07 Mac, 2011

PUMPKIN BREAD

Assalamualaikum..

Dah sarapan untuk pagi Isnin ke? Takkan teguk air je kot..hehe..pagi2 kena ambil sarapan untuk badan & minda yang sihat...ok..pagi ni kami sarapan biskut & donut aje..roti pun ada tapi tak sempat nak jamah lagi, hai..banyakle menu sampai tak sempat nak sentuh kan..

Semalam Ana ada cuba buat roti guna resepi asal English Bread tu & tak letak water roux pun, tapi tambah labu yang dah rebus..masuk semua sekali dalam BM termasuk labu tu, sekali siap, cair nak pegang pun tak boleh..adeehh...cepat2 sukat tepung tambah dalam adunan tu & ON BM semula, dah siap pun masih tak kenyal tapi lebih baik dari sebelumnya kan, nak masukkan dalam loyang kena guna senduk..hehe..tak payah nak tumbuk2 doh tu, sebab tak boleh nak tumbuk, nak uli nak bentuk...heheh..cuma biar ia naik 2 kali ganda & terus bakar..


Alhamdulillah bila dah masak, roti tu menjadi elok, lembut lak tu..bila makan cepat kenyang..hehe..rasanya serat labu tu kot yang lebih mengenyangkan perut kita..lain kali kalau nak tambah labu kena letak sikit je kot..masa membakar tu roti tak nampak sangat naiknya, bila siap...ok je..


Anak sulung Ana, Adam ni suka makan dengan kaya, Hannah lak makan gitu je, taknak sapu apa-apa..yang 2 lagi langsung taknak kalau roti tu bewarna selain putih..macam-macam..


Adunan roti tu macam resepi asal, cuma Ana letak 200 grm labu yang dah lenyek, kemudian tambah 100 grm tepung gandum lagi..banyak gak dapat..rasa roti ni tawar,maklumlah tepung tu kan banyak, sesuai makan dengan kaya..berani cuba? cubalah!! Hahaha...*gelak pagi

06 Mac, 2011

BANANA BANANA BREAD

 Assalamualaikum w.b.t.

 

Apa khabar teman2 di hari minggu ni yer? Ada yang plan ronda-ronda taman tasik ke..zoo ke..ke pantai ke..takpun Pantai Dalam je kot, maklumle, kat kotaraya ni pantai tu jela kan..hehe..Petang semalam ketika suami & anak-anak bujang Ana ke Masjid Sri Petaling, ada projek yang dibuat kat dapur..sekadar mencuba resepi baru ni & buat donut mayo lagi untuk stok bekal anak-anak sekolah minggu ni..maklumle ada lebih masa sikit, petang Sabtu & Ahad memang Ana jarang masak, makan tengahari je, malam akan makan yang ringan2 jela..pagi minggu pun sekarang ni jarang dah masak sarapan, suami akan beli kat kedai je, konon-kononnya cuti jugakla masak sarapan..hehe..tengahari kenala masak, kecuali kalau keluar mana-mana, semua lebur & labur kat kedai jela kan..

Ni kek ke roti? Tahle..bila gigit rasa pisang, gigit lagi rasa pisang..takde tempat yang gigit tu tak rasa pisang, maklumle kemain banyak guna pisang..naik lenguh gak nak lenyek poisang..ops..pisang apa tah yang Ana guna nih, dah masak ranum tau tapi kulit luarnya kekal hijau, isinya nampak agak pejal tapi dah tak boleh nak goreng atau buat pengat..lembik dah..cuba teka pisang apa? hihi...

Resepi ni Ana ambil kat dapo Izah yang banyak tanam pokok pisang & labu tuh..ingat nak order jela pisang ngan dia, takyah susah2 g pasar beli kan..Izah kan? hikhik...

Meh izinkan Ana kopipes kat sini lak, mana tau ada yang terpegun nak coba..cobaaannn...

BANANA BANANA BREAD

Sumber : allrecipes

Copy : Izah

Bahannya: Loyang petak 7x7 inc.

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum..pun sama..
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan..Ana guna pisang apa tah..hehe
  • buah-buahan kering ..saje tambah utk tabur atas adunan
  •  
  • Caranya:
  • Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C. 
  • Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, soda dan garam. *Ana ayak bersama
  • Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. 
  • Aduk hingga sebati dan sekadar rata.*Adunan macam nak buat jemput2 gitu
  • Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak. 
  • Bakar dalam  oven hingga 60 ke 65 minit. *saya bakar 55 minit je.

05 Mac, 2011

SRI PANDAN KAYA

Alhamdulillah, kemudahan-kemudahan yang kita nikmati harini menjadikan hidup kita lebih selesa & sempurna kan..banyak ilmu & maklumat yang kita boleh dapat & manfaatkan sebaik mungkin, begitu jugalah dengan ilmu masak-memasak & yang berkaitan dengan ilmu kekeluargaan, klik-klik aje dah boleh capai maklumat yang kita nak, jadi hargailah segala yang ada dihadapan kita dengan cara yang sebaiknya..InsyaAllah..


Seronok rasanya saban ketika dapat mencuba resepi2 baru, walaupun sekadar untuk hidangan sendiri & keluarga, tapi puas hati & bertuah sebab dapat menyediakan sendiri setakat yang termampu..Harini pula Ana nak kongsikan hasil kerja yang dahbuat 2 hari dah ni, kaya pandan, biasa kita beli yang dah siap kan, bila makan bau telur pun ya..hehe..hajat nak buat tu dah lama, asyik tertangguh aje, Alhamdulillah baru berkesempatan buat baru2 ni.

Sedap kaya ni tau, puas hati, boleh nak makan dengan roti/masukkan sebagai inti kuih muih..Terima kasih Ros kerana suka bereksperimen dengan hasil-hasil yang boleh dikongsi bersama..Halalkan resepi untuk tayangan amal kat sini lak ye...


~SRI PANDAN KAYA~

Bahan-bahan :
  • 350ml santan pekat (Ana guna santan kotak 200ml + air bagi cukupkan 350ml)
  • 3/4 cawan gula (boleh dikurangkan sebab rasanya agak manis)
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
  • 3 biji kuning telur saiz M..Ana guna 2 biji kuning telur saiz A+
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh).*Tak letak
  • beberapa titik pewarna hijau
  • *Ana blend 2 helai daun pandan bersama sedikit campuran santan, kemudian tapis
Cara-caranya :
  • Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
  • Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
  • Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit.
  • Setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.

Nota Ros- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )..guna tepung kastard gak, cantik teksturnya tau

ENGLISH BREAD

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar teman2 sekalian? Harap2 sihat hendaknya, hargailah kesihatan kita tu ya...kat rumah Ana ni 2 anak gadis kami demam, mula2 kakak Damia, malam tadi adiknya Hannah pulak menyusul..harap-harap sehari 2 lagi sihat sepenuhnya anak-anak ummi...harapan juga untuk anak-anak ummi yang lain sihat walafiat, tak lama lagi ujian sekolah KAFA sebelum bercuti akan menyusul, bolehla berehat panjang sikit kan..

Dah sarapan ke? Meh Ana jamu kawan-kawan dengan roti ala-ala rainbow tapi tak rainbow, marble tapi tak macam marble....yelah rainbow bape banyak kaler daaa..yg kita punya rainbow 3 kaler jek..marble lak macam Kak Ummi buat tu..hehe..tertawan dengan tayangan kak Ummi semalam, lepas hantar anak-anak naik bas sekolah semalam, terus masukkan bahan2 dalam BM, pastu tido jap, bangun2 doh dah siap..hihi...*lama ke tido tuh ek*..


Ana buat tak pintal2 sebab kurang menjadi kalau pintal, roti akan senget sebelah spt yang pernah buat sebelum ni..jadi dengan keadaan kerastangan ni, jadilah roti gulung kot..hehe..


Ada sedikit perngubahsuain dalam bahan-bahan yang Ana buat, kebetulan malam semalam ada buat water roux, jadi Ana letak water roux & kurangkan sukatan air..kejadiannya sungguh lembut, Cik Abe pun suka katanya roti ni, malam tadi dah ngap sikit sorang, pagi ni potong ala-ala sandwich & bakar kejap, angkat & sapu kaya..wallah..sedap sungguh ler...


Adunan ni senang nak bentukkan, nampak macam lembik tapi kenyal, Ana bahagi 4 adunan sama berat & warnakan, memang kelakar masa tu sebab teringat Kak Ummi kata tonyoh2 tuh..memang kena tonyoh betul2, sebab bila kita tonyoh ke kiri, doh tu meliuk ke kanan..macam main playdough lak..hehe..

Kat sini Ana minta izin Kak Ummi tempek kat sini lak ye, nak buat lagi, InsyaAllah..nampaknya pagi ni dah ada yang tayang menu sama nih..hehe..


~MARBLE ENGLISH BREAD~
Sumber : Noreen & MamaFaMi
Dirujuk & Copy : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (1 loaf):
  • 300gm tepung roti
  • 1 camt instant yeast
  • 1 camb gula kastor
  • 1 camt garam
  • 30ml (2 camb) susu segar
  • 180ml air suam
  • 10gm mentega / unsalted butter
  • sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti..*Tak letak
Cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM masing2
  3. kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min
  6. kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 265gm
  7. bentukkan semula menjadi bulat besar
  8. ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll (Kak Ummi & Mamafami buat dandan..Ana buat gulung2)
  9. susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  10. lakukan lagi dengan doh yang satu lagi
  11. kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  12. jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  13. apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh..*Ana buat camni, sebab cuaca mendung
  14. setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka roti yang crusty bolehlah ditaburkan sedikit tepung ke atas doh tadi sebelum dibakar, jika suka bolehlah disapukan dengan egg wash campuran telur dan susu atau air)
  15. setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut..*Ana cuma sapu mentega setelah masak
  16. biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.
 **Ini adunan yang Ana buat menggunakan water roux :

  • 300gm tepung roti
  • 1 camt instant yeast
  • 1 camb gula kastor
  • 1 camt garam
  • 30ml bancuhan susu tepung
  • 170ml air suam
  • 10gm mentega / unsalted butter
  • 2 camb water roux
  • sedikit mentega untuk disapu atas roti setelah masak
Cara : 
  • Sama seperti di atas untuk membuat doh.
  • Setelah doh naik, bahagi kepada 4 bahagian sama banyak, 1 bahagian dibiarkan warna asal, 1 warna kuning, 1 warna merah & 1 lagi warna ungu.
  • Canai memanjang adunan plain, lapiskan dengan adunan merah, lapis lagi dengan adunan kuning, akhir sekali lapiskan adunan ungu.
  • Gulung memangjang, tekan sedikit, kemudian masukkan dalam loyang.
  • Ana guna loyang petak 7 inci, jadi adunan tu kena potong 2.
  • Dapatle 2 ketul roti..

03 Mac, 2011

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Muffin yang menggoda anak tekak masa Kak Nor tayang haritu, semalam Mek Sue dah buat..harini tak tahule sampai mana dah muffin ni, pagi tadi godek2 nak buat bekal anak-anak harini, kebetulan cup muffin pun ngam2 je..habis dah..kena beli stok baru, agak2 kena beli cup warna biru baru cun kot..heheeh..


Tentang choc.chips pink tu dah lama anak teruna Ana ni suruh letak dalam kek/kuih, katanya nampak cantik..harni tabur separuh atas muffin, sengih je dia nampak chips tuh..hihi...layan jela kehendak anak-anak ni..


Meh tengok rsp yang Ana copy kat umah Kak Nor ni, senang nak buatnya, sebelumni pernah buat rsp lebih kurang sama, gaul2 & campur, tak silap resepi Kak Jun@Myresipi kot..yg ni leh try gak..lain kali gula kena kurangkan, manis sangat, tergigit choc.chips tu makaiii...manis letting rasanya..

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram


Dry Ingredients:
  • 1 3/4 cups Plain flour
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 2 tbsp quality cocoa powder
  • 3/4 cup superfine sugar
  • 1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
Wet Ingredients:
  • 1 cup milk
  • 1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil
  • 1 egg
  • 1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence

Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy


Note : Ana bizi sesangat harini..kunjungan anda akan dibalas kemudian...terima kasih...

02 Mac, 2011

NO FAIL BANANA MUFFIN

Dah lama simpan resepi ni, nak buat pisang asyik takde je, sekarang dah ada pisang dapatle buat..memang senang & sedap, gebu betul, buat pagi2 tadi untuk bekal anak-anak sekolah petang, walaupun pisang yang ada tu belum masak ranum, ku hentam sajala..lenguh gakle tangan nak lenyek bagi pisang tu hancur..hehe..meh layan gambo dulu yer..




Ana letak resepi kat sini lak, ghajin je aku translate..hehe..yang hitam2 tuh coklat chips, saje letak coklat bagi anak-anak suka..weh..bukan anak2 je suka kot, umminya nih dah berapa biji tah makan sementara tunggu anak-anak balik sekolah agama tadi, sedap betulla..hehe..alas perut orang kata..*sape yang kata tuh?..orang yang kata..kan..kan*

NO FAIL BANANA MUFFIN
by anymz mykitchen
source:Izahdaut
Source : Rima
 Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking soda *saya letak 3/4 sdk soda 
  • 1/2 sdk baking powder  
  • Secubit garam  
  • 1 cawan gula halus (saya letak 1/2 cawan je, sedang elok manisnya)
  • 1/2 cawan minyak canola/minyak jagung (guna minyak masak je) 
  • 2 biji telur..saya guna saiz A 
  • 1 cawan pisang yang dilenyek
  • 1 sdk esen vanila

Cara-cara : 
  • Campurkan (saya ayak) tepung, soda, baking powder & garam
  • Putar gula, minyak & telur sehingga kembang (saya guna mixer)
  • Tambahkan pisang & esen vanila, putar lagi.
  • Masukkan bahan-bahan diayak tadi & putar hingga sebati, kejap jela..selepas tu baru saya tambahkan coklat chips.
  • Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh & bakar dengan suhu 165'C @ 180'C selama 25 minit (bergantung kepada oven masing2)

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum..

Harini ringkas je, nak tayang donut yang buat malam kelmarin, jam 1 pagi baru siap...maklumle buat 1/2 kg tepung, dengan harapan sempat untuk harini..Alhamdulillah, pagi tadi habis digoreng untuk bekal anak-anak....2 hari berturut2 budak-budak bawa bekal donut ke sekolah, pagi & petang..hehe...

bulat-bulat sebahagian daripada adunan..cpt sikit siap...

Resepi asal Donut Kentang Ros..tapi Kak Nor dah tukar kepada keledek & sukatan yang agak berbeza...Ana copy kat sini untuk rujukan, terima kasih Kak Nor untuk resepi & info2 yang berkaitan..hehe...


 Tengokle isi dalamannya...



DONUT KELEDEK
Bahan-bahan :
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)..Saiz A
  • 200 ml air suam
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis ~Ana letak 2 1/2 sdk
try salut coklat..hehe
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

01 Mac, 2011

ICE-CREAM VANILLA BERSAMA PURI MANGGA

Assalamualaikum..

Petang hari baru sempat bersiaran, penat yang amat harini, tahle nape ek...mungkin tido lewat kot malam tadi sebab menyiapkan 500gm tepung untuk dijadikan donut keledek..huhu...sebenarnya banyak entri nak dimasukkan harini, tapi dah lewat, ini sajalah yang termampu untuk harini..


Aiskrim sedapnya makan aiskrim kan..hehe..panas cuaca ni sesuai sangat le kan..harini Ana tayang aiskrim vanila bersama puri mangga lak..mak aihh...nyamannya tekak ni, ada lagi 1 bekas, nak tunggu anak2 balik sekolah nanti, nak makan sama2..


Yang display ni lepas snap gambar tadi, ummi diaorang ngap dulu..haha...takmo tunggu lama-lama..nanti cair kat luar susah gak, baik cair kat mulut kan...


Anak-anak tak nak makan dengan puri mangga, jadi kena letak coklat keping jela..takpun bagi makan camtu je...owwhhh...dah nak mencair....cepat-cepat!!!


Pandangan eskrim nyaman ni dari atas..sebelum disudukan masuk ke mulutku...Sebelum mengundur diri, meh kita sama-sama buat aiskrim vanila nih, sebelum ni dah letak kat Aiskrim Coklat tu, tapi copy sekali lagi kat sini lak....Jom layannnzzzz....

Resepi Ice-cream Vanilla bersama puri mangga
Sumber resepi : Kak Wana

Bahan-bahan untuk Ice-Cream
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu segar 
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 3 sudu besar gula

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
  • Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
  • Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.

Puri Mangga.
  • 2 biji mangga yang telah masak
  • 1 biji lemon ( ambil jusnya)
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
cara-caranya
* Satukan semua bahan kemudian masak di atas api hingga gula larut dan agak pekat sedikit. Kemudian  sejukkan.

Cara menghidang...

Ana hidang dalam bekas palstik tu jer..hihi..mangga hiris pun takde...

Cedukkan ais krim ke dalam sandy glass kemudian lapiskan dengan sos mangga. Buatlah 2 lapis kemudian hidangkan dengan potongan hirisan mangga segar.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...