Jumaat, 30 September 2011

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum w.b.t
Ish..lemau sangat ni nak update blog tapi sayang pulak rasanya kan nampak terbiar jek..hehe..kesibukan yang teramat sekarang ni, maklumle anak dah 5, kerja makin bertambah pulak rasanya, tapi tak siap2 jugak..hehe..pagi ni sambil2 mesin basuh kain baju, update sikitla..jap lagi nak masak lak..
Kuih untuk minum petang semalam kononnya, tapi kuih ni kan kalau nak elok buat malam makan pagi gitu..kita bakar jam 4.30 petang, jam 6.30 kemudian terus potong..haip..tak saboo..bukan..bukan..sebab nak hidang kat Cik Abe yang balik kerja kan..kan..hehe..Sempatle makan sikit, selebihnya buat sarapan pagi nih..terrajin skit pagi nih buat nasi goreng..eh..nasi goreng pun nak bagitau?? Suka ati la ..hakhak..meh tengok kuih yang takde belen dah ni pastu g godek sana yer...


Rupa paras kuih bakar / bengkang ni dah takde cun dah..tah apa jadi masa bakar semalam, lepas masuk oven kita masuk bilik..cam biasala kan..tengok2 macam hangus gitu atasnya tapi takle hangit, cuma kaler tuh je,...apa ada pada rupa? kaver..kaver..Eh..ada dengar juga Mek Ijah tuh buat kuih ni jugak semalam..kan Izah? Sedap kan? hehe..g tanya Izah tu..Kiranya ni edisi nak habiskan bahan2 yang dah nak rosak dalam peti, susu cair tu Ana boh susu segar, air tu pulak guna susu cair + air & letak perasa pandan & pewarna hijau. Alhamdulillah bolehla jamu tekak kan..Tengok kat laporan masakan tu rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Mass, Hasue dan ramai lagi ler yang dah buat kan..semua yang tersebut kat sini kiranya yang ternampak jela ek..boleh terjah blog mereka untuk tengok menu2 yang gojes2 belaka..

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula*Ana guna gula castor
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka 
 Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan*Blender basah masih blm berganti, jadi Ana guna mixer je..*
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.*Adunan ni macam cair sikit, teruskan je..
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Pst : Doakan Kak Anymz sihat sejahtera & boleh kembali main masak-masak bersama kita & bergembira bersama keluarganya..InsyaAllah..

Isnin, 26 September 2011

KEK KARAMEL III

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua, harapan Ana semoga hari ini & hari2 seterusnya diri kita akan dilimpahi Rahmat & Ni'mat kurniaan-Nya yang tiada terbatas. Bersyukurlah sentiasa..InsyaAllah tenang hidup kita. Dah puas berhari raya ya..sana sini dijemput makan-makan & beramah mesra..tak terkecuali kami disini, walau tak dapat memenuhi semua undangan rakan-rakan, tapi syukur Alhamdulillah dapat juga bertemu & menziarahi teman-teman baru & kaum keluarga terdekat. Yang jauh-jauh tak dapatle jejak kaki, maklumla, keadaan masih terbatas lagi dengan anak kecil ni kan. InsyaAllah lain kali jika diizinkan-Nya kami akan sampai jika berpeluang. Seronok tak terhingga dapat jumpa ni, terima kasih tuan rumah..hidangan pun sedap-sedap tau..

Terlebih dahulu kami ni nak berterima kasih yang tak terhingga buat teman-teman baru alam maya yang sudi berkunjung ke rumah kami & yang sudi menerima kunjungan kami sekeluarga. Terutamanya Kak Nadz COSK, Kak Anymz & suami (bersama masak lomaknya yang mebeles), Izahdaut sekeluarga, Kak Sheila sekeluarga & Kak Naz Baulu, maaf ye kak Naz sebab tak sempat nak hadirkan diri ke rumah terbuka akak. Terima kasih juga buat MasDuniaku yang sempat bertemu mata & berlaga pipi lagi di rumah Izahdaut tu bersama cheese tart yang dibuatnya sangatla sedap. Puji ikhlas ni, sebab anak-anak & mak anak ni suka sangat makan..

Ketika berkunjung ke rumah izahdaut, yang kami bawa cuma perut kosong & sebiji kek keremel istimewa buat santapan sempena pertemuan kami..cececeee..bagusnya ayat..hahaa..memang buat special tuk pertemuan kami tu, kata yang makan-makan sedap..ye ke? Siyes?? hehe..Alhamdulillah sedap bagi kami anak-beranak jugak..Kek keremel yang biasa2 orang dok buat tu, cuma kali ni versi keremel tebal & lebih puas hati bila makan..ada pertambahan bahan-bahan yang ringkas aje, jadi bagi yang nak mencuba, sila tarik nafas panjang2 & selawat dulu, cubalah buat, senang & sedap tau..cuma kena betul cara bikinnya InsyaAllah boleh..


Kek versi II ni dah pernah dicuba oleh Kak Nadz COSK, kemudian kak NazBaulu pulak mencuba (walau tak berhasil dgn jayanya) Harapnya tak serik mencuba ye Kak Naz, InsyaAllah berhasil nanti. Kali ni Ana kongsikan resepinya disini untuk rujukan diri sendiri & teman-teman yang ingin mencuba. Kalau nak tengok versi asal resepinya boleh belek2 kat SINI yer..Kat sini resepi baru, terima kasih tuan punya rsp asal iaitu Puan Munira Baharom(FB) & di ubahsuai oleh Puan Shasa Rahmat, terima kasih juga buat Kak Sha Hafizi untuk tunjuk ajar & resepi yang dipanjangkan ni..Jom tengok..jgn lupa cuba buat yer..

Tebal kan keremelnya, walau guna loyang bulat 25cm
Ini pulak yang Ana buat untuk makan2 kat rumah je, sempat jugakla bawa sikit untuk buah tangan ke rumah Kak Sheila & rumah kawan suami. Terlebih rajin buat alunan kasih lak, untuk buat alunan kasih tu boleh tengok SINI yer.


KEK KEREMEL II
Sumber asal : Puan Munira Baharom
Sumber baru : Puan Shasha rahmat & Puan Sha Hafizi (kalau ada yang lain sbg rujukan maaf yer, blh bgtau saya..), Kak Nadz COSK


Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
    Antara bahan2 kek keremel beralun kasih & cara bakar 'double boiling'
     **Serbuk koko jika nak buat kek keremel beralun kasih(Ana guna sebuk minuman coklat)

     Cara-cara :
    • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
    • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
    • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
    • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
    • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    • Sedap dimakan sejuk.
    Terhasil 2 biji kek dalam 1 hari..^_^

    ** Suhu membakar bergantung kepada oven masing-masing, jika oven saya jenama ELBA, suhunya agak panas, jadi saya lebih suka guna suhu rendah tapi makan masa yang agak lama. Selamat mencuba ya..
    **Kalau ada yang nak bertanya (Ceeh..macam pandai sangat kan..tapi kalau sudi tanya saya sudi jawab InsyaAllah) bolehla komen & tanya, akan saya jawab sedaya upaya saya.

    Rabu, 21 September 2011

    Donut 'ZZ' & Penyerahan Tugas..

    Assalamualaikum..morning..selamat pagi..haaa..macam gempak je tajuk penyerahan tugas tuh..ada bunyi macam Panglima Angkatan Tentera nak bersara jek..huhu..macam biasala, harini dah genap 42 hari berpantang, sedikit masa lagi dah nak habis pantang kan, segala tugasan rumahtangga selama berpantang ni diambil alih oleh Cik Abe akan kembali kepada yang empunya diri..jadi sekarang dah mula beralih sedikit demi sedikit, konon nak biasakan badan dengan suasana baru la kan..rasa lemau pun ada gak nih, maklumle hampir 2 bulan tak bangun pagi masak bekal & sarapan, tak masak lunch & dinner, tak cuci kain baju segala & segala-galanyalah yang berkaitan dengan rumah ni (kecuali buang sampah & beli lauk pauk). Teringin la nak sambung tempoh berpantang jadi 3 bulan..boleh ke bang? sekadar tanya dalam hati..ngeheehehee...titik.

    Pagi ni sarapan dengan donut jek..ZZ tu bukanlah Ziana Zain yang keningnya terangkat tu yer, tak tahu la kot2 dia ada resepi sendiri ke..hehe..lamanya tak buat & makan donut kan, kelmarin buat donut & simpan dalam peti ais, semalam bagi anak-anak bekal ke sekolah agama, suka sangatla diaorang tu, lama dah tak makan donut banyak2..Macam-macam resepi donut kan, ni kali ke 2 Ana cuba resepi ni, kali pertama dulu tak sempat ambik gambar, sebab dah siap tu terus jamu tetamu. Resepi dari Kak ZalinZalina (ZZ) yang semakin sibuk dengan Cafe yang baru beroperasi tu, tambah pulak beliau sentiasa sibuk dengan tempahan kuih muihnya..semoga kerjaya Kak Zalin ni suksess sentiasa, InsyaAllah..


    Meh layan resepi ni, kalau ada yang nak mencuba..halalkan resepinya berlegar di sini ye Kak Zalin..oh ya..nak minum teh tu buat sendiri yer, jangan lupa rebus dulu serbuk teh untuk dapatkan rasa teh yang sedap..ala-ala kedai mamak tau..

    DONUT 'ZZ'

    Bahan-bahan :
    • 500gm tepung gandum (tepung murah pun takpe..suka pakai tepung cap cempaka..)
    • 50gm gula pasir
    • 50gm margerin (suka pakai margerin pelangi..murah je..)
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 sudu kecik yis kering (suka pakai mauripan..)
    • 1 sudu kecik garam halus
    • 1 sudu kecik baking powder
    • 2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur lebih 1tahun pun boleh guna...susu Anlene takleh ye..)
    • 250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

    Cara-caranya:-


    1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)

    2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
    3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
    4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
    5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..
    6.Adunan dah kembang baru la boleh dibulat-bulat bentuk donut & digoreng dgn api perlahan.

    ##Ana masukkan semua bahan dalam Bread Maker & on, tunggu sampai doh siap..

    Tips ZZ : 
    * Tabur sikit tepung kat dulang...kalau tak nanti melekat pulak donat tu dan susah nak angkat masa nak goreng nanti..
    * Kalau adunan tu terlalu melekit (mungkin terlebih air atau telur besar sikit), renjis2 tepung sikit...kat tangan pun letak tepung...macam dalam gambar kat tutorial..donat tu ada tepung sikit2...banyak2 nanti keras pulak...
    * Kalau dah goreng donat pastu rasa2 nak simpan lama, susun donat dalam bekas, lepastu bungkus pakai plastik wrap...jangan bagi masuk angin langsung...insyaAllah tahan lama lembutnya tu...


    SELAMAT MENCUBA..

    Selasa, 20 September 2011

    Super Moist Steamed Choc.Cake

    Assalamualaikum w.b.t

    Pagi-pagi ni ada tayangan amal sikit, sebelum menyibukkan diri dengan anak-anak..mana-mana blog kawan2 yg sempat jenguk tu dapatle bertegur komen segala, mana yg tak sempat tu kena hold dulu, maklumle anak dah bertambah, kesibukan pun bertambah, kain baju makinle bertambah tinggi yer..jalan pun dah makin laju, tak boleh nak slow-slow takut tak terkejar..

    Berkaitan dengan kek ni, dah 2 kali Ana buat, saja cuba-cuba resepi baru, resepi ringkas dari kak Fida@Myr tu, sedap kek ni, bila masak & potong tekstur keknya cantik..takle lembab & melekit gitu kan walau dikata 'super moist'. Cuma ada bahan2 yang kena kurangkan seperti serbuk koko, agar tak pahit sangat (bergantung kpd jenis serbuk koko kita guna kan) & hasilnya sungguh memberansangkan, anak-anak yang dah lama tak makan kek coklat ni apalagi..Masa mula2 buat Ana tak letak topping, suam2 lagi dah potong & makan, sedap je..kalau ikutkan Ana kurang gemar kek yang kukus sebab bau soda tu la..resepi ni ok lak, takde bau-bauan yang kurangkan selera nak ngap lebih banyak..hehe..


    Kali ke 2 buat langsung tak rasa sebab bawa ke rumah sepupu yang adakan jamuan raya sebagai buah tangan..InsyaAllah ada kesempatan boleh buat lagi kan..Ana kongsikan kat sini bagi yang nak mencuba..terima kasih Kak Fida untuk resepinya..

    Yang dipotong ni nampak hitam pekat je..yela dah kek coklat kan, takkan jadi kaler pink lak..huhu..*kaver..kaver..*. Tulisan bewarna tu yang Ana buat yer..nak ikut resepi direct pon leh gak cuba..

    SUPER MOIST STEAMED CHOC.CAKE
    Sumber Resepi : Kak Fida@myr

    Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

    Bahan A :-

    • 300 g susu sejat/cair (dalam tin) = ( 1 1/4 cwn )
    • 275 g mentega/majerin (1 cwn + 1/8 cwn)
    • 270 g gula halus ( 1 1/4 cwn )*250grm je
    Bahan B :-
    • 3 biji telur - pukul ringan dengan garfu
    • 1 sk esen vanilla
    Bahan C :-
    • 185 g tepung gandum ( 1 2/3 cwn )
    • 100 g serbuk koko ( guna 80g pon ok) = ( 3/4 cwn + 1/8 cwn )*50grm je
    • 3/4 sk bicarbonate soda
    • 3/4 sk baking powder
    TOPPING CHOC. PILIHAN :-*tak buat
    • http ://www.myresipi.com/top/detail/5082

     

    TOPPING ANA BUAT : sumber asal dari myr tapi dah lupa sape punya..mintak halal yer..mmg selalu guna rsp ni untuk topping kek coklat.

    • 150 grm coklat masakan

    • 1 sdb susu pekat manis

    • 3 sdb air panas

    • 1 sdb butter/marjerin

    **masak secara double boiler *boleh rujuk SINI*semua bahan hingga sebati & agak pekat, tuang ke atas kek & hias.

     

    CARA-CARA :

    1. Ayak bahan2 C ke dalam sebuah mangkuk.
    2. Masak bahan2 A hingga larut dan biarkan suam dan masukkan bahan2 B dan kacau rata.*Ana masak bahan A dulu kemudian ketepikan, baru ayak bahan C & campurkan bahan A (suam )+ B
    3. Tuang campuran susu ke dalam campuran tepung sambil digaul hingga sebati.
    4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan sapu minyak. *Ana tapis adunan kek tersebut ke dalam loyang yang bergris sahaja (tak alas kertas pun). Tutup loyang dengan alum. foil dan kukus selama 45 min dengan api sederhana.
    5. Sejukkan kek dan hias dengan topping pilihan.

    SELAMAT MENCUBA..

    Isnin, 19 September 2011

    Terima Kasih Kak Anymz..^_^

    Assalamualaikum
    Harini dah petang baru dapat jenguk blog setelah berhempas pulas menggodek pc yang sejak akhir2 ini agak sengal sikit..hehe..pekabo semua? Masih ngadap kuih raya lagi kan? sudah-sudahla tu...kolestrol tinggi semua tu, bahaya..*takde dengki pon nih..* jangan salah paham..sekadar nasihat menasihati kan bagus..hehe..

    Ahad lepas kami terima kunjungan kakak blogger ANYMZ-MYKITCHEN yang ramah ramah bersama suaminya, mesra sungguh bagai dah berjiran berpuluh2 tahun gayanya dengan kita ni..hehe. Terima kasih kak Anim & suami sanggup panjat tangga untuk sampai ke muka pintu rumah kami ni. Datangnya bersama buah tangan yang agak segan nak kita menyambutnya. Datang beraya dari jauh tapi tuan rumah cuma hidangkan mee goreng hasil kelentang kelentung cik Abe kita jek..tak patoott..tak patoott..lain kali datang lagi yer kak, tu pun kalo larat nak panjat tangga..hihi..dok menyembang tak lain tak bukan dah tentu hal masakan & makanan jua adanya..maklumle blog masak2 kan..*teringat teguran suami Kak Anim.."cerita pasal masak je.."..* hehe..apa nak buat.

    Sekadar kenangan nak tempek je apa yang Kak Anim bawak..hihi..bukan untuk baby Syifa' je tau..untuk mak baby pon ada gak nih..terharu sungguh & rasa terkilan jugak bila tetamu nak balik tuan rumah ni sekadar bekalkan Kak Anim dengan 2 botol budu jek..errkk..ish..ish..

    baby Syifa' punya..tq Aunty Anymz..
    Kita punya..hehe
    Apa2pun terima kasih tak terhingga buat Kak Anim & suami yang bertandang..segala kekurangan layanan dari kami harap dimaafkan..semoga silaturrahim antara kita kekal sampai bila-bila yer..InsyaAllah..

    Khamis, 15 September 2011

    Soto Ayam & Bergedil Ayam Juga..

    Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua..masih dalam mood berhari raya kan? Esok sampai Ahad pasti banyak jemputan berhari raya..eh..kalau tak jemput kita tak datangla gitu?...ish..ish..silap besar tu kan, patutnya tak payah dijemput pon dipersilakan datang berhari raya sambil menziarahi teman2 & saudara..cuma dalam situasi sekarang ni kena buat jemputan baru sesuai kot..yelah, masing2 bekerja, kalau tetiba je ada yang kata nak datang sah2 kunyah biskut raya (jika masih ada..) digandingkan dengan teh 'O @ sirap..nak hidang RIBENA pon tak sempat..takde kelaazz ko jaahh..haha..

    Eh...kita bukan nak buat lawak ni haa..kisah benar & sahih..beberapa hari lepas ada kawan suami Ana berkunjung ke rumah berhari raya sambil tengok baby Syifa'..dalam bersembang dgn suami, kawan tu cerita tentang saudaranya semasa beraya di kampung, mereka terserempak lalu bertanyalah si A tu kepada Si B.."kenapa tak datang beraya kat rumah? (rumah ibubapanya)"..maka jawablah si B dengan selamba.."tak dijemput.." ternganga la jugak si A tersebut..saudara mara sekampung pun nak kena jemput baru datang beraya? Kalau kat bandar & dah mula bekerja tu lainla kan..kena set hari & masa baru dapat berjumpa beraya..oowwhh..dunia..dunia..macamana agaknya suasana hari raya 20/30 tahun akan datang..alaaa...lambat sangat 20 tahun tu..kita kira 5 tahun akn datang pun rasanya akan ada beza dah kan..harap2 tidak begitu..moga tradisi lama akan terus segar dalam kehidupan kita & anak cucu kita nanti..InsyaAllah..

    Bicara soal SOTO pulak yer..menu semalam ni, harini ada lagi..kuahnya buat lebih takpe..boleh ulang2 makan..hehe..dah lama teringin nak buat, tambahan pulak adik yang tinggal kat sini juga nak makan soto katanya, maka "menyoto"lah kitaorang, Ana banyak dibantu adik lah..dari kerja menumbuk, memotong, mencuci & sebagainya, dia yang buat, kita cuma campak2, kacau2 & bagi arahan..hehe..Resepi ambil kat blog Mas yang langsing bak Fauziah Latif tu..eh..mandai2 je aku ni Mas kan..hehe..siap bergedil lagi..memang lengkap le..resepi asal Kak yatie punya..terima kasih buat semua yang terbabit..Ana simpan kat sini lak untuk rujukan..



    Resepi Soto Ayam
    Sumber : Kak Yatie
    Copy : Mas@Duniaku

    Bahan :
    • Nasi Impit secukupnya
    • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) Mas tak potong, terus rebus sekali ngan kuah soto
    • 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
    • 1 ketul sup bunjut adabi
    • 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
    • 1 ketul kiub pati ayam
    • 6 cawan air atau secukupnya
    Bahan Tumis
    • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
    • 2 biji bwng merah- di hiris
    • 2 ulas bwng putih- di hiris
    • 2 btng serai- di titik
    • 2 cm lengkuas- dititik
    Bahan Kisar
    • 1 biji bawang besar*
    • 5 ulas bawang merah *
    • 3 ulas bawang putih *
    • 1 inci halia *
    Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.

    • 1 mangkuk kecil tauge
    • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
    • 1 paket kecil su'un- di goreng
    • sambal kicap secukupnya
    • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
    • Sedikit bawang goreng
    • Bergedil - Mas tambah
    • Garam dan sedikit gula
    Cara memasak :
    1. Kisar halus bahan yang bertanda *
    2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. (Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng.)..ikut cara Mas
    3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
    4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ( Mas masukkan 1/2 ekor ayam tanpa dipotong sebab nanti nak angkat, toskan dan goreng ayam tu)... gaul rata.
    5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
    6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
    7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
    8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


    BERGEDIL


    Resepi Bergedil

    Bahan ( 30 biji bergedil ) : 


    • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
    • 300 gram daging cincang *Ana guna ayam cincang jenama Ramly
    • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
    • 3/4 cawan bawang goreng
    • secekak daun sup -  dicincang
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 sudu teh serbuk lada putih
    • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
    • garam secukup rasa



    Cara membuatnya :

    1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas2.
    2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging/ayam cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
    3. Campurkan daging/ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
    4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
    5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...
    Cara Penyediaan Soto & Bergedil

    1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
    2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

    Rabu, 14 September 2011

    Terima Kasih Daun Keladi

    Assalamualaikum w.b.t

    Lamanya tak update blog rasanya kan..harini cuba ambil semangat nak menaip, adala suam2 kuku tu..hehe..
    Apa khabar semua yang ada kat muka bumi nan indah & permai ni? Harap sihat2 sejahtera & sentiasa dalam lindungan Ilahi hendaknya.

    Terima kasih buat yang masih sudi berkunjung ke blog cikai nih, terima kasih juga buat teman2 yg wish Raya & tak sempat nak balas..Selamat Hari Raya ye..ada raya lagi ni..open house sana sini, periuk kuali kat dapur pun berkilat & elok je tersusun kan..rumah korang le..rumah kita ni hari2 hubby ketuk periuk belanga..(habislah pecah periuk ko kena ketuk..)..hehee..ish..tak baik ngata hubby i tau..sopan santun je dia masak, tau-tau dah hitam dasar kuali....err..agak-agak kalo si dia yang berkenan ni baca apa dia buat yer? Mogok masuk dapo tak? ..ampooon bang..jangan stop masak, abang masak sedap...*gini gaya rasa macam nak berpantang setahun jek*..hehe

    Ok..melalut sudah..maklum dah lama tak bersiaran kan..hehe..harini saja2 Ana nak letak n3 meraban..sebab dah tak tahu nak post n3 ttg apa.....agaknya ramai juga yang tak tahu kami dah punya anak 5..ramai jugak yang tahu..apa-apalah..seronok & meriah..penawar kata orang..kadang tu yang berlima tu ler 'pemening'nya..rezeki yang Allah bagi datangnya bersama Amanah & tanggungjawab agar kami laksanakan dengan sebaik-baiknya..InsyaAllah. Harapan & doa kami sebagai ibu bapa agar anak-anak menjadi mujahid & mujahidah yang soleh & solehah..Harapan yang kami gantungharapkan pada Ya Rabb..InsyaAllah..


    Iniler gambar yang tak seberapa tu..edit sakan sebab tak cun gambarnya..hehe..tahun ni beraya kat kampung mertua..meriah sakan..cuma gambar takde lak nak tayang..

    Baru-baru ni bertuah rasanya bila dapat kunjungan dari teman-teman bloggers..tak pernah bersua, tapi bila jumpa terasa akrab, harap tak serik datang lagi..Gambar? errrkk..takde gambar le kot..hehe..cuma sebahagian gambar hadiah yang dibawa, tu pun anak-anak berebut nak buka. Terima kasih buat KAK NADZ (COSK), IZAH (IML), KAKNAZ (BI D'BAYU), kawan2 suami, sepupu serta adik2 & kakak yang datang berkunjung sambil berhari raya..bersama hadiah yang macam2..juga duit raya..hehe


    Buah tangan dari Kak Naz, tat nenas yang sangat sedap,(siyes nih..sedap sangat) kalau nak tempah boleh hubungi beliau yer..promote nih Kak Naz, kot2 tahun depan dapat free lagi..haha..bersama 2 helai kain tudung untuk anak dara berdua tu..suka sangat..


    Terima Kasih Daun Keladi, 
    Sudikanlah Datang Lagi,
    Kepada teman-teman Yang Dekat Di Hati,
    Bertemu Lagi Di Lain Hari..