07 Oktober, 2011

Blueberry Slice Cheese Cake

Selamat Petang..jom layan menu minum petang kononnya.. harap2 sempatle semua yang takde kat rumah ni balik dapat rasa sama2..Hannah dok pulun kek ni, sedap la tu..eh memang sedap yuu..takleh tahan nak makan, makan le sikit, pastu ambik sikit lagi..erkk..pastu stop dulu sebab teringatkan ada ramai lagi yang diperlukan untuk berkongsi merasai keenakan kek ini..hehe


Kali ke 2 cuba buat kek ni, kali pertama haritu kek tak masak ke apa tak tahula..hampa hati masa tu, tapi hepi balik sebab walau apa kejadiannya anak-anak makan sampai habis..hehe...Kali ni Alhamdulillah berjaya dengan jayanya....*cam tak betul je ayat..Soryle, gambar blurr lak..sambil ambik gambar, sambil tepis tangan Hannah yang dok sibuk nak makan..hehe..


Jom layan resepi Onigiri@myr @ dalam erti kata mudahnya Ros@jintanmanis..hehe..dipopularkan oleh Hasue, Izahdaut, Kak NorSG dan ramai lagi yang dah buat kan..kita je takut2..pasni tak takut dah..InsyaAllah..


Terima kasih penyumbang resepi & yang mewar2kan..kita kongsikan kat sini pulak..halalkan eik..pasni leh cuba resepi olahan Hasue pulak..

SLICE CHEESE CAKE
Copy : Izahdaut

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Cara tambah blueberry paste (ikut HaSue & Izahdaut)
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

Eggless, Mebeless & Speechless..

Assalamualaikum...

Haishh!! Terbaek dari ladang..pagi2 tayang kek cokelat yang mebeles.. Jom kita bicara tentang kek ni ya..terbaik dari tangan masing2 la yer..memang terbaik bagi Ana kalau nak makan kek yang eggless kan. ehee dah kali ke berapa buat kek ni dah lupa..memang target nak buat kek resepi ni bila beli yogurt haritu.



Kek yang dibikin petang semalam, senjakala tu dah sejuk terus potong masuk mulut ahli rumah tak bertangga nih..tak sampai setengah jam kot pinggan dah boleh cuci bersih..eh..lupa lak, kek ni kejadiannya kecik je, jadi kami ni ramai, patutla sekali hadap kan. Haa tu sebab kejap je dah habis, My Laling kata sedap kek ni, tak pahit blaa...blaa..sambil ngap habis gak 1 potong setengah(setengah lagi anak2 dok nganga sebelah dia)..jenis yang tak suka makan2 kek kuih bagai, jadi bila dikata sedap memang sedap la kan.. Budak2 takyah cakaple, bersepah & sememeh dengan ganache tu. Ada belen lagi yogurt kot2 rajin leh buat lagikan..
..kalau...jangan percaya sangat kalau tu..hehe

Eh lupa lak, berbicara tentang yogurt nih, pagi semalam ada buat Muffin Yogurt terbaik IzahDaut tu, 2 adunan sekali bancuh, tak sempat nak ambik gambar, licin jugak disapu dek anak-anak ni. Okla kan sebab dah lama jugak tak buat muffin. Ada juga projek menghabiskan yogurt sebaldi tuh..


Takmo cakap pasal mapin takde bukti tu kan, kita tengok jela kek yogurt yang mebeless & eggless nih..memang speechless le bila makan (bagi tekak kitala)..hehe. Terima kasih buat tuan punya resepi, kita kongsikan lagi kat sini yer..sesape yang blm cuba tu harusla mencubanya, sedap sangat nih..

EGGLESS YOGURT CHOC.CAKE

Bahan-bahan
  • 60ml air panas
  • 50g susu tepung *guna susu tepung Dugro anak
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee *tak letak
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 40g serbuk koko 
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
 Cara-cara
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min *Ana bakar je

Topping : Guna resepi topping Fendi@myresipi tapi Ana buat separuh je, sedang elok untuk sebiji kek ni.
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sdb minyak masak

**Panaskan semua bahan api perlahan hingga pekat, selalu kacau yer.. tuangkan atas kek.

06 Oktober, 2011

ROTI YOGURT LAGI

Assalamualaikum

Sarapan dengan roti lagi..Roti sendiri bikin, eh..BM yang uli kita siapkan ler..mudah kerja, Akhirnya berjaya jugak bakar roti ala-ala benggali dalam loaf pan yang 3 lubang tu, sebelum ni tak berjaya buat, kali ni Alhamdulillah, 1 adunan roti tu penuh membumbung loyang dia. Kira sedang elok la kan, cuma tak boleh nak tutup bagi rata bentuk roti, nanti roti tak boleh nak kembang, maklum, bekas tu saiz kecik je. Nak tengok jenis loyang roti tu boleh tengok SINI(klik).harap tak boring tengok asyik keluar roti jek..hehe



Resepi yang sama macam yang sebelum ni, cuma lepas siap uli angkat doh & canai memanjang, pastu lipat 2, kemudian lipat 3, masukkan dalam loyang yang dioles dengan mentega. Birkan naik 2 kali ganda saiz asal & bakar. Dah siap senang je nak keluarkan, sisip tepi roti & tolak sikit dari lubang yang ada kat bawah loyang tu, terbalikkan..cara lipat roti tu boleh tengok SINI(klik), bukan untuk apa pun, nak bagi roti ni terbentuk elok, tak senget2..Jom layan..cicah air panas sedap..nak buat roti bakar pun elok..



Sekian, Selamat Mencuba..

05 Oktober, 2011

DATES YOGURT CAKE

Assalamualaikum, Selamat petang yer..udah petang rupanya..kita yang tak sedar ke atau lemau nak on pc kerana melayan hati nan lara, terkenangkan roti yang dibuat malam tadi masuk tong..uhhuu.. aahh nantile citer kendian k..sesak nafas  bila terkenang..

Sape belum buat menu minum petang bleh try resepi mudah ni, godek2 kejap je & bakar, pastu siap..boleh makan. Tak sempat hari ni?? Esok jela ek..Berasaskan yogurt lagi la kan..korang paham kan....pasni ada lagi menu yang ada yogurt, jangan risau yer..heee

Owhhh..ini bukanlah kek untuk petang ni, tapi petang semalam punya, memang moist kek ni, kalau ada lebihan kurma yang dok berkepuk kat dapo yang tak sempat habis puasa baru ni boleh cuba ya..cuma kurma tu jangan la malas sangat nak cincang lebih halus macam yang Ana buat ni, ingatkan dah ok, bila potong kurma tu macam bersepah lak..tapi tak rugi sebab kek ni sedap, berkhasiat lagi, tanpa telur pasti jimat. Haa..macam iklan lak, hai rugilah tokey telur ni kan..Jom layan..tq Kak Deetha (betol ke nama beliau ni?) untuk  resepi mebeles & eggless ni..hehe

DATES YOGURT CAKE
Yield  :   One loaf
Sumber : Treat & Trick
Dates Yogurt Cake by AnnaQawina


Bahan2 :
  • 1 and 1/2 C  all purpose flour/ 1 1/2 cwn tpg gandum
  • 100g butter / 100 g mentega
  • 1/3 C brown sugar / 1/3 cwn gula perang
  • 1 C  chopped dates / 1 cwn kurma cincang
  • 1 C  yogurt / 1 cwn yogurt
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda

METHOD/ CARA-CARA : Tulisan bewarna itu cara kita buat.

Sift flour , baking powder and baking soda into a mixing bowl.

Ayak tepung, baking soda & baking powder ke dalam mangkuk adunan. 

Melt butter, sugar and dates over a low heat. Preheat oven @ 180C.

Satukan butter, kurma cincang & gula perang dalam periuk & panaskan ats api perlahan, biar gula & butter tu mencair, tutup api

Pour dates mixture into dry ingredients, add yogurt. Stir until just combined.

Masukkan adunan kurma ke dalam mangkuk adunan yg mengandungi tepung tadi. 
Tambahkan yogurt. Kacau biar bergaul sebati je, adunan akan menjadi pekat, macam nak buat cekodok gitu. 

Pour into greased cake pan and bake for 30-40  minutes or until a skewer inserted comes out clean.

Tuang adunan kek ke dalam loyang bergris & bakar sehingga masak , dengan suhu 170'C.
 
Cool in pan for 10 minutes, transfer onto rack to cool.
Dah masak, biarkan kek didalam loyang selama 10 minit, kemudian keluarkan.
Sedia dihidang...bersama teh O panas..heee. SELAMAT MENCUBA..

04 Oktober, 2011

ROTI YOGURT

Assalamualaikum w.b.t

Semalam seteleh sekian lama tak buat roti,, tergerak hati nak mencuba resepi yang dah lama simpan ni..Tepung roti dah hampir 2 bulan lebih dah beli, kebetulan ada yogurt besar gedabak dalam peti ais..harus dihabiskan seberapa segera..jadi usah heran ye kalo berderet resepi yang ada yogurt keluar  nanti..tamak ke apa beli yogurt 1 baldi nih? Macam kemaruk yogurt pun ye..maklumle dah lama tak heret barang2 masakan balik rumah..sekali keluar beli..haa..paham-paham yer..apa nak buat kan..bak kata seseorang (biarlah dirahsiakan nama orang tu) benda tu yang bergayut kat kaki nak ikut balik, sian tengok..haha..ada jek..


Jadi pagi ni kita tengok jela roti edisi Bread Maker dari A sampai Z..uuuiiii tak sempat lak rasanya nak gentel2 doh tu buat bentul comel-comel, jadinya biarkan jek dalam BM untuk uli & bakar terus. Biasala anak kecik jadi sandaran untuk alasan 'ketidaksempatan' ituw..kononlaaa..Resepi asal takdela kecoklatan gini, Ana guna susu tepung coklat anak dibancuh air suam bagi menggantikan susu segar tu, pastu tambah kismis & choc.chips..(sikit je kismis yg ada, lain kali nk letak banyak2 lebih sedap gigit roti tu)


Ana pilih 'COLOUR LIGHT' dan roti tu sedang2 elokla, takle berkerak sangat. Dari pemerhatian la kan, dulang BM kita ni kena letak 2 adunan baru cantik terbentuk macam roti sandwich tuh, 1 adunan roti ni macam ada yang terkehel lak belakangnya, sebab doh tak penuh dalam dulang. Ke kita yang tak teror membakar dalam tu tak tahu le..hehe..Apa-apapun senang la tak payah susah2 bawak keluar & perap kan..tengok2 dah siap, walaupun lamanya kemain..sampai bertongkat bijik mata..

RESEPI ROTI YOGURT
Sumber & salinan: Yani@myresipi, Izahdaut & MasDuniaku

Bahan :
  • 250g tepung roti
  • 100g plain yogurt
  • 60g susu segar *Ana guna susu tepung coklat bancuh air suam
  • 25g telur * 1/2 biji telur
  • 20g gula * saya letak 30gram
  • 3g garam *Ana letak 1/2 sdt
  • 30g marjerin
  • 2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)
     

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
  2. Ana masukkan semuanya dalam BM & pilih menu SWEET serta Colour Light. Tekan Start.
  3. Selepas 20 minit pertama, BM akan berbunyi, bolehlah tambah kismis & choc.chips & teruskan proses hingga siap. 
  4. Dah masak, segera keluarkan dari dulang roti ke atas pinggan/wire rack, sejukkan. *agak susah nak keluarkan, jadi sambil telangkupkan roti tu, pusing2 sikit bahagian bawah dulang roti tu.Sejukkan & bolehlah makan..
  5. Nak tegok versi comel2 boleh ke blog Izah & Mas..

Jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.
rujuk sini: Pure Enjoyment

03 Oktober, 2011

Kek Karamel Lagiiii..haish!!

Lagiiiiiii....dan lagiii..tayang benda yang sama jek, agaknya ada yang buhsan kot, alaaa takde menda lain dah nak tayang harini kan..gasak la..sedap & puas hati dengan karamel yang tebal..menggunakan loyang bersaiz 25cm, sedang elok untuk makan ramai-ramai kan..Jumaat lepas Ana buat sebab nak makan sendiri la..tapi sebab besar keknya, nak jugak agihkan kat kawan-kawan terdekat kan, kira terpromosi jugakla ni..hehe..jangan takut akan kemanisannya kerana kek ini sedang2 elok manisnya. Kak Anymz pun dah mencubanya, puas hati tak kak? Harap puas hati dengan resepi ni yer..Jom makan..


Sebenarnya letak warna purple tapi dah siap nampak biru lak..merah pun tak terang sangat sebab dah kehabisan warna merah, yang ni pun tuang pewarna tu hingga ketitisan terakhir dah..hehe..Ana guna pewarna jenis base oil, warnanya lebih cantik & terang walau letak sikit serta tak mencairkan tekstur kek, sesuai juga untuk digunakan pada coklat buatan tangan yer..


Meh nak tolong suapkan..sikit sorang dahle..telur mahai tau!! :D


Sape berminat nak tempah neh? Sila angkat tangan...:P


 Sekian..(^_^)
Pst :bizi nak belek2 toys baru beli semalam..ngeeee..

RESEPI KEK KARAMEL ADA DISINI (sila klik)

*Update *
 Letak jugakla resepi ni..hehe
Sumber : Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
 (B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara :

  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 
A
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 
B
  •  Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
D
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
C + D + pewarna

  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Adunan kek sebelum dibakar
  • Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) 

Double boiling

  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.

SELAMAT MENCUBA

01 Oktober, 2011

Super Moist Eggless Choc. Cake

Assalamualaikum..

Sunyi je alam maya hari ni kan..mana perginya ramai-ramai bloggerwati & bloggerwan yang selalu rajin update blog kesayangan masing-masing ni yer..sopping ke? Jalan-jalan makan angin pon ada nih..kita dok rumah jek, belai2 apa yang ada sambil tarah kain baju dalam bakul....hehe..

Kek coklat yang buat petang semalam..2 adunan sekali bancuh, maklum kan ramai kat dalam rumah ni..dah siap tu panas-panas lagi dah potong, sememeh ler rupa kejadiannya..topping pun tak buat, hehe..sesekali buat kek coklat memang laku, bila dah selalu sangat budak-budak jadi kurang nak makan sangat la kan,,rasanya dah terlalu ramai yang mencuba kek resepi Kak Dayang yang cantik ni kan, jadi Ana tak letak list la sape yang dah buat, tak tertaip..Ana sendiri dah kali ke berapa yer..lupa..hehe..sebelum ni dah pernah letak kat SINI(klik) sekali dengan toppingnya. 


Oh ya..maaf jika saya tak dapat buat kunjungan balas ke blog anda..jika semalam terbaca n3 Hasuriah tu katanya lappy beliau selalu pitam hatta pengsan pon ada..begitu jualah adanya keadaan pc usang kita nih..kadang2 tuh bukan takat pitam, kena strok pun pernah..tenat sungguh kan..jadi dalam keadaan begitu hanya 1 tab boleh dibuka dengan cemerlang dalam 1 masa, jika bukak 2 tab, dia mula pening2 loya gitu, jika buka lagi 1 jadinya pc ini akan diserang strok & boleh pengsan lah kiranya..tapi ketahuilah betapa gigihnya saya merawat perlahan2 pc ini untuk melawat mana-mana blog yang sempat & dapat dicapai..sekian..kisah pc kami....


bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...