07 Jun, 2011

CUCUR UDANG GERAGAU & IKAN BILIS

Jom layan menu minum petang merangkap kudapan anak-anak yang sentiasa kelaparan ni..hehe..time cuti sekolah ni habis segala biskut kering & kerepek yang dibeli licin..dah takde g mana-mana seharian kan..selang seli dengan aktiviti & sesi latihan pelajaran diaorang, buat cucur ni sedap jugak..tapi Ana dah ubah sikitla..campur separuh ikan bilis & cincang bagi sedikit halus udang geragau & ikan bilis tu, supaya budak-budak tak kutip buang..unsur2 sayuran juga tak dimasukkan, nanti bersepah meja makan dengan benda2 yang diaorang tak suka.adunan tu pula Ana perap sekejap, sambil2 buat kerja lain, baru digoreng, cantik kejadiannya.. 

Pagi tadi nampak Kak Nor yang buat, sebelum tu dah tengok Kak Nur@my Little Kitchen yang tayang..mau tak tergudaa...Kepada sesiapa yang belum cuba, cubalah..tak menyesal punyaa..hehe..sedap tau..


CUCUR UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 70 g udang geragau segar + 50 g ikan bilis*Cincang halus
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 biji kentang, didadu kecil2
  • 1 biji cili hijau hiris halus *tak letak
  • 1 biji cili merah, hiris halus *tak letak
  • 3 tangkai daun sup, hiris *tak letak
  • 3/4 camca teh garam
  • 1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis *ikut kak nor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
  • sedikit serbuk kunyit *Ana tambah bagi dapatkan warna kuning
  • Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
  • Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), ikan bilis, bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
  • Masukkan tepung dan baking powder (yis), kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

Ikan Patin Masak Tempoyak II

Assalamualaikum
Alhamdulillah...bertemu kembali di alam maya, hari ni badan rasa lesu je..kandungan juga dah menjangkau minggu ke 30++..asyik rasa nak rehat je..hehe..bukan malas tau, kerja rumah buat jugak mana yang terdaya, masak-masak tetap perlu buat, kalau tak anak-anak & suami nak makan kena beli, sesekali takpela, layan jugak tekak, tapi kalau selalu sangat tak selera dah, poket pun boleh rabak kan..maklumle, nasi ayam sebungkus dah RM4.50, kalau 4/5 orang makan? haa..kira sendiri..kalau betul2 kena tempat yang sedap berbaloi ler, kalau tak..huhu..rasa menyesal pun ada kan..kat rumah kita masak2 yang biasa2 je pun dah memadai, janji ada nasi, lauk, sayur & sambal..ikan masin tu wajib..hehe..


Ok, meh layan menu beberap hari lepas ni, ikan patin lagi, biasa buat guna resepi Mas, kali ni cuba resepi Kak Madiha pulak, resepinya tak letak bawang. Suami Ana cakap sedap macam biasala, sebab dia suka ikan patin kan, layan jela...


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Sumber : Kak madiha

Bahan2 :
  • 1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
  • 1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
  • 3 sudu besar penuh tempoyak
  • 1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
  • 1 kuntum bunga kantan..
  • air secukupnya
  • garam secukupnya

Cara menyediakan :

  • Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. 
  • Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata. 
  • Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya. 
  • Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya. 
  • Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa.
  • Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye.

06 Jun, 2011

PLAIN YOGURT PANCAKE

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar teman2 yang berkunjung? Harap sentiasa sihat walafiat..kepada yang tak sihat macam Kak Nor@Secubit Garam & yang lain2 tu, harap makan ubat & rehat bebanyak ye..semoga cepat sembuh..

Dah sarapan ke? Jom bersarapan dengan pancake gebu ni..Harus buat menu ni kalau ada bahan..yogurt yang dimasukkan dalam adunan tu menggebukan pancake ni, gebu betul..anak-anak makan dengan jem & ada yang nak makan dengan buttercup..menu pagi semalam sebelum tuan rumah keluar membeli barang2 dapur..tekstur kat dalamnya tak sempat nak tayang..tapi memang gebu & sedap..cubalah..


Selepas siap mengadun, perap sekejap lebih kurang 30 minit, kemudian baru dimasak..itu pesan Ros..terima kasih Ros & Izah kerana berkongsi resepi..Oppss...Ana buat 2 adunan sekaligus, dengan menggunakan sebiji telur gred A & 3 sdk baking powder..bahan2 lain tetap digandakan macam biasa..
  
Homemade Pancake Mix

Sumber : Ros@Jintanmanis

Bahan-Bahannya :

  • 100 gram tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( Izah guna marjerin..Ana guna minyak masak je) 
  • tambah 2 sudu besar plain yogurt



Caranya-
  • Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. 
  • Masukkan juga yogurt ke dalam adunan.
  • Perap adunan lebih kurang 30 minit agar adunan naik dengan cantik apabila digoreng.
  • Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. 
  • Selamat Mencuba.

04 Jun, 2011

KARIPAP 'Zalin' & INTI 'Joayee'

Assalamualaikum..

Lewatnya baru kita dapat update blog..maklum, cuti sekolah ni, anak-anak taknak mengalah dengan umminya..hehe..Umminya le kena mengalah kan, lagipun hubby cuti harini, banyak kerja pun ye..Ni nak tayang karipap yang entah bila buat, dah lupa la, teringat nak buat lagi karipap, belek punya belek rupanya masih belum masukkan dalam blog lagi..jadi harini baru dapat dikongsikan kat sini..

Sedap sangat karipap ni, sesuai gandingan kulit & intinya, Ana buat separuh adunan, kecik2 pulak tu, siap frozenkan untuk bekal anak-anak ke sekolah..suka sangat budak2 tu..yelah, dah selalu sangat buat donat kan, sesekali nak jugakle makan karipap ummi diaorang buat..

Untuk pengetahuan, yang renda cantik2 tu adik Ana yang kebetulan datang bertandang masa tengah buat karipap tu buat..dia pandai, suruh dia buat sementara kita goreng karipap untuk hidangan..hehe..Ana cuma guna acuan karipap je, belum pandai lagi nak buat renda sendiri..

KARIPAP ZALIN

Bahan-bahan kulit karipap :
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk  garam halus
  • 225 gm margerin  
  • 25 gm minyak masak
  • 350ml air

Cara-caranya :-

  • Garam Halus digaulkan dengan tepung....
  • Margerin dan minyak masak disatukan dan dipanaskan hingga menggelegak...
  • Campuran margerin dan minyak masak yang dah menggelegak di masukkan ke dlam adunan tepung tadi...kalau pakai mixer, terus uli sampai nampak dah bergaul semuanya...kalau pakai tangan, lepas campurkan tu, jangan terus uli coz campuran tu kan panas...melecur pulak tangan...kacau2 pakai senduk sekejap...rasa macam dah sejuk sikit baru uli pakai tangan..
  • Last sekali masukkan air...uli sampai nampak adunan tu dah sebati dengan semua bahan2 tadi...
  • Kalau pakai mixer, keluarkan adunan dan letak dalam besen...tutup dengan plastik...kalau pakai tangan, lepas uli, terus tutup dengan plastik...
  • Boleh la dibulat2kan dulu...
  • Dah boleh dah kalau nak mula buat karipap...

INTI KARIPAP

Bahan-bahan ( 60 biji karipap )

  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara

  1. dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  3. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

03 Jun, 2011

IKAN ASAM DAUN KARI

Menu petang semalam..nampak dah ramai yang buat, jadi semalam cuba untuk menghabiskan 2 ketul ikan tenggiri dalam peti tu..cuma Ana buat berkuah sikit untuk anak-anak makan kuahnya, taknak masak banyak2 menu sebab Cik Abe ada jemputan kenduri tahlil & doa selamat malamnya..jadi biasanya dia akan makan sikit je kat rumah petang tu, buat alas perut..rupa2nya ada 3 tempat jemputan..huhu..kenala dia hadirkan dirinya dengan ikhlas hati bagi meraikan jemputan saudara seagama..


Ok, takmo taip panjang2..ada projek untuk dilakukan harini..InsyaAllah harap2 berjaya dilaksanakan..bukan apa, projek tu kiranya persediaan untuk hujung minggu ni, mana tahu ada yang sudi bertandang secara tak sengaja/sengaja nak datang ke teratak buruk nan indah tapi bersepah hamba ni kan..hehe..moh layanzzz!!


IKAN ASAM DAUN KARI
Sumber : Kak Asma, Izah, Mamahawa, Mas 
  • 4 keping ikan tengiri
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sedikit halia - dihiris
  • 1 biji lada merah dan hijau - dihiris
  • 1 batang serai - ketuk
  • sedikit daun kari
  • garam, perasa, air asam jawa
Cara memasak :
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

APAM PISANG CHOC.MILO

Assalamualaikum
Selamat pagi kawan2..Salam penuh Barkah di hari Jumaat, semoga hari anda sentiasa diberkati....

Sarapan apa pagi ni? Kami kat sini biasa2 je sarapan, lepat pisang petang semalam ada berbaki lagi bersama dengan apam pisang yang buat malam tadi..nak kurangkan sikit stok pisang emas yang banyak lagi tu..buat untuk anak-anak makan..tapi mengikut citarasa & anak tekak yang membuatnya, apam jenis ni sedap dimakan panas2..dengan warna yang kurang ceria, rasanya pun biasa2 je bagi kita..tetapi teksturnya memang lembut & bila gigit rasa pisang betul..cuma dalam bahan2 tu ada tambah milo bagi pekat kot rasa coklat..tak tahule kalau orang lain buat jadi lain & lebih sedap..anak-anak makan time panas2 je malam tadi,elok je makan..budak-budak kan..pantang ada rasa2 coklat, makan je..tapi Ana kurang suka..walaupun begitu, tetap nak kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak mencuba, bagi yang suka menu pisang, elokla cuba dulu, mana tahu kena dengan selera..


APAM PISANG CHOCMILO
CnP: Hanim

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu makan milo
  • 1 sudu makan koko
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • 1 cawan minyak -
  • 1 cawan gula perang @ gula halus -
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
  • coklat chip secukupnya *Ana letak choc.rise
  • hirisan pisang untuk hiasan

Caranya:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
6. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

02 Jun, 2011

LEPAT PISANG lagi...sedapnya..

Assalamualaikum

Malam baru dapat bersiaran di dapur maya ni..badan tak larat nak ngadap pc..cuma sempat BW je sepanjang hari ni kat mana2 blog yang sempat..kepada yang sudi menyinggah, terima kasih daun keladi diucapkan..lain kali datang lagi..

Menu minum petang tadi, hajatnya nak buat sarapan esok pagi tak tahule sempat ke tak, nampak dah tak banyak..harini buat 3 adunan sekaligus, maklumle, pisang banyak tengah ranum..Resepi macam sebelum ni, dari Ros@Jintanmanis..anak-anak suka makan ni, mak ayah pun sama..hehe..


Jom layan...abaikan daun pisang yang dah kehitaman tu..huhu..kiriman emak dari kampung, dah nak masuk 2 minggu dah tu..

RESEPI LEPAT PISANG
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye
 
Cara-caranya
  • Panaskan pengukus, 
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati, 
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas, 
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

01 Jun, 2011

PUDING TEMBIKAI

Menu desert petang ni, buatnya malam tadi, sebelum lelap mata..harini sedang elok boleh makan sejuk-sejuk..sebenarnya pagi2 lagi Adam dah buka peti ais & nampak merah2 ni, dia tanya boleh makan tak? hehe...Umminya ni kalau boleh nak tunggu masa yang sesuai dulu baru boleh keluarkan dari peti sejuk...maknanya kena tunggu petang makan sama-sama dengan ayahnya la nanti..tapi bila dah potong, tukang potong & pembantu cilik si Hannah dah ngap hampir suku dah puding ni....sedap & sedang2 manisnya..


Resepi asal dipopularkan oleh Noorma, tapi Ana ikut LinaPG ubah adunan tu..tapi kat sini adunan tu diubah sedikit bahannya..semalam Kak IlahJY dah tayang..nampak cantik sangat lapisannya, yang kita buat ni lapisan putih tu dah tenggelam dalam warna hijau tu..sebab masa tuang lapisan putih, lapisan hijau belum betul2 pejal lagi..bercampur sikit..takpela..belajar dari kesilapan & kegopohan sendiri..kalau tak tak tahu mana yang betul/tidak kan..kena cuba-cuba dulu..


Resepi yang ada kat sini dah Ana edit, sebab blender basahku belum ada pengganti, jadi tak boleh nak blend roti (resepi asal), jadi Ana subkan dengan tepung kastard. Kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh terjah blog Cendana Kasih / LinaPG yer..

PUDING TEMBIKAI
Sumber : Cendana Kasih
Olahan & Copy : LinaPG & Kak IlahJY

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (10g)
  • 2 1/2 sdb tepung kastard *resepi asal guna 2 keping roti gardenia
  • 4 cawan air 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cwn susu pekat 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil *Tak letak(saya guna sedikit adunan agar2 yg dicampur choc.emulco, bekukan & potong dadu)
  • sedikit pewarna hijau/merah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, campurkan susu cair, susu pekat & tepung kastard, kacau sebati & tapiskan.
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan no.2 ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. (masa ni boleh ambil sesenduk adunan & letak coklat emulco, kacau sebati & bekukan-utk biji tembikai)
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) lebih kurang 1cwn. Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal (3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau/agar2 coklat tadi sebagai biji tembikai.
  7. Biar sejuk. Simpan ke dalam esbok
**Pastikan lapisan awal pejal sedikit baru letak lapisan seterusnya perlahan-lahan, jangan tunggu keras sangat, nanti tak melekat pula lapisannya **

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE..very moist!!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi keran masih berpeluang menghirup udara pagi ini & meneruskan aktiviti macam biasa..sekarang kandungan Ana dah masuk 29 minggu lebih, badan dah rasa macam tak larat nak duduk lama-lama, nak baring pun kena cari posisi terbaik, beralas bantal sana sini..kalau cuaca panas terik, maka bergelaplah rumah ni dengan menurunkan langsir segala..hehe..tak boleh tahan dengan keadaan cuaca yang panas, nak jemur kain pun tunggu mendung sikit baru cergas badan..kalau pagi2 tak keluarkan kain2 tu, nampaknya terperaple dalam mesin basuh tak bersidai..macam-macam..tapi syukur sangat2 sebab sepanjang hamil kali ni, langsung tak mual2, muntah2 (kdg time gosok gigi tu je rasa nak muntah..)..loya2 pun takde..nak masak apa pun tak jadi hal *cuma malas je* ..hehe..kiranya Allah permudahkan segalanya sepanjang kandungan kali ni, InsyaAllah mudah2an mudah sampai saat ketika melahirkan nanti juga.


Ok, berbalik kepada gambar tersebut...hehe..maafle pagi2 dah tayang kek coklat..kek yang sungguh sedap, moist & jimat sebab tak guna banyak sangat bahan, tapi siyes le kata ni..memang moist & tekstur keknya sangat lembut, macam kek yang ada telur..bila dah siap bakar takde lak padat & kering semacam..rasanya terbaik le dalam kategori eggless tu..hihi..mungkin sebab penggunaan yogurt tu kot..dah lama simpan resepi, masa Cikgu Hana kita dok kat Jepun lagi, beliau dah balik Malaysia dah baru kita terkial-kial nak buat....maklum, list panjang bebenor..*ayat biasa tu..*. Harini Ana kongsikan kat sini pula, untuk rujukan bersama..terima kasih tuan punya resepi & pen'copy'nya..Ana letak resepinya yang Ana buat,ikut macam Hana..nak tengok yang asal klik link tu yer..

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE
Source : suma and homekreation
Copy : Cikgu Hana

Bahan-bahan
  • 60ml air panas
  • 50g susu tepung *guna susu tepung Dugro anak..hehe
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 40g serbuk koko 
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
Cara-cara
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min *Ana bakar je
**kandungan gula dalam bahan kek sedang2 elok, tak manis sangat**



CHOCOLATE GANACHE *Ana buat separuh adunan ni

Source: MyRecipe Facebook (forgot to copy the contributor's name, thanks to the owner)
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
**campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.**

SELAMAT MENCUBA

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...