simpan resepi ni tapi takut nak mencuba, maklumla bukan sedikit cream cheese yang nak guna, gedabak seketul tu..Alhamdulillah menjadi elok, sebelum ni ada request dari adik Ana & kawan2 dia yang rasa..heee..tercapai gakla hajat diaorang kan, dah potong2 semalam bagi diaorang sikit masa adik Ana datang ambil tempahan cheese tart kawan dia tu..


Dah lama jugak bertanya tentang kek ni, sejak dok berYM dgn Kak NorSG, puas ditunjuk ajar pun belum terbuka hati nak buat..apela nasib kan.. Pastu tanya2 lagi orang lain, ada yang jawab & ada jugak yang membisu, takpela..kena cuba sendiri baru tahu kan. Dah siap kelam kabut lak nak buat topping tu, taknak le curah filling je, nak bagi cair sikit, jadi serata alam maya mencari ilham, maka tercumpa di MYR..resepi dari AlongRoz..memang sangkut la..terima kasih buat semua yang melayan soalan kita ni..terima kasih juga buat empunya resepi, mintak izin kopipes kat sini ya..

RESEPI COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : alma@myr
Sumber Ilham : Along@homekreation, Noorsha, Fiza Nordin, Kak Hazila, Kak Ummi Dan ramai lagi kan.(sekadar beberapa link shj)

Bahan-bahan : Loyang bulat 8 inci

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)*Guna susu cair 70ml + air 30ml
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon *Guna dengan esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine*guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon *gantikan dengan cream of tartar 1 sdt
tengoklah kegebuannya tu..(^_^)

Cara-cara:

Step I : Utk adunan A:
  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. 
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).  

Step II : Utk adunan B:
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
  • Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  

Step III :
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.  
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking.  
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.  
  • Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 
 ---------------------------------------------------------------------------------
  • **Ana guna loyang bulat biasa, griskan dasar loyang dengan mentega & alas dengan kertas, manakala tepi loyang pula digriskan dengan mentega & tabur halus tepung gandum, kemudian hentak2kan loyang sikit bagi rata tepung tu. Alhamdulillah, senang je nak keluarkan kek ni. 
  • **Masa membakar pula bakar waterbath macam biasa, tak payah balut loyang tu dengan alum.foil (sebab loyang tu mana ada ruang nak masuk air macam loyang springfoam kan..heee)
  • **Dah masak, biarkan kek dalam loyang dalam oven & bukakan sedikit pintu oven lebih kurang hingga 1 jam (pastikan suis oven ditutup, kang terbakar hangus lak kek tu..) refer to nasilemaklover..tq sis (^_^)
  • **Sisip sedikit tepi kek (sebab Ana tak guna baking paper kat tepi loyang kan) kemudian terbalikkan atas rak & sejukkan sebelum dihias, sedap juga dimakan begitu sajee..
sedap dgn topping tu, gelatin pemberian Kak Anymz..
 
TOPPING BLUEBERRY
Sumber : alongroz@myr

  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling *yang ada buah ketul2 tuh
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
**Masa buat ni, blueberry pie filling tu tak banyak, jadi Ana campurkan sedikit filling biasa tu, nak prabihkan stok barang lusuh dalam esbok, dah habis..leh nyoping lain kat bakery kan..kan....heee 
**Yang dah potong takde tayang sebab tak sempat nak snap..syok sangat makan kan..hehe

SELAMAT MENCUBA..

Khamis, 17 November 2011

HATI LEMBU MASAK REMPAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih buat kawan2 yg sudi bertandang ke sini, tuan tanah masih sibuk menyiapkan tempahan cheese tart untuk Jumaat nanti, jadi kunjungan anda akan dibalas kemudian, itu pasti InsyaAllah..



Jom tengok apa yang ada kat dapur Ana, bukan harini punya, tapi hari Isnin lepas..hehe..tapi dalam ni Ana campur sekali anggota dalaman lembu yang lain, tah hape nama tak tahu..kikikii


RESEPI HATI LEMBU MASAK REMPAH

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • ½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gandum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
  • ( * bahan kisar )
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 1 sudu besar ketumbar
  • * ½ sudu besar jintan manis
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar penuh rempah kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
  • 1 sudu besar kerisik
  • Air secukupnya
  • Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
  4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

Selasa, 15 November 2011

ASAM PEDAS Anymz KITCHEN

Huhu..ada yang muak makan kek span ya..kita tukor lak menu, makan lauk jela, nasik lom masak nih..haha..moh layan jela lauk yang dah arwah ni, tah bila buat dah lupa mokcik ni....hehe..ada koreja mau bikin satgi..sape2 free tu takyah nak goyang kaki ye, meh tolong kita kat dapo meh...


Maaf Kak Anim, ikan dah tinggal seketul baru snap gambo sebagai bahan bukti..(=^_^=)

ASAM PEDAS ANYMZ KITCHEN (makasih Kak Anim & kwn2 yg promote)
Sumber : Kak Anymz
Sumber : Kak Diana@Skyblue, Kak Sheila (nnt nak cari link yg lain ya)

bahan2
  • 1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
  • 1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar
  • 15 tangkai cili kering-di kisar
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 3 ulas bawang putih-di kisar
  • 2 batang serai-di kisar
  • sedikit belacan-jika suka-di kisar
  • 3 batang daun kesum-ambil daunnya
  • 2 batang bunga kantan-di belah dua
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
  • 1 st serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
 cara

  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumis bahan2 kisar hingga naik bau
  • Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan juga ikan dan daun kesum
  • Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan
  • Jerang hingga terung masak
  • Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api
  • Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 14 November 2011

KEK SPAN COKLAT

Assalamualaikum
Bersiaran dipagi Isnin yang sejuk-sejuk ni, dengan keadaan kesihatan anak-anak & diri sendiri yang tak berapa elok, harap diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t untuk terus berbakti & beramal..InsyaAllah

Beberapa hari lalu (lupa dah hari apa) Ana cuba buat kek span ni, dah lama simpan resepi & dah lama teringin nak try buat kek span sendiri, akhirnya terlaksana juga. Bukan saja-saja buat kek ni tau, ada projek seterusnya yang menggunakan kek span ni..hehe..Cuma Ana bakar guna loyang petak yg agak besar, maka kejadian kek ni rendah sikit dari yang tuan punya resepi buat. Takpela kan, hasilnya sedap jugak & boleh dikatakan menjadile..Gambar kek seadanya le, pukul 1 pagi baru kek ni siap, maklumle nak pukul telur bagi naik tanduk kemain lama lagi haa..jenuh nunggu, tak taula nape lambat sangat nak kental, nasib baik guna stand mixer, kalau guna hand mixer tak taule kan..mau keluar muscle kat lengan..kihkih..



RESEPI KEK SPAN COKLAT
Sumber : NINA@SL
Terima kasih SL berkongsi resepi kek yang dijualnya..
Kek Span Coklat By AnnaQawina

bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b *Ana guna 4 biji telur gred A
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

CARA-CARA :
  • Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga kental(meringue). Putar menggunakan kelajuan maksimum.. 
  • Mesti kembang, pekat dan berwarna putih, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
  • Ayak bahan-bahan kering bersama & masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  • Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati.
  • Adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.
  • Kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

Sabtu, 12 November 2011

DAGING MASAK HALIA

Assalamualaikum..

Dah lewat malam ni, masih berkesempatan nak update sedikit sebanyak yang termampu,..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu Ya Allah..terima kasih buat kawan2 yang sudi bertandang ke blog ni, walau tuan tanah kedaung belum sempat nak BW..InsyaAllah akan ku gagahi jua menyinggah jenguk kalian..


Semalam sempat masak ala kadar je, cari2 menu yang ringkas & cepat disediakan, anak-anak masih belum sihat & pulih dari muntah2 & cirit birit, Hannah dah pulih, Akmal pun dah beransur2 pulih, harini Damia pulak yang kena..agaknya jangkitan dari adik-beradik la kot..mujur suami banyak membantu melayan kerenah anak-anak yang tak sihat ni, dapatle kita buat benda lain yang patut kan..Resepi daging kali ni Ana ambil dari blog Mat Gebu..harap tak kisah ye Cik Mat kita share kat sini..jutaan terima kasih..:))


RESEPI DAGING MASAK HALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g daging batang pinang, dihiris nipis
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 inci halia tua*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)
  • 2 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 1 batang saderi, dihiris serong *takde..
  • 1 batang leek, dihiris serong *takde..
  • 1 camca besar sos lada hitam *Ana guna serbuk lada hitam + air
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 2 camca besar kicap cair
  • 2 biji cili merah, dibelah 2
  • 1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disatukan bersama garam dan bahan2 tumbuk, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut.
  2. Tambah sos tiram, sos lada hitam, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Masukkan leek dan saleri. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat.
  3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan halus halia dan daun sup, jika suka. Hidangkan panas....
**Terima kasih Tun Telani atas pemberian lada hitam dari Bintulu..(^_^)


Tempahan Menjelang AidilAdha lalu..

Assalamualaikum w.b.t Apa khabar kawan? Apa khabar adik kakak sekalian? Harap sentiasa didalam lindungan-Nya sentiasa..
Update sikit tempahan menjelang Hari Raya Aidiladha lepas, ada gak yang terlupa nak snap gambo, ala kadar jek..cari duit raya...leh wat bayar duit tol nak balik kampung kan...kekekee..ye la tu..apapun terima kasih buat semua yang percaya kat kita ni, bukan lawa mana pun, ada yang soh deco..alahaiii..ampun maaf yer..memang tak gheti nak lenggok2 tangan deco kek..sekadarnya ajela..2/3 hari sebelum balik kampung Raya haritu memang tak cukup rehat, tido pun lebih kurang macam ayam jek..*ayam tido gak ke?..garu pale sat..^_^* Last minit ada lagi yang nak kek karamel tapi terpaksa tolak ats sebab2 tertentu..maaf ya..

Buat sebiji utk bawa balik kg, dipotong2 sikit nak bagi kat adik2 yang dtg ambik tempahan

Alhamdulillah, apapun memang gembira bila dapat feedback dari yang menempah akan kesedapan hasilnya..Itulah kepuasan setelah berpenat lelah kan..Ikhlas dari hati ini, segala yang dilakukan dengan sepenuh jiwa raga saya..ewaahh..betul kan? Kalau buat sesuatu separuh jiwa & hati kurang ikhlas tentu hasilnya agak kurang baik..itu bagi Ana la ya, selalu suami berpesan macam tu..orang lain tak tahula..hehe..Jom layan gambo2 tak seberapa nih..tq pada yang menempah..


KEK KARAMEL



 Order dari staff ofis suamiku, 2 biji kek Karamel & 3 biji Kek Coklat Moist

Order dari kakak ipar


KEK COKLAT MOIST
Resepi
 
Order dari rakan2 adik dari FMBiosis (1.5kg)

 Order dari kawan FB, Riza untuk anak sulungnya..1.5kg


8 biji kek coklat Moist (600grm/bekas)

BINGKA PANDAN BADAM

Tempahan dari RIZA jugak, untuk makan2 kat kampung.

TQVM..(^_^)

Khamis, 10 November 2011

BLENDED ORANGE CAKE

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali, banyaknya habuk2 yang melekat kat dapo nih, takde sapa2 yang sudi bersihkan ke? lalang pun dah tinggi nih..takde yang rajin tebas ek..huhu...susahnya nak mengadap komputer akhir2 ni, kesibukan jugakla sikit2..maklumla haritu kan Raya Haji..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua yang merayakan ya..dah lepas tapi masih belum terlewat nak ucap..

Terima kasih jika ada yang masih sudi menyinggah, yang bertanya khabar melalui sms & telefon juga, tak kurang yang menyapa di fb..tanda ingatan yang sipi-sipi pun dah cukup bermakna kan..Apa nak buat, kita sibuk kat dapur realiti ni, macam-macam hal yang perlu diselesaikan, yang tak selesai-selesai pun ada jer..hehe..Harini juga agak sibuk, Hannah tak sihat, sejak semalam muntah-muntah tak henti, mengelap lantai je kerja kita kat rumah, malam ayahnya ambik alih jaga dia lak..pagi ni abangnya Akmal pulak yang berjangkit. Keracunan makanan agaknya ya..mudah-mudahan anak-anak Ummi cepat sembuh, leh main2 & makan2 macam biasa..

Harini nak kongsikan apa yang dah ramai orang tahu & buat kan..kita yang baru cuba, maklumle, blender baru dapat ganti yang baru. Maka blender & bakarlah adanya..senang sangat tapi hasilnya sungguh gebu ya..ada yang dah modified oren kepada pisang, stoberi & macam2 lagila, kretip betuil..Kebetulan ada buah oren Sunkist yang suami beli minggu lepas, masam berdengung..hehe..dah jadi kek takde la masam tu, wangi bau oren masa membakar. Jom makan..ada lagi belen nih, maklumle, kek macam ni budak2 tak suka sangatla...

Terima kasih buat Kak Fida yang kongsikan resepi mudah ni, macam2 resepi beliau yang mudah2 yang harus dicuba..tak lupa buat kawan2 adik kakak yang dah pun mencuba resepi ni.. 

RESEPI BLENDED ORANGE CAKE
Sumber Ilham : DJ@Dapurku Sayang, Mas@Duniaku, Kak Madiha, HaSue, Kak Yatie, Kak Nor@Secubit Garam, dan ramai lagi yang dah buat kan..

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )



Cara-cara
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Ana gris & tabur tepung sikit
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Rabu, 2 November 2011

Masak Lemak Perut & Rebung Jeruk..sedap rupanya..

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di alam maya setelah beberapa hari takde tayangan..asyik tayang kuih bakar tu je ya..dah basi agaknya..hehe..agak kesuntukan masa dengan macam2 hal termasuk anak2 yang macam-macam ni, adalah jugak tempahan cheese tart & kek yang simple2 tu, selebihnya dok melangut je, best jugak golek2 dengan baby Syifa' yang dah mula 'membebel' mulutnya..kalau takde orang dekat dia mulalah bising, nak orang temankan & sembang je..takde kerja ke hape nak nyembang ngan dia 24 jam..kalau ada butir2 tu takpe la jugok, ni aaaa..aaaaa..uuuuu....kuikui..takpelah nak oooii...masa ni la nak layan lebih2 kan, dah besar panjang nanti masing2 bawa haluan & terkontang kanting la mak ayah kat rumah ni..tu pun kalau panjang umur & ada rezeki kan..InsyaAllah..

Dah masak ke belum tu? Kita belum..hehe..ni lauk bila tah, dah seminggu berlalu kot, pertama kali jumpa rebung jeruk, sebelum ni mana pernah tengok, tahu pun lepas gugel resepi utk perut lembu yang cik abang beli, tak reti sangat nak masak benda ni, reti makan ye..sama tak ngan korang? Sama la tuh..


Rebung jeruk ni agak berbau 'bacin' ya..tapi dah masak memang takde bau tu kat rebung, agaknya bau tu datang sebab rebung dijeruk la kot..kot la kan..kita tak tau gak..korang jangan percaya sangat fakta ni..kihkih..Resepi ambik kat MyResipi..lubuk resepi bagi kebanyakkan orang kan..Raya Haji dah dekat ni, mesti banyak perut yang dapat kan..bolehla masak macam ni, sedap ratah rebung tu..

RESEPI MASAK LEMAK PERUT/ BABAT & REBUNG JERUK
Sumber : DatinLulu@myr

Bahan-bahan ( 5-6 org - ikut prmintaan gak )

  • 800gm perut lembu@babat - cuci/rebus lmbut/tos/ potong
  • ~sy beli yg siap proses brsih/rebus kejap aja, 5 minit dah lmbut~
  • 1 mngkuk rebung jeruk - potong/rebus 5 minit/tos
  • *1 labu bwg besar
  • *5 biji bwg merah
  • *4 ulas bwg putih
  • *12 biji cili api (merah+hijau)
  • *2@3 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas (kalo suka)
  • 2 btg serai - d titik/ketuk
  • 3 cawan santan - sederhana pekat
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi @ 1,2 keping asam gelugor
  • srbuk maggi ckup rasa*tak letak
  • garam secukup rasa
  • daun limau purut - carik kasar

Cara-cara

  1. Panaskn sedikit aja minyak, tumis bhn*& serai hingga naik bau, x prlu garing
  2. Masukkn perut@babat, rebung, asam jawa, daun limau purut, srbuk maggi d ikuti santan. Masak dgn api sederhana hingga mndidih - kecilkn api, biar kuah mereneh prlahan-lahan
  3. Sesuai rasa garam nya, agak2 dah ok.. tutup api & bleh d hidangkn
  4. Mudah aja...selamat mncuba ;)...

ERRR..PERUT DGN BABAT TAK SAMA YE? heee...