06 November, 2010

APAM PELANGI

Dah ramai yang buat apam ni, tapi pelangi Ana ni kurang seri warnanya sebab malas nak cuci mangkuk banyak-banyak..heee...banyak kojo nak buat..apolah yang banyak tu ek...

 
 Apam ni Ana buat utk sarapan semalam, sedapnya makan suam-suam gitu, sekali hadap je licin, nak buat tu senang gak kan...

Ana copy dari Izah..sblm tu nampak Hana yg buat, semalam Kak Lin pun buat gak tp dia punya Apam punyala besar, memang boleh makan hingga petang kot....ngeeee..ampon Kak Lin..gurau jek..


Sumber : Kak Ilah jy

Bahan-bahan(setengah adunan asal)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je..Ana boh 120 g
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

Cara-cara
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

05 November, 2010

SUP KETAM

Salam Jumaat buat semua...

Mesti dah siap masak utk makan malam ni kan..Harini Ana nak tunjuk je menu semalam, Sup Ketam yang sedap & pertama kali Ana masak seumur hidup ni..mak ooiii..dah mencecah usia 30++ dah ni baru semalam masak sup ketam..heeee...ada yg gelak ke?


Sebelum masak tu Ana ada gak cari2 kat alam maya ni, macamana nak masak sup ketam, tapi bila jumpa bahan lak kurang, jadi cuba buat sendiri guna bahan-bahan yang ada kat dapur, Alhamdulillah sedap...

Kat sini kita kongsikan..

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam dibersihkan & dipotong 2
  • 8 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1-2 inci halia *
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sdk lada hitam **
  • 1 sdk lada putih **
  • 1 peket sup bunjut Adabi
  • Tomato - dipotong ikut suka

Bahan sampingan:
  • daun sup, bawang goreng

Cara-cara :
  • Bahan2 bertanda (*) ditumbuk lumat / dikisar kasar.
  • Bahan2 bertanda (**) ditumbuk kasar & dibancuh dgn sedikit air, jadikan pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dlm periuk & tumiskan bahan yg ditumbuk lumat tadi sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan pes lada (**) tadi kedalam periuk, kacau-kacau seketika & tambahkan air banyak mana yang kita nak.
  • Tambahkan serai, sup bunjut & sedikit garam/ perasa.
  • Biarkan mendidih, kemudian baru masukkan tomato dan ketam. Masak kejap je..
  • Angkat & taburkan bawang goreng bersama daun sup...

04 November, 2010

1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM" Giveaway!!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Harini Ana buat entry khas untuk GA LizaHanum...dah lama simpan tapi belum buat sebab tak pandai sangat, dok jeling2 orang punya dulu..heee...

Terlebih dahulu nak ucap tahniah kepada Lizahanum kerana dah setahun usia blognya & tahniah juga kerana menganjurkan Giveaway ni..



Tentang blog Lizahanum...

Ana kenal & tau blog Lizahanum masa baru-baru berjinak-jinak dengan dunia blog, masa tu Lizahanum ni tag utk award..Errr..sampai sekarang Ana tak buat sebab tak pandai..yelah masa tu baru terkial-kial lagi..nak buat sekarang rasanya dah terlambat kot..ngeee...maaf ye Liza..

Sekarang nak join GA dia lak, harap-harap le menjadi & dapat hadiah..best kan hadiah-hadiah yang ditawarkan nih??

Meh kita sama-sama teropong apa kata tuan punya blog  tentang GA ni..
'
'
'



Antara syarat-syaratnya ialah:

~ Malaysian blogger..sudah tentu

~ Add link blog Liza nie  ke blog list u all..dah buat

~ Jadilah follower Liza yer..dah follow dah

~ Buat entry berkenaan dengan GIVEAWAY ini dan blog Liza

~ Copy gambar diatas dan pastekan di entry u all. Jgn lupa link back ke
    blog Liza..faham makenchik!!

~ Tinggalkan komen di entry ini sahaja..ok!!

~ Komen di chat box  dan email tak dikira..ingat tu..

~ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 November 2010, jam 12 tgh malam dan pemenang bertuah akan di umumkan selewat2nya 1 minggu dari tarikh tutup ( 13 November 2010)....ish..dah nak tutup dah ni..



Dan hadiahnya berupa barangan yang selalu anda guna dirumah dengan nilai RM 110 adalah seperti di bawah :


Seorang pemenang bertuah pertama akan dapat hadiah FINECASA HOMEWARE nie.


Dan :



 Dua orang pemenang bertuah kedua  dan ketiga akan dapat hadiah  PORCELIN WARE ini........................

Tak lupa juga:


Tiga pemenang saguhati yang bertuah akan dapat Traveler Multipurpose Pouch yang cun nie.


Dengan niat nak eratkan lagi silaturahim antara anda sume,Liza berbesar hati akan hadiahkan  sekali "cenderahati dari Australia" yang sememangnya rahsia.Tunggu after Liza balik dr Australia pd 12 November 2010 ini dan Liza akan umumkan sapekah mereka yang bertuah menerima GIVEAWAY ini dan CENDERAHATI dr oversea itu ...sememangnya berbaloi2.....hehehehe.Pemenang akan dipilih berdasarkan "SAPE BERTUAH,DIA DAPAT"...hehehe.Adalah caranya tu.....


Ok..senang je kan syarat2nya... so sudi2kan lah join giveaway yang tak seberapa ini..."
 
Dah Siap...^_^ 

---->>>Kepada "Sweet Lizahanum...Happy 1st Anniversary untuk blog anda...semoga ikatan persahabatan dialam maya ni berkekalan dengan berkat Ilahi...InsyaAllah..(Bodek ke nih?) takdelah...



Kepada yang belum join masih belum terlewat..jom sama-sama meriahkan....nak tahu lebih lanjut klik sini

Sekian..

02 November, 2010

KEK PANDAN KELAPA

Buat petang semalam, harini sempat buat sarapan sikit & mungkin sempat gakla buat minum petang, kek yang budak2 kurang gemar, tapi nak tak nak kena buat sebab nak habiskan stok kelapa kering lebihan buat biskut raya haritu...kira sebelum diberi kepada Cik T.Pah, baikla di'kek'kan ke, di'biskut'kan ke, ye dok...


Tekstur kek ni macam bahulu lak rasanya, sedang2 elok manisnya, & sesuai kalau nak minum petang bersama teh 'O..ngeee

Sumber : Marjina..My Resipi

Bahan-bahan ( boleh dimakan seisi keluarga )

  • 125 gm mentega
  • 140 gm gula kastor
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan susu segar..Ana boh susu cair
  • 1 sudu besar pes pandan..Ana boh perasa pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan kelapa kering 
  • sedikit pewarna hijau..Ana tambah

 Cara-cara

  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
  6. Selamat Mencuba! :)

AYAM MASAK KICAP BERKERISIK


Menu makan tengahari ni, lebihan lauk malam tadi..heee...oklah tu kan, sebab masak petang semalam pun memang target skali ngan tengahari ni pun....heee..makan ngan anak2 jela, petang karang masak lain lak..


Resepi kak fida,myResipi dah 2 kali buat ni, pertama kali buat masa raya puasa haritu, sedapla..makan lak ngan nasi panas2..ermmm...cubalah..

Bahan-bahan : Ana buat separuh je..
  • 1 ekor ayam
  • 3 - 4 biji bawang besar *
  • 8 ulas bawang putih *
  • 3 tangkai lada merah/hijau..tak letak *
  • 3 batang serai ***
  • 1 inci halia ***
  • 1/2 cawan pes cili kering
  • 1/2 botol kicap manis/pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam, gula, sedikit air..
  • minyak masak
Cara-Cara :
  • Hiris halus bahan bertanda *
  • Cincang halus bahan bertanda ***..Ana blend kasar
  • Campurkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak masak & gaul sebati
  • Perap lebih kurang 1/2 jam atau semalaman..Ana perap pagi,tengahari dah blh masak
  • Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan bahan2 yang diperap bersama ayam tadi. Kacau2 bagi rata.
  • Masak menggunakan api perlahan, tutup kuali dengan tudung periuk.
  • Kacau sekali sekala & tambah perasa & air jika suka, masak hingga ayam empuk & pekat@kering airnya.
  • Angkat & hidangkan...sedap dimakan dgn nasi panas, ada rasa mcm rendang pun ya...

KEK KARAMEL

Assalamualaikum w.b.t

Kek ni kali ke 2 Ana buat, kali pertama buat habis & kena buat kali ke 2, tapi agak kecewa sebab keremelnya kurang menjadi, mungkin salah teknik kot...heee..apa2pun kek yang sedap dimakan sejuk2..

Akmal, anak ke 2 kami ni susah benar nak makan kek selain kek coklat, tapi kek ni boleh pulak diulang2nya makan, siap mintak nak bawak g tadika lagi, tapi Umminya kata "Dah potong ni, malula nak bg cikgu makan, nanti Ummi buat lain yea.."..haaa..saje je nak buat lagi ni..kihkih..

 

Resepi ni dah lama simpan, tapi tak tahan tengok hari kawan2 asyik tayang kat FB, nak tak nak terbuat jugakler...lepas timbang2 banyak perkara..(apolah tu yea..) hee..takut tak jadi je, pastu telur tu kemain banyak lagi, risau gak takut takde yang nak makan...Tapi Alhamdulillah rakyat jelata kat rumah ni suka lak..buat sarapan pun yea..
Ana copy resepi ni dari halaman Fb yea..terima kasih kepada penyumbang resepi, (Pn Munira) tak tahu asal resepi dari mana, kalau ada yg tahu tolong bgtau yea..
Bahan2:
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu
(B) - Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
TAMBAHAN : 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS..kek lebih lembut & sedap (",)
 Cara membuatnya:
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
  • campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
  • bahgikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.
 Sedap dimakan sejuk & tahan selama 5 hari di dalam peti ais ..Ermm..sempat ke 5 hari tu??

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...